Tempe Kaya Khasiat, Banyak Manfaat Untuk Kesihatan

Tempe sangat terkenal sekitar Asia Tenggara dan antara makanan tradisi orang Jawa. Ia terhasil daripada proses fermentasi (penapaian) daripada kacang soya. Di Malaysia, tempe kini makin diminati oleh pelbagai kaum dan keturunan kerana keenakan rasanya yang tersendiri.

Ia boleh digoreng begitu saja. Cukup mudah. Hanya lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng garing. Atau boleh juga dimasak sambal, masak lemak dan sebagainya.

Apa agaknya khasiat yang terkandung di dalam makanan istimewa ini ye? Antaranya:

Sumber Protein Yang Baik

Kandungan nutrisi di dalam tempe terbukti lebih berkualiti berbanding kacang soya kerana kadar protein yang larut dalam air akan mengakibatkan meningkatnya aktiviti enzim proteolitik (Widianarko, 2002). Enzim proteolitik dapat memecahkan rantai panjang protein menjadi zat yang dapat dicernakan dengan mudah oleh tubuh.

Selain itu, ia mengandungi lemak yang lebih sedikit, karbohidrat, serat, kalsium, fosfor, besi, tiamin, riboflavin, niacin, asid pantotenat, piridoksin, biotin, vitamin B12, dan retinol yang jauh lebih banyak dibandingkan dengan daging.

Tempe Kaya Khasiat, Banyak Manfaat Untuk Kesihatan

Tempe Sebagai Antioksidan

Tidak hanya memiliki kandungan nutrisi yang dapat memenuhi keperluan tubuh sehari-hari, ia mengandung antioksidan (György, Murata, Ikehata, 1964). Pada tikus yang menjadi objek percubaan, tikus menunjukkan pertumbuhan yang lebih baik dan perlawanan yang lebih terhadap hemolisis sel darah merah dibandingkan dengan tikus yang diberi makan kacang soya rebus. Hemolisis sel darah merah ini menandakan kurangnya vitamin E. Vitamin E terbukti sebagai zat antioksidan alami (György, Rose, Ann, 1949; Rose, György, Blood, 1950).

Pengidap Anemia 

Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asid folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.

Anti Infeksi

Hasil kajian menunjukkan bahawa ia mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.

Tempe Kandungan Kalsium Tinggi

Kandungan kalsium di dalamnya yang tinggi, tempe dikatakan dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, ia bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda. Apa pun, bersederhana dalam apa juga yang kita ambil walau pun ia berkhasiat tinggi.

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita