Ads

Bincang DAHULU Dengan Pasangan, Sekurangnya Bila EMERGENCY Duit KWSP ADA

Berita gembira buat semua apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Permohonan yang boleh dibuat bermula 1 April 2020 diharapkan dapat memberi manfaatkan kepada semua di kala ini. Namun begitu, sedari awal Perdana Menteri menasihati semua rakyat menggunakan wang ini sebaik mungkin.

Belilah barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Oleh itu bagi mak, ayah di luar sana yang masih fikirkan sama ada ingin mengeluarkan wang KWSP akaun 2 atau tidak, berbincanglah dengan pasangan. Fikirkan adakah duit sedia ada mencukupi atau tak sehingga bulan-bulan akan datang.

Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin ini :

Ads

Sesiapa yang tanya saya perlu atau tidak keluarkan duit daripada akaun 2 KWSP ini, maka nasihat saya begini:

  1. Tengoklah savings dan situasi kewangan semasa keluarga anda, cukup atau tidak jika keadaan sekarang berlarutan.
  2. Jika awak ada plan nak guna akaun 2 itu untuk anak sambung belajar, sakit, beli atau bina rumah, maka tak perlulah guna atau keluarkan lagi sekarang.
  3. Jika awak memang ada mengeluarkan akaun 2 untuk pengeluaran ansuran perumahan bulanan, maka tak perlu guna utk I-Lestari…

Hak masing-masing dan atas diri masing-masing dalam membuat keputusan.

Sebaiknya, bincang dengan pasangan. Bagi saya, jika bawa keluar, duit sudah ada di tangan, letaklah atau simpan dalam akaun simpanan kita sendiri. Paling penting adalah disiplin, jangan guna selagi belum betul-betul diperlukan atau terdesak… Bila ada emergency sahaja boleh ambil…

Tapi kalau duit itu dalam KWSP, waktu emergency susah pula nak ambil kalau tak menepati syarat-syarat pengeluaran…

Ads

Saya menggunakan kesempatan yang diberi untuk mengeluarkan duit sendiri sahaja… Nak tunggu tua pun, tiada jaminan sempat sampai hari tua…

Pilihan di tangan anda…

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Sumber: Firdaus Shakirin

MW: Sekurang-kurangnya pengeluaran wang KWSP dari akaun 2 dapat membantu mak ayah di saat genting ini. Berjimat-cermat dan berbelanjalah mengikut keperluan kerana kita belum tahu nasib kita esok atau lusa. 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

dihempap pokok

Calon SPM Maut Dihempap Pokok Kelapa, Ibu Reda Kehilangan Anak Lelaki...

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang calon SPM yang dihempap pokok kelapa, apa yang menyedihkan apabila ibunya datang melihat jasad anak bongsunya dalam keadaan berbungkus kain di atas jalan selepas motosikal dinaiki bersama rakan dihempap sebatang pokok di Kampung Permatang Pasir, Gunong.