Beregu wanita negara cipta sensasi di Olimpik Paris 2024, tewaskan pemenang pingat gangsa edisi lalu. Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah terus menampilkan sensasi tersendiri apabila menundukkan pasangan Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong untuk melangkah ke pusingan separuh akhir Olimpik Paris 2024 pada Khamis.
Kemenangan itu menyaksikan Pearly-Thinaah melakar sejarah menjadi beregu wanita pertama negara yang berjaya melangkah ke separuh akhir temasya sukan terbesar dunia itu.
Beregu Wanita Negara Cipta Sensasi Di Olimpik Paris 2024
Dalam aksi yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena itu, Pearly-Thinaah menunjukkan belang mereka apabila mudah mengatasi gandingan Korea Selatan yang berada di ranking ke-10 dunia itu dengan kemenangan 21-12.
Pada set kedua, So Yeong-Hee Yong yang juga pemenang gangsa Olimpik edisi lalu cuba bangkit dengan permainan lebih kemas untuk memerangkap Pearly-Thinaah.
Ads
Tewaskan Pemenang Pingat Gangsa Edisi Lalu
Namun, ketenangan dipamerkan gandingan itu sukar digugat apabila sekali lagi berjaya untuk memenangi set kedua dan juga perlawanan tersebut dengan 21-13.
Mereka dijadualkan menentang Chen Qing Chen-Jia Yi Fan di pusingan separuh akhir.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Da’i Syed perdaya mangsa sedang kemurungan, Hakim jelaskan tindakan pendakwah buat mangsa trauma. Hari ini, pendakwah selebriti Da’i Syed dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol.
Kes rogol ini dilaporkan 5 tahun lalu di mana mangsa ada berkongsikan perasaan traumanya selepas kejadian rogol ini. Ketika itu dirinya mengalami masalah kemurungan sebelum bertemu Da’i Syed yang membawanya keluar makan sebelum membawanya balik ke rumah sebelum kejadian rogol ini berlaku.
Akibat dari kejadian rogol itu, dirinya akui trauma malah dirinya terpaksa mengumpul kekuatan untuk berkongsi kisah tragik ini selain perlu mendapatkan rawatan di hospital akibat tekanan dilaluinya.
Hal ini menarik perhatian Hakim Mahkamah Seksyen, Norazlin Othman yang menyifatkan tindakan Da’i Syed sebagai tidak boleh diterima akal kerana dirinya adalah pendakwah dan dikenali ramai.
Tindakan pendakwah selebriti, Da’i Syed merogol mangsa disifatkan suatu yang tidak dapat diterima akal secara munasabah kerana mempergunakan mangsa yang lemah.
Memetik laporan Harian Metro, Hakim Mahkamah Sesyen, Norazlin Othman berkata demikian sebelum menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan ke atas Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, atas tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun, lima tahun lalu.
Norazlin dalam penghakimannya berkata, tertuduh dalam masyarakat sebagai seorang pendakwah selebriti yang memberi impak besar kepada orang awam terutama masyarakat Islam di negara ini, anak-anak muda dan penuntut universiti.
“Mahkamah mengambil kira peranan yang sering dimainkan oleh tertuduh dalam memberikan ceramah agama dan motivasi.
“Mahkamah juga mempertimbangkan kesan trauma kepada mangsa kerana membabitkan wanita dan kehormatan.
“Pastinya mangsa mengalami trauma kerana perlu kumpulkan kekuatan untuk tampil membuat laporan dan melalui setiap proses perundangan yang panjang dan bukan mudah, kejadian ini akan terus berada dalam ingatan mangsa hingga akhir hayat,” katanya.
Norazlin berkata, mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan itu.
“Pembelaan tertuduh bersifat penafian dan tidak cukup mematahkan kes pendakwaan bahawa kejadian rogol sememangnya berlaku.
“Pihak pendakwaan membuktikan bahawa tertuduh adalah orang yang mula-mula mengajak mangsa keluar dan membawa pergi ke rumahnya.
“Selain itu, mangsa yang lemah dan lurus bendul dibuktikan tidak boleh membuat keputusan serta melawan tertuduh ketika kejadian,” katanya.
Menurutnya, mahkamah turut mengambil kira faktor peranan tertuduh sebagai penceramah dan pakar motivasi yang memberi impak besar kepada masyarakat terutama golongan muda.
“Kes ini membabitkan mangsa yang juga masih muda dan kesan trauma itu akan terus berada dalam ingatannya sehingga akhir hayat.
“Justeru, hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan bukan saja pengajaran kepada tertuduh malah bagi orang awam lain secara keseluruhannya,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memohon hukuman berat dengan mengambil kira faktor kepentingan awam dan kekerapan kes rogol yang semakin berleluasa.
“Kredibiliti tertuduh yang mempunyai latar belakang agama dipandang tinggi namun dia menggunakan kedudukan itu untuk mengambil kesempatan ke atas mangsa.
“Saya memohon hukuman penjara tertuduh sekurang-kurangnya selama 12 tahun,” katanya.
Bagaimanapun, peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili tertuduh memohon pelaksanaan penangguhan hukuman kerana anak guamnya itu sudah berkahwin dan baru saja menimang cahaya mata baru berusia 16 hari.
“Ini kesalahan pertama tertuduh, justeru saya memohon penangguhan hukuman dan akan memfailkan rayuan. Jika tertuduh berada dalam penjara, ia menimbulkan kesan signifikan,” katanya.
Norazlin bagaimanapun menolak permohonan penangguhan itu kerana tiada keadaan khas untuk mempertimbangkan perkara berkenaan dan hukuman penjara berkuat kuasa mulai hari ini.
Berdasarkan pertuduhan, Syed Shah Iqmal didakwa merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira jam 1.35 pagi, 11 September 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 10 April tahun lalu, Mahkamah Sesyen di sini, melepas dan membebaskan daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.
Namun, Mahkamah Tinggi di sini, pada 7 Mac lalu memerintahkan dia membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang dijalankan bermula April 2022 dan Syed Shah Iqmal sebagai satu-satunya saksi pembelaan.
Bekas isteri dakwa dipaksa tidur & mandi dengan madu, kisah suami kahwin 3 cetus sensasi. Siapa yang pernah mengikuti kisah seorang influencer yang mempunyai jumlah pengikut ramai, pasti tahu kisah hidupnya bermadu.
Di media sosial, wanita cantik manis ini pernah berkongsi hubungan baiknya dengan madu.
Ramai yang kagum dengan keakraban mereka kerana keduanya boleh keluar bersama, makan bersama-sama bahkan dari video ditonjolkan hingga mencapai jutaan views, keduanya nampak seperti kawan baik dan bukannya hidup bermadu.
Namun di sebalik kemanisan bermadu itu, malam tadi di live tik tok, Tyrah dan Kak Nad (merupakan bekas isteri kedua) membuat kemunculan bersama di mana mereka berkongsi sisi pelik bekas suami yang mendakwa mahu mereka mandi bersama, tidur bersama dan lain lagi sekaligus mendedahkan kehidupan bermadu tidak semanis disangka dalam video Tik Tok @myanggun23.
Di bahagian pertama, keduanya berkongsi mendakwa dipaksa tidur bersama, mandi bersama dan lain lagi. Bahkan bekas isteri kedua ini mendakwa dirinya pernah dipersoal tentang ibadah solat.
Dalam siaran langsung itu kak Nad mendakwa dirinya sering menerima tekanan sebelum diceraikan dengan talak tiga.
Part by part, di siaran langsung yang sama @Tyrah mendakwa dirinya pernah ditampar ketika mengandung dan dirinya turut mendakwa ada ramai saksi melihat situasi tersebut malah dirinya turut menyimpan bahan bukti di telefonnya.
Setakat satu jam lalu, part 4 telah dimuat naik di Tik Tok tersebut dan sudah pasti semakin banyak kisah sensasi dikongsikan.
Pendakwah selebriti Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu.
Hakim, Norazlin Othman memutuskan memerintahkan Syed Shah Iqmal, 29, dihukum serta-merta selepas didapati bersalah kerana gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Suasana menjadi lebih hiba apabila kelibat isterinya, pengacara, Hana Ismail, 38, yang baru melahirkan anak 16 hari lalu menangis teresak-esak sebaik mendengar keputusan tersebut. Untuk rekod, Hana sedang dalam proses berpantang usai melahirkan cahayamata sulungnya baru-baru ini.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 malam, 11 September 2019 lalu.
Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah itu atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, daripada tuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.
Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Tidak selalu pasangan suami isteri akan berada di tahap selesa dan bahagia. Ini realiti alam rumah tangga dan begitulah yang dilalui oleh bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali sendiri.