Ustazah ditolak suami ke gaung kongsi pengalaman ngeri, “tubuh jatuh terlentang & guna sebelah tangan naik ke atas. Kisah ngeri seorang isteri yang ditolak suami ke dalam gaung setinggi 10 meter di KM 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini, pada 27 Julai lalu cukup menakutkan.
Allah masih sayang dan menjaga keselamatan isteri ini yang juga seorang Ustazah sepanjang 9 jam merangkak hanya menggunakan sebelah tangannya saja di mana dirinya berpaut pada akar-akar pokok dalam keadaan pinggang dan tulang pinggul patah.
Ustazah Ditolak Suami Ke Gaung Kongsi Pengalaman Ngeri
“Saya tak tahu bagaimana dapat naik ke atas, semuanya atas kekuasaan Allah,” inilah yang dikongsikan oleh Ustazah ini kepada Ketua Operasi Ambulans Murtadha Dakwah Centra Madad, Muhammad Ridzuan Osman, 36, yang diberi kepercayaan untuk menghantar mangsa pulang ke kampungnya di Kelantan selepas dibenarkan keluar dari Hospital Taiping, Taiping baru ini.
Mingguan Wanita menghubungi sendiri Muhammad Ridzuan Osman atau lebih mesra di sapa Dik Wan untuk berkongsi kisah di sebalik tragedi ini.
Menurut Dik Wan, di awal pertemuan isteri ini hanya banyak menangis dan mendiamkan diri ketika dibawa keluar dari hospital. Mungkin trauma masih menghantui hidupnya. Namun berselang masa dalam perjalanan ke kampung di Kelantan, isteri ini berkongsi serba sedikit kejadian menimpanya.
““Tubuh Jatuh Terlentang & Guna Sebelah Tangan Naik Ke Atas
Selepas ditolak suami dari atas jambatan setinggi 10 meter, kira-kira tinggi bangunan 3 tingkat, Ustazah ini memaklumkan dirinya jatuh ke bawah dalam keadaan terlentang.
“Dalam keadaan terlampau sakit kerana tulang belakang hancur, pecah dan retak, pinggang patah, tulang pinggul retak, patah tangan serta kecederaan pada paru-paru yang bocor akibat tertusuk tulang rusuk, dirinya ketika itu hanya terfikirkan maut sedang menantinya.
Ads
“Tapi memikirkan anak-anak yang masih kecil iaitu antara lima bulan dan enam tahun, dirinya mula memikirkan untuk naik ke atas. Dirinya menangis sepanjang naik ke atas. Hanya gunakan sebelah tangan saja kerana sebelah dari tangannya turut patah.
“Dirinya berkongsi terpaksa menyeret tubuhnya menggunakan sebelah tangan dengan berpaut pada akar-akar untuk naik ke atas. Sepanjang 9 jam merangkak naik ke atas itu, dengan tulang belakang hancur, dirinya menangis dalam ketakutan kerana laluannya jatuh adalah denai laluan gajah.
“Dia sendiri tak percaya dia mampu naik ke atas dalam keadaan badannya dalam kesakitan. Dia banyak menangis. Bila ditanya lagi, dia hanya mampu menangis dan menangis,” kata Dik Wan yang memaklumkan, reman suami wanita ini berakhir semalam.
Dalam pada itu, Muhammad Ridzuan berkata dirinya turut tidak mampu berfikir bagaimana isteri ini mampu merangkak naik ke atas dalam keadaan kecederaan tulang belakang dialaminya.
“Tulang belakangnya hancur. Ditambah patah tangan lagi dan hanya guna sebelah tangan saja. Memang Allah menjaganya ditambah suasana ketika itu masih gelap gelita sekitar 5 pagi.
Ads
“Masa Ustazah ini dapat naik ke atas, dirinya hanya mampu terbaring di tepi jalan. Hampir setengah jam juga dirinya terbaring tanpa ada sebarang pertolongan. Tempat dia naik tu kawasan selekoh, jadi mungkin susah orang nak berhenti sebelum sebuah kenderaan menghentikan kenderaan membantunya,” jelas Dik Wan yang berkongsi buat masa ini anak-anak Ustazah ini dijaga oleh keluarganya.
“Ada juga saya beritahu untuk siarkan nombor akaunnya untuk orang bantu. Tapi dia menolak kerana tak mahu dedahkan identiti diri dan keluarganya. Tapi boleh saya katakan mereka bukan terdiri dari keluarga senang. Ibunya sendiri tak sihat mengidap amnesia dan kini dijaga oleh kakak Ustazah ini,” katanya ketika dihubungi.
Ditanya berapa tempoh Ustazah ini pulih seperti keadaan asal, Dik Wan sendiri tiada makluman mengenainya tapi paling pasti ia mengambil tempoh lama kerana kecederaan tulang belakang dialami isteri ini bukan sedikit.
Apa pun semoga Allah terus menjaga isteri teraniaya ini demi membesarkan anak-anak yang masih memerlukan penjagaan darinya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rezeki mentua baik, Datuk Yusof & isteri kesat air mata ucap selamat jalan tunaikan umrah buat Puteri Sarah, cucu. Allahu, rezeki pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37 ini yang dikurniakan keluarga mentua yang sangat baik.
Seperti sedia maklum isteri kepada Syamsul Yusof dan ibu kepada dua cahaya mata Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 2 itu berhadapan dengan kemelut rumah tangga.
Rezeki Mentua Baik
Walaupun kelibat suaminya tidak kelihatan namun begitu terharu apabila melihat ibu dan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail berada di KLIA bagi menghantar Sarah ke Tanah Suci bersama dua anaknya.
Malah keduanya dilihat mengesat air mata bagi mengucapkan selamat jalan buat menantu dan cucu-cucu kesayangannya.
Moga Ada Jalan Penyelesaian
Menyatakan dirinya tak sabar untuk mengejar Lailatul Qadar di tanah suci, Sarah juga mahu memohon agar segala urusannya dipermudahkan.
“Walaupun banyak dugaan saya rasa tak sabar untuk kejar Lailatul Qadar dekat sana, saya mohon urusan saya dan anak-anak dipermudahkan.
“Semoga balik nanti ada keputusan gembira, InsyaAllah, tak kisahlah apa keputusan yang Allah bagi petunjuk, saya akan ikut.
“Moga ada jalan keluar dan penyelesaian, apa pun yang terjadi bukan perkara buruk kerana saya anggap itu kehidupan baharu,” ujarnya seperti mana dilaporkan mStar.
“Baiknya Keluarga Mentuanya, Ahamdulillah” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang memberikan sokongan dan doa buat Puteri Sarah. Malah Sarah juga dikatakan beruntung kerana mempunyai keluarga mentua yang baik hati.
Kesabaran Akhirnya Meletus
Bukan mudah untuk mempertahankan rumah tangga yang diganggu orang ketiga. Pasangan yang melalui saja tahu bagaimana deritanya. Sampai satu masa selepas puas bertahan, akhirnya ‘meletup’ juga.
Sebelum ini selepas puas mengelak, Sarah telah mendedahkan punca gosip rumahtangganya diketahui umum.
Akhirnya Puteri Sarah meluahkan rasa berangnya pada individu wanita yang mengganggu keamanan rumah tangganya itu.
Dakwanya di dalam instagram story miliknya, sejak tahun 2019, wanita bernama Ira Kazar ini menggangunya dengan fake akaun dan komen-komen menyakitkan hati.
Kesabaran yang dipertahankan Puteri Sarah akhirnya meletus jua bila mana Ira mula menyentuh tentang anak-anaknya.
Hadiah hari lahir Sweet Qismina, Adam Lee ikat tali pertunangan. Wah sama cantik sama padan, semoga ikatan ini berakhir ke jenjang pelamin.
Mingguan Wanita doakan pasangan pelakon yang sudah menyulam percintaan selama tiga dipermudahkan jodoh mereka hingga ke tarikh pernikahan.
Sweet Qismina dan Adam Lee masing masing memuat naik gambar pertunangan di Instagram dan rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan suka melihat pasangan ini.
Seperti yang dimaklumkan, majlis pertunangan pasangan ini berlangsung pada 24 Oktober di sebuah rumah persendirian di Ampang dihadiri 20 orang tetamu di kalangan ahli keluarga masing masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Hadiah Hari Lahir Sweet Qismina, Adam Lee Ikat Tali Pertunangan
Paling menggembirakan tarikh tersebut juga merupakab sambutan ulang tahun Sweet Qismina yang ke 24 tahun. Ternyata majlis pertunangan ini berganda kemanisannya buat gadis yang cukup ayu ini.
"Ini bukan babak penggambaran drama, tapi memang kami betul betul bertunang," ungkap Sweet Qismina.
Peminat Sering Bertanya Bila Hendak Ada Ikatan
Pada majlis berkenaan, Sweet menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Adam.
"Lagipun peminat kami sudah lama menanti ada ikatan terjalin. Begitu juga peminat dari Indonesia yang bertalu talu tanya 'kapan' (bila) mahu ada ikatan sah.
"Jadi ini sebagai mukadimah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya," kata Sweet Qismina yang telah lama merancang untuk mengadakan majlis pertunangan ini.
Ikat Tali Pertunangan Selama Setahun
Sweet berkata, mereka mengikat tali pertunangan selama setahun.
"Perancangan atau keputusan nak kahwin bila belum ada lagi. Kita selesaikan yang ini (bertunang) dulu.
"Lagipun, sektor kreatif sudah kembali aktif selepas kerajaan melonggarkan SOP. Jadi ini juga masa untuk kami bekerja semula," sambungnya.
Sumber Foto : @blackpepperproduction dan Instagram Sweet Qismina
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pemilik nama sebenar Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 28 atau lebih dikenali dengan nama pentas Aprena Manrose memaklumkan dirinya sah positif Covid-19.
Aprena mengesahkan hal tersebut selepas mendapat keputusan ujian calitannya baru-baru ini. Perkongsin tersebut ditulis menerusi entri di akaun Instagramnya.
Aprena Manrose Positif Covid-19, “Saya Sejenis Penakut”
“Salam semua, ramai yang nak tahu keputusan saya buat swab test haritu. So here it is, saya memang sejenis ‘penakut’ tapi lagi takut bila tahu result saya positive. Saya pun tak tahu macam mana boleh kena tapi kronologi nya saya akan cerita di ig story.
“Setelah beberapa hari tak sedap badan, saya tahu emma ada buat swab test dkt rmh then i terus minta contact. thank you @emma_maembongofficial and @kumpulan_megaklinik_zahran for your good service.
“The next day saya terus buat swab test dirumah saya dan agak terkejut bila tahu diri ni positive. Tapi setelah mendengar nasihat Dr & kak long dari @kumpulan_megaklinik_zahran, saya rasa nak share cerita ni pada u all.
Kepada Yang Senasib, Pesakit Covid Bukan Penjenayah
“To all of u yang senasib dengan saya, stay calm and always be positive. As we know kes semakin meningkat, posibility utk kita dijangkiti sangat tinggi. Kepada rakyat malaysia tolonglah jadi seorang manusia yang bertanggungjawab follow sop yang ditetapkan.
“Pesakit covid bukan penjenayah, kalau korang rasa ada symptoms tampil kan diri buat saringan atau berkurung dirumah selama 10 hari. Jika tidak, mungkin korang boleh spread kan lagi virus tu. we can fight this together! insyaAllah. Thank you to all my close friends and family yang sentiasa mendoakan. Love you all. #kitajagakita #staysafe #Allahjagakita,” luah Aprena.
Percakapan suami kasar, isteri banyak makan hati dalam perkahwinan. Ramai lelaki tak sedar, percakapan mereka agak kasar terhadap pasangan namun bersuara lembut di hadapan...