Lumrah hidup berumahtangga, ada kala berselisih faham. Kadang-kadang isteri banyak menegur terus isteri dilabelkan ingin menjatuhkan air muka. Pada hal isteri menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang teman hidup, menegur suami yang bakal membawa dia ke syurga.
Percayalah teguran isteri adalah untuk kebaikan bersama, untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Terbukalah setiap kali berdepan dengan teguran isteri dan isteri pula jangan pula berlebihan dalam menegur suami, maklumlah suami ini tinggi egonya.
Jangan anggap isteri hendak mencalarkan ego kau abang… Jangan anggap dia hendak menjatuhkan air muka kau abang… Jangan anggap isteri sudah besar kepala abang… Jangan anggap dia sudah jadi ustazah abang…
Jangan anggap isteri sudah tak hormat kau abang…
Selagi namanya manusia ini, selagi itulah kita tak lari dari buat silap, buat salah…
Maka selagi itulah kita memerlukan seseorang untuk memperbaiki dan memperbetulkan keperibadian kita… Kita yang buat silap, yang buat salah, kita tak akan nampak atau perasan apa yang kita sudah buat… Kalau perasan pun, agak-agak kita mahu tak mengaku yang kita ini salah?
Tobat lahom… Mengaku salah itu hanya segelintir yang boleh buat dan untuk minta maaf selepas mengaku tu, 0.0001% saja yang buat…
Ads
Ingat, isteri ada tanggungjawab sesama manusia yang dia perlu buat… Awak itu pasangan hidup dia, teman hidup dia, orang yang akan bawa dia masuk syurga… Maka atas dasar untuk kebaikan bersama, untuk manfaat bersama, dia perlu untuk mengajak awak ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran…
Nanti Allah SWT tanya isteri kita, tak tegur suami ke bila suami tak solat… Tak nasihat suami ke bila suami buat maksiat… Redha ke atas dosa yang suami lakukan itu adalah satu maksiat…
Jadi, tolong bagi ruang dan peluang untuk isteri buat tanggungjawab dia supaya kelak dia ada jawapan bila ditanya…
Ads
“Saya dah tegur, saya dah nasihat, saya dah mengajak ke arah kebaikan, tapi dia tak nak dengar…” 👈
DONE…!!! ✅✅✅
Seterusnya, Allah SWT akan tanya kita pula,
“Kenapa kita tak nak dengar teguran dan nasihat isteri…❓❓❓” 😅
MW: Setiap isteri mahu yang terbaik untuk dirinya dan pasangan. Jadi bersifat terbuka dalam menerima teguran isteri. Saling tegur-menegur dalam berkasih sayang dalam rumahtangga. Barulah bahagia di dunia dan akhirat. Insyallah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Buat suami yang suka buat keputusan last minute, anda patut selami beberapa jenis perangai isteri sebelum bagi cadangan nak pulang ke kampung. Kalau silap gaya, boleh jadi isteri buat muka!
Haaa… dah kenapa tetiba ajak balik kampung pun isteri nak marah? Jawapannya ada dalam perkongsian Pak Utih ini, jadi mohon suami siap sedia sebelum memandai buat keputusan nak balik kampung.
Ini 1001 Perangai Isteri
“JOM SIAP BALIK KAMPONG”. Isteri, “Uhhh!!!!”
Wahai suami, jika perasaan dan hatimu pada masa itu terasa sangat nak balik kampung kerana rindu pada ibu dan ayah, jangan terburu-buru suruh isteri bersiap.
Kalau suami ajak isteri last minit pergi shopping, ok je dia. Janji Abang bayar semua.
Jika suami tetiba je ajak isteri tengok wayang, tidak masalah bagi dia. Pakai baju tidur pun dia boleh pergi.
Ini nak balik ke rumah mertuanya. Nak berjumpa dengan ibu mertuanya.
Orang yang dia berkongsi kasih sayang suaminya.
Manusia yang rasa curiga sama ada anak lelaki ini bahagia atau tidak hidup dengannya.
Seseorang yang sentiasa jeling-jeling kat dia semasa dia memakai pakaian atau asesori baru kat tangan dan leher.
Mestilah ada perancangan yang rapi sebagaimana pihak Jabatannya menjemput VVIP datang merasmikan Majlis Tahunan Jabatannya. Nanti jatuhlah maruah dan standard Jabatan jika sambutan ada cacat celanya.
Kaum lelaki ni, bila terasa nak balik je.. Terus ajak balik. Sabarrrrr.
Tip Kalau Nak Ajar Isteri Balik Kampung
1. Sebaik-baiknya buat perancangan tahunan. Bila nak balik ke kampung. Agar isteri tadi boleh buat persiapan awal.
2. Persiapan yang perlu dia buat itu mengambil masa paling minimum 1 minggu. Dia bukan saja bincang dengan suami, tetapi akan juga mendapatkan pandangan daripada kawan-kawan sepejabatnya dan ada juga minta komen daripada kawan-kawan FBnya.
3. Isteri kena fikirkan, bagaimana keadaan rumah ini untuk ditinggalkan selama 2 hari. Apa bekalan yang mesti dibawa dalam perjalanan terutama yang ada anak. Apa hadiah nak diberikan sebagai buah tangan kepada ibu dan ayah. Apa peralatan yang perlu dibawa yang tiada di dalam bilik di rumah di kampong itu. Apa cara yang perlu dilayan ibu dan ayah mertua selama dua hari itu nanti. Apa pakaian yang perlu dia pakaian selama 2 hari nanti. Macam-macam lagi hingga tak habis kertas ini jika nak difikirkan.
Jadi kalau nak ajak isteri pulang ke kampong rumah suami. Mesti dapatkan restu isteri dahulu.
Selamat bersyura suami isteri!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang setuju sangat bahagia suami isteri itu bukanlah setiap masa rasa gembira, ada harinya tak bercakap dan bergaduh juga. Lumrahnya sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dalam perhubungan perkahwinan. Namun apa yang penting, tetap berbaik semula dan mengikat ‘rasa bahagia’.
Dalam bahagia kita suami isteri, ada hari tak bercakap jugak. Ada hari tak bertegur sapa, ada hari masam muka, ada hari tengok muka pun meluat tak kira. Tapi tetap bahagia sebab bahagia tu bukan hari-hari gembira, hari-hari ketawa, hari-hari riang ria.
Ada hari yang kita tak berlaga angin, orang utara kata. Ada hari yang ada konflik, ada hari yang tak sama pandangan, ada hari yang berbeza pendapat. Ada perkara yang buat kita suami isteri jadi macam tu.
Pastu bila dah baik balik, bercakap pun macam biasa dah. Takde masam muka, mulut muncung, dah bertegur sapa macam takde apa-apa. Suami masuk tandas pun dah rindu bila time tengah baik ni.
Lumrahnya kehidupan suami isteri ni begitulah.Itu bagi kita dan kita still tafsirkan situasi dan keadaan tu sebagai BAHAGIA.
Jangan Kecilkan Skop Bahagia
Jangan limitkan atau kecilkan skop bahagia tu mestilah tak boleh bergaduh langsung, tak boleh merajuk, kena bercakap, kena senyum, kena gembira sentiasa. Hidup ni bukannya drama yang skripnya dah ada. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang akan berlaku esok dan hari seterusnya. Perangai dan mood pasangan juga kita tak boleh nak jangka.
Ada orang kata dia tak bahagia, tapi dia sendiri tak tahu apa yang dia perlu buat untuk bahagia.
Bahagia perlu dimulai dengan rasa syukur, kemudian redha. Mungkin apa yang kita lalui dan hadapi tu perlu disyukuri terlebih dahulu dan perlu redha untuk kita rasa bahagia yang sebenar.
Orang lain mungkin melalui hari yang lebih teruk daripada hari kita.
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya. Lumrah dalam perkahwinan ada pasang surutnya.. Ada hari-hari yang ok, dan ada yang sebaliknya. Bukan hari-hari gembira, dan tak boleh bergaduh langsung.Yang penting tetap bersama-sama hingga ke akhirnya.
Tak salah pun kalau ada sesetengah mak-mak ada rezeki beranak anak dekat-dekat cuma untuk elak tekanan emosi di luar jangkaan, maka kena fikir juga kesan pada tubuh badan pada masa akan datang. Lagi pun enat uruskan rumah tangga ni bukan ada yang sudi bantu kalau tak suami kita sendiri.
Maka sesekali kena renungkan nasihat doktor selepas bersalin dan duduk berbincang dengan suami. Rancang seeloknya dan tawakal pada Allah. Nak lagi ‘cantik’, cuba fikirkan sedikit kata-kata doktor yang Puan Asilah Azhari kongsikan di status facebook miliknya baru-baru ini…
Nasihat Doktor Kalau Anak Jarak Dekat-dekat
Last time masa checkup Doc tanya “Asilah lepas ni apa plan awak untuk family planning? Nak go for depo atau implano?”
Dalam hati ni duk kira-kira habis kuat depo la. Sebab takut nak kena hiris kat tangan. Injection pun penakut lagi nak masuk ikut tangan.
Doktor kata ok je. Kita cuba. Sebab tak semua serasi dengan satu method. Sebab saya tengok rekod awak ni tak cantik. 3 pregnancy with poor spacing & 1 miscarriage. Saya bukan nak kata apa tapi sepanjang saya bekerja saya dah jumpa 10 kes penceraian disebabkan poor spacing. Jarak anak terlalu dekat dan akhirnya ibu stress kepenatan urus anak-anak ditambah pula sikap pasangan yang tak membantu.
Saya angguk tanda faham. Saya kata nanti saya bagi keputusan antara dua.
Betul sebenarnya. Jaga anak ni memang menguji emosi. Lebih-lebih lagi anak rapat. Kurang tidur, kurang masa sendiri dan lebih menakutkan kita mula jadi marah-marah, mula angkat tangan. Bergaduh dengan pasangan. Dan akhirnya anak-anak jugak yang terkesan.
Suami saya setiap hari dia akan pastikan dia sediakan sarapan dan makan yang cukup untuk sampai ke tengahari. Jadi saya ada masa berehat dan bertenang untuk uruskan anak-anak dan rumah. Dengan harapan isteri dia tak bertukar jadi raksaksa dan hilang kewarasan. Tapi itu pun kalau anak-anak luar kawalan tetap ibu dia bertukar. Balik je kerja dia akan takeover kerja dirumah. Tak dapat saya bayangkan kalau dapat pasangan yang lepas tangan.
Kalau kat luar orang tegur anak saya mudah dengar kata dan tak susah dikawal ketahui la semua tu jasa dan ehsan suami. Sebab dia menjaga emosi saya dengan baik. Jadi kesabaran saya yang lebih nipis dari kulit bawang ni sedikit terkawal dan dapat menjaga emosi anak-anak jugak.
Apa Yang Patut Mak-mak Fikir
Point saya kat sini sebenarnya ada dua. Satu, tak ada salahnya kalau doc nasihatkan kita untuk rancang keluarga. Semua ada kebaikkannya. Jangan la cakap doc ni menyibuk nak tentukan rezeki Allah. Kalau kita tak jaga kebajikan anak dengan baik dan berikan didikkan yang terbaik pun tak patut jugak namanya.
Kedua, suami rajin-rajin la bantu isteri dan tolak ansur. Itu pasangan dan ibu kepada anak-anak awak jugak. Nanti kalau dia penat, marah-marah yang hilang mood awak jugak. Kang mula la kata isteri ni kuat bebel. Mata mula nampak isteri ni dah serba serbi kurang. Padahal awak tak membantu. Isteri nak mandi, melawa, mencekik pun tak sempat sebab nak gendeng anak. Sama-sama sedap sama-sama la bertanggungjawab.
“Majulah para suami untuk kewarasan sang isteri”
Sekian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!