Menjelang 8.8, platform e-dagang Shopee menawarkan jualan bagi kategori fesyen dan kecantikan yang tiada tandingan dengan pelbagai pilihan fesyen dan produk kecantikan untuk golongan wanita! Tawaran eksklusif yang akan berlangsung mulai 26 Julai sehingga 11 Ogos 2024ย yang pastinya akan menjanjikan pengalaman yang lancar kepada pengguna kerana segalanya hanya di hujung jari.
Lebih menarik, Shopee akan memberikan baucar Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum setiap hari agar pengguna boleh mendapatkan trend Fesyen terbaharu tanpa perlu risau tentang kos penghantaran tambahan.
Tidak cukup dengan itu, kempen ini juga menawarkan baucar setiap hari pada jam 12 tengahari untuk pelbagai pilihan fesyen yang terkini, anggun dan moden. Selain itu pelbagai produk kecantikan yang pasti akan menyerlahkan kejelitaan wanita turut boleh didapati.
Pastikan anda jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran hebat ini setiap hari pada jam 12 tengah hari!
Jangan Lepaskan Peluang!
Golongan wanita yang gemar kepada fesyen dan produk kecantikan anda boleh menjimatkan wang bila membeli belah barangan kesayangan dan pastikan anda tidak terlepas untuk mendapatkan keuntungan padu kempen 8.8 ini!
Paling istimewa anda boleh menikmati penghantaran percuma untuk semua produk fesyen dan kecantikan kegemaran, jangan lupa untuk menuntut dan menggunakan baucar anda pada pukul 12 tengah hari setiap hari!
Ads
Tanpa Perbelanjaan Minimum!
Paling seronok Shopee mengadakan penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum untuk barangan fesyen dan kecantikan. Baucar ini akan dikeluarkan pada pukul 12 tengah hari setiap hari. Nantikan tawaran masa terhad dan baucar tambahan diskaun 50% untuk direbut!
Ads
Tawaran Masa Terhad
Bagi anda yang mementing gaya dan penampilan yang menarik, jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Malah bagi meningkatkan lonjakan kategori fesyen dan produk kecantikan Baucar Penghantaran Percuma (FSV) akan diperbaharui pada pukul 12 tengah hari setiap hari, berakhir pada pukul 11:59 pagi keesokan harinya.
Paling menggembirakan pelanggan Shopee akan mendapat diskaun sehingga 70% daripada jenama fesyen dan kecantikan terkemuka serta baucar tambahan diskaun 50% untuk produk jualan terbaik.
Ads
Menampilkan pelbagai pilihan fesyen trendy pada tawaran yang tidak dapat ditandingi, Shopee adalah destinasi utama rakyat Malaysia untuk pembelian barangan fesyen berbaloi tanpa risau.
Bukan itu sahaja, sempena musim sukan ini, Shopee kini memperkenalkan Shopee Games 8 malam! Pastikan anda bermain “Putar & Menang Jongkong Emas 999 10g” (bernilai RM 4,000 seketul) setiap 8 malam dari 8 Ogos hingga 11 Ogos! Selama 4 hari, setiap hari akan ada seorang pemenang; jadi setiap 8pm spin, mungkin orang yang bertuah itu adalah anda!
Jangan lepaskan peluang beli-belah tanpa risau sempena 8.8 di Shopee! Untuk maklumat lanjut layari 8.8 Festival Shopee Live dan nikmati pelbagai tawaran hebat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Usia 51, Supermodel Nasha Aziz tak pernah rehat jaga pemakanan, nak langsing terpaksa korbankan nafsu makan. Aura pelakon dan supermodel tersohor, Nasha Aziz setiap kali muncul di pentas peragaan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Setiap langkah dan aksinya begitu mencuri tumpuan lensa kamera dan mata yang melihat.
Walaupun sudah menjangkau usia 51 tahun namun wanita ini cukup jelita ditambah badannya yang begitu langsing.
Usia 51, Supermodel Nasha Aziz Tak Pernah Rehat Jaga Pemakanan
Sewaktu bertemu dengan pelakon yang pernah popular menerusi filem Laila Isabella ketika memperagakan busana Muslimah menawan pada pertunjukan fesyen jenama Muslimah tempatan, Munawwareen yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota baru-baru ini, Nasha sempat berkongsi rahsia awet mudanya.
Rupanya banyak yang ย terpaksa dikorbankan bagi menitikberatkan soal pemakanan.
โSaya tak pernah rehat jaga pemakanan. Saya ambil makanan tanpa garam dan gula. Bukan itu saja saya juga kawal pemakanan yang sangat clean samaada ambil makanan bersayur seperti salad atau apa saja tanpa di masak adalah sangat baik.
โDalam sehari saya akan ambil lima atau enam mangkuk sayur. Nasi pula saya akan ambil beras perang, namun jarang saya ambil nasi. Beras perang ni bila maka buat perut kita kenyang, kadang tu boleh buat saya tak berapa selesa.
โPada masa sama saya kena ambil banyak banyak kalsium dan protein.
โSaya pilih makan ikan dan ayam. Daging ayam saya cuma ย makan bahagian isi tanpa kulit. Sememangnya banyak yang terpaksa saya korbankan,โ kongsi Nasha.
Selain itu, Nasha juga menerangkan dia juga akan minum kopi selepas jam 1 tengahari.
โSaya akan minum kopi pula selepas jam satu. Saya tahu kopi sangat baik untuk minda namun tak berapa baik untuk kulit, terutamanya kulit yang sudah berumur akan nampak cepat kusam. Jadi saya akan hadkan pengambilan kopi,โ sambung Nasha tentang tip pengambilan makanan yang diambil setiap hari.
Muncul pada segmen kemuncak pertunjukan fesyen Munawwareen, Nasha tampil anggun berhijab sambil menggayakan rekaan jubah khas rona hijau zamrud bertatahkan jemeki sebagai perincian pada busana.
Walaupun menerima jemputan dalam masa yang singkat, selebriti popular itu mengakui berbesar hati apabila terpilih untuk membuat penampilan khas sempena pelancaran koleksi terbaharu jenama fesyen Muslimah tersebut yang bertemakan Sempurnakan Hijrah Cinta.
โSaya bersyukur dengan rezeki yang ALLAH SWT bagi dan berterima kepada pihak Munawwareen terutamanya Datin Hajah Aliza kerana memberi kepercayaan kepada saya.
โSaya hanya melakukan tugas dengan sehabis baik apabila diberikan tanggungjawab. Apa sahaja rezeki yang datang, saya terima.
โBagi saya, dalam apa sahaja yang kita lakukan, buatlah sepenuh hati. Hargailah setiap momen, kreativiti, keindahan dan usaha masing-masing.
โSaya percaya rezeki tidak pernah salah alamat. Walaupun dijemput dalam masa satu minggu, saya bersyukur dapat bersama pasukan yang hebat ini,โ ujar bintang filem Talbis Iblis itu ketika ditanya tentang penglibatannya dalam pertunjukan fesyen tersebut.
Pada acara yang diadakan penuh gilang-gemilang dengan kehadiran 300 tetamu itu, sebanyak 21 rekaan dengan jumlah 36 pakaian diperagakan penuh elegan merangkumi segmen Hawa 1 (koleksi telekung), Hawa 2 (koleksi jubah dan abaya), Rijal (jubah dan kurta lelaki) dan Hawa 3 (koleksi jubah dan dres eksklusif).
Kesemua rekaan daripada koleksi Munawwareen itu akan dilancarkan secara berperingkat bermula Oktober 2022 sehingga Mac 2023.
Mengutamakan pakaian patuh Syariah, variasi pakaian jenama initu direka dengan potongan longgar dengan pemilihan fabrik yang tidak menampakkan bentuk badan pemakai.
Pengasas dan Pengarah Urusan Munawwareen Holdings Sdn Bhd, Datin Aliza Abu Bakar, berkata, terdapat banyak pakaian Muslimah yang dipasarkan tetapi konsep Muslimah sejati itu tidak sepenuhnya dipraktikkan.
โMunawwareen mahu dikenali dengan identiti fesyen Islamik yang berusaha mengikuti landasan Syariah. Sekarang kita dapat lihat lebih ramai wanita bijak berfesyen meskipun menutup aurat dengan sempuma.
โJadi Munawwareen ingin menjadi sebahagian daripada gerakan fesyen Islamik yang sentiasa menampilkan rekaan-rekaan segar serta mengikut arus semasa tanpa mengetepikan kewajipan memelihara aurat,โ katanya.
Mingguan Wanita : Suka tengok penampilan Nasha yang sentiasa mesra dan manja.
Sumber Foto : Ihsan MUNNAWARREN HQ
Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!ย
Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Intan Ladyana selamat bersalin anak lelaki. Intan melahirkan bayi keduanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Jumaat. Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu selamat dilahirkan secara normal sekitar pukul 12.45 tengah hari.
Pelakon dan pengacara Harris Alif berkongsi berita gembira apabila isterinya, Intan Ladyana telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka.
Ibu anak 5 hero, Siti Maisarah Saifuddin bertungkus lumus belajar menjahit tahun ini demi menghasilkan sendiri baju baru untuk anak-anak dan suami. Tahun ini biasa saja buat ibu ini. Tiada pun baju baru untuknya. Tapi dia telah menyediakan sendiri baju baru untuk suami dan 5 anak lelaki yang dijahit sendiri dengan kos keseluruhan tak sampai RM100.
Bila anak-anak ramai tentulah ibu akan memikirkan cara mana yang boleh dilakukan untuk berjimat. Mak-mak akan berasa kagum dengan kegigihan ibu ini mahu membahagiakan hati anak-anaknya. Ini adalah hadiah istimewa lagi luar biasa dari ibu untuk keluarganya.
6 Jejak Perlu Disegakkan Serapi Mungkin
Subuh Subuh adik bongsu whatssapp kakak comel dia.
Almaklumlah, kakakmu masih di sini.
Tahun ni paling hectic buat saya..
Paling mencabar emosi dan jiwa.
Paling terasa bila anak sudah memasuki 5 orang.
Bereti 6 orang jejaka perlu disegakkan serapi mungkin.
Betullah bila jadi ibu.
Anak-anak didahulukan.
Tiada satu yang saya beli untuk saya kali ni.
Hanya untuk anak-anak yang excited beraya.
Sebab tahun ni tahun paling semangat berpuasa bagi mereka.
2 bulan lepas, kedai lelong kain.
Harga kain belasan ringgit semeter, jadi rm7 sahaja sebab nak habiskan stok.
BFF kesayangan pula hadiahkan Abaya Sifu warna mustard.
Masha Allah, rezeki!
Mujurlah haritu tergerak gatal tangan beli kain,
Tanpa tak sengaja terjadi tema kuning tahun ni.
Namun, bukan tema yg saya nak cerita.
Tapi hecticnya tahun ini.
Kali Ini Nekad Jahit Sendiri
Tahun lepas berhabis ratusan ringgit untuk pakaian.
Raya kali ni, nekad nak jahit sendiri.
Drive seorang diri, menuntut ilmu last minit dengan sifu BFF kesayangan Nor Ashikin Hashim.
Mujurlah BFF saya comel dan penyabar, dia layan kita sehabis comel.
Saya zero bab kurta ni.
Maka sifu ajarkan saya, siap potong ikut pola.
Then merempitlah kita menjahit dengan basic ilmu.
Dah banyak malam tak cukup tidur, demi raya untuk anak-anak.
Kain 7 meter, bajet sekitar rm60-70.
Dapatlah baju en suami, dan 5 hero kesayangan ummi.
Beli kain buat seluar slack dengan bajet rm24, dapatlah 7 helai seluar anak-anak.
Mungkin raya kali ni hanya biasa bagi umi.
Tapi sekurangnya luar biasa bagi anak-anak.
Dan kali ini umi faham..
Kenapa 20 tahun yang lalu,
Kami 9 beradik sedondon baju raya.
Dan mak yang jahitkan baju kami.
Pagi Ini Airmata Tumpah
Belajar menjadi seorang ibu dari kenangan yang lalu…
Ketahuilah.
Hakikatnya nampak sedondon bukan kerana banyak wang yang dilabur.
Masih ada yang berusaha berjimat.
Kerana umum hanya nampak baju.
Umum tidak tahu, bagaimana pula seorang ibu berusaha melengkapkan..
kasut raya,
kopiah raya,
Perjalanan di hari raya…
Moga lebaran kali ini lebih indah buat semua!
Amin.
Eyka Farhana selamat bergelar isteriย Akhyar Rashid, 5 tahun menyulam kasih sebelum bersatu. Lima tahun menyulam kasih, akhirnya pelakon jelita Eyka Farhana sah bergelar...