Tergamak buat ayah, adik perempuan menangis abang buang ayah strok, letak bawah rumah tanpa beritahu. Kejayaan anak-anak hari ini, selain usaha pastinya termakbul dengan adanya doa dari kedua ibu bapa.

Sedari dari mula mengenal dunia, tidak faham sepak terajangnya, ibu bapa mendidik kita dengan baik. Memberikan pelajaran dan didikan dan tidak pernah berkira mengenainya Namun bila berjaya, di saat ibu ayah uzur kerana faktor usia, ada bertindak membuang ibu bapa dengan pelbagai alasan.

Tergamak Buat Ayah, Adik Perempuan Menangis Abang Buang Ayah Strok

Satu perkongsian dari akaun Tik Tok @ceqta_anita pasti membuat hati kita robek. Lebih lagi yang sudah tiada ibu bapa pasti cukup terasa.

Apa yang membuat ramai geram, dari perkongsiannya itu, @cheqta memaklumkan, ayahnya strok “dibuang” begitu saja oleh dua abang lelakinya di mana dia hanya mengetahui kehadiran bapanya di tingkat bawah selepas di maklumkan oleh pengawal rumah didudukinya.

BACA ARTIKEL DI SINI : Amanat Mak, Barang Kemas Beri Anak Perempuan, Lelaki BOLEH Tuntut FARAID, Tidak Dianggap Derhaka

‘Orang Tua Bersusah Payah Masak, Anak Menantu Tidur Membungkang.’ Hari Raya Jangan Hambakan Mak

“Dihalau Anak Lelaki” Anggap Balasan Allah, Ibu Juga Pernah Menghuni Tempat Sama

IKLAN

Tulisnya, “tanpa pengetahuan aku, 1 Ramadan 5.30 petang, security ketuk rumah aku. Bagi tahu ayah kamu ada dekat bawah sudah dekat satu jam. Dua lelaki (abang) cakap nanti anak perempuan dia ambil turun.

“Tergamak korang  buat ayah begini? Mana hati iman korang. Anak jenis apa korang ni? Mentang-mentang ayah tengah sakit, strok tak boleh jalan, pakai pampers, korang buang ayah kau macam tu saja.

“Mana iman korang? Mana otak waras korang? Sihat tubuh badan, naik atas bincang baik-baik letak ayah rumah aku.. tulisnya sambil membuat emoji menangis.

@ceqta_anita4beradik , 3 lelaki 1 perempuan .. Tanpa pengetahuan aku , 1 ramadhan 5.30petang , security ketuk pintu rumah aku , bgthu ayah kamu ada dekat bawah sudah hampir 1 jam , 2 lelaki (abg) cakap nanti ank prempuan dia turun ambil .. Tergamak korang buat ayah mcmni ? mana hati iman korang ?anak jenis apa korang ni?? Mentang² ayh tgh sakit , strock xblh jln , pakai pampers , kau buang² ayh kau mcmni je ? Mana iman korang ? Mana otak waras korang ? Sihat tubuh badan !! Naik atas bincang baik² letak baik² ayh kat rumah aku , bukan campak² mcmni . Ni org tua kita , yg lahirkan kita , yang jaga kita sampai dh besar panjang .. Tapi ni korang balas jasa ayh ? Allahuakbar !! Akhir zaman !!! Hilang pertalian adik beradik aku sangup , tpi bukan hilang org tua .. Aku share kisah hidup aku ni , bukan nak minta viral .. cuma aku mohon pada ank² yg masih ada org tua , hargailah dorang selagi masih ada !!! Jangan menyesal bila org tua kita dh xde nanti 😭😭😭 .. Aku mohon yg tgk vtt aku ni , doakan kesihatan aku utk aku berbakti pada ayh 🤲🤲 ..♬ original sound – ANGLINKTIBANDUNG

IKLAN

Letak Bawah Rumah Tanpa Beritahu

Walau kita tidak tahu mengapa dua anak sanggup bertindak sebegini kejam atau apa permasalahan mereka adik beradik hingga sanggup membiarkan ayah sejam di bawah tanpa maklum pada adik, jangan menjadi seperti si Tanggang di zaman moden ini. Semua masalah boleh dibawa berbincang sementelah ayah yang uzur pun pasti tidak mahu menyusahkana anak-anak jika keadaannya baik.

Ingat, syurga anak-anak itu dengan redha kedua orang tuanya. Bayangkan ketika kita kecil dan tak mampu menyuap makanan, tangan tua itulah yang membuatkan perut kita kenyang. Namun jangan di saat di usia tua mereka, ditambah sakit kita merasakan menjaga mereka satu beban. Nauzubillah.

Bantulah ibu tunggal anak 9 ini…

IKLAN

Klik link untuk menyumbang : https://infak.peduliinsan.com/order/form/mingguanwanitaxpeduliinsan

Ada perut perlu diisi namun kudrat sangat terbatas. Allah menguji ibu anak 9, Azian, 43 mengidap penyakit saraf. Berjualan nasi lemak adalah penyambung rezeki namun hanya mampu dilakukan seminggu sekali di pasar Tani Saujana Utama Sungai Buluh.

Kata Azian, kesakitan sendiri dialaminya memaksanya menghadkan penjualan nasi lemak kerana dia tidak mampu berdiri lama tambah kebanyakan anaknya masih bersekolah rendah dan menengah.  Di hujung minggu baru anak-anak mampu menolongnya berjualan. 

Hulurkan sumbangan anda melalui akaun bank rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia iaitu 0704 3011 0620 93.

#tabungskuadsedekah #ERAFoodsMY #ERAUntukSemua #sempurnakanraya #tabungskuadsedekah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI