Raja Azura tampil manis berhijab,”bukan nak cantik tapi kerana Allah.” Raja Azura mengakui bahawa keputusannya untuk berhijab dilakukan dengan sepenuh hati.
Raja Azura Tampil Manis Berhijab,”Bukan Nak Cantik Tapi Kerana Allah”
Ujarnya lagi sudah tiba masanya untuk dia mematuhi kewajiban menutup aurat. Genap sebulan berhijab sebaik bergelar hajah, pengacara Raja Azura mengakui perubahan dilakukan adalah atas pilihan diri sendiri yang sudah semakin meningkat usia.
“Jangan buat kerana nak kelihatan cantik, tapi lakukan kerana Allah. Apabila sudah sampai waktu, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik.
“Kita semua makin lama makin berusia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.
“Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab dan wajib kepada diri saya,” katanya.
Jemu dengan imej sebelum ini, pelakon filem Tiga Janda Melawan Dunia itu meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya agar kekal istiqamah dan tidak cepat menghukum mereka yang belum bertudung.
“Saya sudah melalui macam-macam perkara dalam hidup ini. Kita semua melalui proses kehidupan, tidak kira baik atau buruk.
“Kalau ada dalam kalangan kita belum bertudung, jangan menyalahkan individu itu kerana mereka juga milik Allah.
Ads
“Setiap orang akan melalui pelbagai dugaan dalam hidup. Jika tiada ujian, tidak mungkin mereka mampu menjadi seorang yang matang.
“Jadi, kena selalu berfikiran positif untuk orang lain. Belum tentu yang sudah bertudung itu hatinya baik, jadi perbetulkan diri sebelum nak istiqamah,” tuturnya tenang.
Ibu tunggal kepada dua anak itu turut meluahkan rasa teruja apabila berpeluang mengerjakan haji buat kali kedua bersama ibunya, pada Julai lalu.
Jelas Raja Azura yang mesra disapa Kak Engku itu, jemputan mengerjakan rukun Islam kelima itu adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka. Ia sekali gus sebagai kejutan kepada ibunya yang sudah berada di Tanah Suci lebih awal.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mak-mak yang nak pilih ketam segar, manis & banyak isi ada tip tertentu.Ketam bukanlah hidangan makanan laut yang kita makan hari-hari. Tapi bila sesekali teringin nak makan ketam, bila dah siap masak, mesti rasa kecewa bila rasanya, tak seperti yang kita harapkan. Berbau, tak segar, isi sikit dan sebagainya. Harga ketam boleh tahan mahal harganya. Biarlah harga yang dibayar berbaloi dengan kualiti ketam yang dibeli.Ada caranya yang tersendiri nak pilih ketam yang segar agar tak menyesal bila tersalah pilih nanti.
Berikut merupakan perkongsian tip oleh Penjual Makanan Laut sendiri, yang boleh dijadikan panduan ketika membeli ketam.
1.Waktu Membeli
Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh,kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.
2.Warna Cengkerang
Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.
3.Pilih Ketam Berat
Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain menunjukkan isinya padat. timang-timang sikit ketam tu, untuk mengagak berat ketam.
4.Lihat Belakang Ketam
Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.
5. Bau Laut
Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu.Faham-faham aje la ehh.
6. Cukup Sifat
Ketam haruslah masih cukup sifat . Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam mesti ada lagi.Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.
7.Pilih Ketam Betina
Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina ni, ada telur dan selalunya ketam betina lebih banyak isi.
*Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badan ketam yang selalunya lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Ketam betina badan agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.
8. Tiada Tompok-Tompok
Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar.
‘Tidak masuk akal Baby Syifaa terjerut buai.’ Naluri Che’ Puan tersentuh, minta siasat semula kes kematian Baby Syifaa.
Kematian Baby Syifaa di taska membuatkan ramai yang merasakan punca kematiannya tidak masuk akal kerana dikatakan dia terjerut kain buaian, tetapi kesannya seperti bayi yang tak berdosa ini dijerut.
Isteri Pemangku Raja Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam menggesa kerajaan untuk menyiasat semula kes kematian bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri, 15 bulan, ketika dalam jagaan di pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan, Februari lalu.
Khaleeda menerusi hantaran di Instagram miliknya memaklumkan pendapat yang mengatakan kecederaan bayi itu berpunca akibat terjerut tali buaian adalah tidak masuk akal.
“Bagi saya tidak masuk akal Baby Syifaa terjerut buai dengan ada kesan luka di kakinya seperti dia diheret,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Baginda turut menulis tanda pagar #justiceforbabysyifaa dan turut menandakan nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.
Khaleeda kemudian turut berkongsi hantaran bapa bayi berkenaan iaitu Yuseri Yusoff pada 24 Mac lalu dan mempersoalkan bagaimana seseorang boleh melakukan tindakan sebegitu kepada seorang bayi yang tidak berdaya.
“How can someone do this to a helpless child. You need to reinvestigate this case,” tulisnya lagi dengan turut menandakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Naluri Che Puan Tersentuh
Sementara itu, malam tadi, sekali lagi Che’ Puan Besar Khaleeda membuat hantaran merujuk kes berkenaan dengan persoalan mengenai kesan kecederaan dialami bayi terbabit.
Pada 23 Februari lalu, media melaporkan mengenai bayi berkenaan yang disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang, 22 Februari lalu selepas dibawa pengasuhnya ke Klinik Kesihatan Sendayan untuk rawatan.
Minta Siasat Semula
Menurut siasatan awal polis, pengasuh mendakwa mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepala terkeluar daripada buaian dan tergantung pada kain buaian, manakala badan berada di dalam buaian.
Hasil bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pula merumuskan tekanan pada leher menjadi punca kematian bayi berkenaan.
Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian bayi perempuan itu ditetapkan semula pada 29 Jun ini di Mahkamah Koroner Seremban.
Mingguan Wanita : Semoga pihak berkuasa dapat menyiasat semula kes ini dan kematian Baby Syifaa mendapat keadilan sewajarnya. #Justice4BabySyifaa
Mira Filzah selamat lahirkan anak lelaki, kongsi tarikh lahir 9 Syawal. Tahniah buat Mira Filzah dan suami kini sudah bergelar ibu dan ayah.
Menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagram suami kepada pelakon jelita itu yang bernama Wan Emir Astar meluahkan kegembiraan apabila lahirnya putera sulung kesayangan yang ditunggu-tunggu selama ini.
Mira Filzah Selamat Lahirkan Anak Lelaki
Memanjatkan rasa kesyukuran, Wan Emir menyatakan isterinya selamat melahirkan anak sulung mereka. Malah kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW — isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40pagi.
“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.
Terima Kasih Atas Doa
“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.
“May Allah SWT bless & guide each and every one of us in our own personal journeys through this temporary life, aamin YRA,” luah Wan Emir.
Kisah inspirasi tentang Shamsuri dan isterinya yang menerima cahaya mata ke-13, membuktikan bahawa rezeki anak ramai adalah anugerah penuh keberkatan. Ketabahan dan kasih sayang pasangan ini menjadikan keluarga besar mereka sumber kekuatan.