Naik bulu roma penulis bila mendengar penerangan oleh Pakar Perubatan Islam, Ustaz Dato’ Sharhan Shafie sewaktu membicarakan topik Misteri Janin Hilang sebentar tadi menerusi MW Talkshow.

Ustaz Dato’ Sharhan merupakan Pengamal Perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit-pesakit misteri gangguan jin dan syaitan.

Dah Buat Buku Merah 

Ungkap Ustaz ini janin hilang ini bukanlah satu perkara yang mustahil berlaku.

“Memang ada berlaku, janin yang sudah cukup sifat dan ibu yang mengandung itu pun sudah buat buku merah dengan Klinik Kesihatan tiba-tiba janin yang dikandung hilang.

“Biasanya mereka yang mengalami pengalaman misteri ini bermimpi mereka melalui proses melahirkan anak. Bila tersedar, perut terus jadi kempis dan bayi dalam kandungan hilang.”

Ustaz Dato’ Sharhan juga menerangkan yang manusia juga sebenarnya boleh lakukan persetubuhan dengan jin dengan cara tersendiri.

“Jika seorang wanita itu period jangan gauli mereka. Contohnya bagaimana kisah Ratu Balqish dimana ayahnya manusia dan ibunya di kalangan bangsa jin,” sambungnya.

Ustaz yang berasal dari Machang, Kelantan ini juga menerangkan di Malaysia isu janin hilang sebegini cukup sinonim.

IKLAN

“Di negara kita masyarakat juga alami perkara ini. Benda ini berlaku dan kita kena percayai, alam ghaib.

“Memang berlaku dalam masyarakat yang tak boleh fikir dalam akal. Jin dan syaitan di mana asal usul kejadian adalah dari api. Biasanya benda ini dikaitkan dengan saka iaitu kepercayaan nenek moyang kita dulu,” ujarnya.

Yang Hidup Pun Boleh Hilang

Meneruskan perbualan Ustaz Dato’Sharhan juga menerangkan apabila janin hilang dalam kandungan boleh membuatkan seorang ibu itu meroyan.

“Isu yang kita persoalkan ini bila seorang ibu mengandung itu telah membuktikan dia benar-benar mengandung, ada buku merah sudah buat scan. Bayangkan manusia yang hidup pun hilang, inikan yang dalam kandungan.

IKLAN

“Ramai yang bertanya sebab apa perkara ini berlaku? Bila mimpi ada orang bidankan dan bawak perut hingga 8 ke 9 bulan tiba-tiba bangun tidur bayi dalam perut hilang. Orang Islam kena percaya perkara ini wujud, tapi hukum mempercayai jin yang melakukan perkara ini adalah haram,” kupasnya.

Perjanjian Datuk Nenek 

Ditanya oleh perantara bagaimana bayi dalam kandungan itu dipiih, ustaz terus menjawab;

“Pertama menerusi perjanjian saka. Dimana perjanjian datuk nenek kita dulu suruh jaga anak cucu kita. Perjanjian itu yang menyebabkan bayi ibu mengandung itu diambil.

IKLAN

“Kedua, ibu masa mengandung ada alami sesuatu yang misteri contohnya tiba-tiba dia drive kereta dan langar binatang (dimana jin boleh jelma dalam bentuk binatang).

“Ketiga lahir pula anak, dinamakan dengan nama-nama jin. Terdapat 82 nama tokoh-tokoh jin seperti Balkish, Raihanna,” kongsinya.

Cuba Dilamar Jin

Ustaz juga menyambung, “Sekiranya kita bermimpi duduk di rumah sewaktu kita kecil (rumah lama) itu maknanya jin cuba melamar kita.

“Antara tanda-tanda awal seseorang itu akan hilang janin dalam perut, tiap kali maghrib akan rasa sakit dalam perut atau rahim. Antara tanda lain yang paling jelas bila seseorang wanita itu memberi susu kepada bayi sehingga kenyang,”katanya.

Sewaktu dijemput di MW Talkshow

Bagi anda yang mahu mengikuti kupasan lanjut mengenai Misteri Janin Hilang bolehlah ikuti ulangannya pada jam 8 malam ini di Astro Prima dan Astro Prima HD.