Takungan Gunung Jerai kering, lelaki vongsi video tiada lagi air terjun akibat cuaca Panas melampau
Negara dijangka mengalami cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan berikutan ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama susulan fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga penghujung Mac ini.
Takungan Gunung Jerai Kering
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata dalam tempoh itu, litupan awan dan taburan hujan kelazimannya adalah kurang di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.
Cuaca panas yang dialami pada ketika ini adalah satu fenomena berulang yang berlaku saban tahun pada setiap Februari hingga Mei. Dalam tempoh ini, suhu maksimum harian boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang berikutan fenomena El Nino kuat yang sedang melanda dunia pada ketika ini.
Lelaki Kongsi Video Tiada Lagi Air Terjun Akibat Cuaca Panas Melampau
Di sebalik cuaca panas ini, satu perkongsian video di Tik Tok oleh @jiemarineros memperlihatkan takungan di Gunung Jerai kering dan tak mampu mengalirkan air.
Tulisnya, “bayangkan takungan di Gunung Jerai pun dah tak mampu mengalirkan air. Betapa kritikalnya cuaca panas sekarang di sini.
Semoga Allah SWT menurunkan Rahmat-Nya kepada kita semua dengan menganugerahkan hujan secara merata lagi menyegarkan bumi ini. Semoga Allah merahmati dan mengampunkan dosa kita semua. Aamiin.
Dalam videonya, dirinya menunjukkan Titi Hayun, Air Terjun Sg Badak, Air Terjun Seri Perigi tidak lagi mengalirkan air terjun.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjak usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk menerima hakikat dan kenyataan bahawa diri pernah membunuh insan tersayang. Pasti banyak yang tak terluah dengan kata-kata.
“Saya nak cakap satu sahaja, saya nak lawat kubur bini (isteri) saya.”
Begitulah permintaan seorang seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal kepada anggota polis mahkamah ketika dibawa keluar dari kandang pesalah Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Tertuduh, Mohamad Nizarman Hassim, 27, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya di dalam sebuah rumah di Simpang Empat, di sini pada 5 Mac lalu.
Tertuduh, bagaimanapun hanya menjawab faham selepas pertuduhan berkenaan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.
Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Safsufarnisya Salleh, 26, di sebuah rumah di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, di sini.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 5 Mac lalu sekitar jam 6.45 pagi dan 8.50 pagi.
Oleh hal demikian, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilaksanakan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, tertuduh memakai baju kemeja T berwarna merah dan seluar hitam, kelihatan tenang apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Nordin memohon mahkamah untuk mempertimbangkan agar tertuduh dihantar ke sebuah hospital psikiatri untuk penilaian mental selama sebulan.
Ana Rozana kemudian membenarkan permohonan Mohd Nordin dan mahkamah kemudian menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan penilaian psikiatri tertuduh.
Terdahulu, tertuduh tiba di mahkamah sekitar jam 8.50 pagi menaiki trak polis sambil dikawal ketat oleh anggota polis yang bertugas.
Tembak Mati Isteri
Media sebelum ini melaporkan tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis menembak mati isterinya, Safsufarnisya Salleh, 26, yang juga suri rumah kira-kira jam 6.45 pagi di dalam bilik di kediaman keluarga pasangan terbabit di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat pada 5 Mac lalu.
Kejadian berlaku selepas suspek yang berasal dari Setiu, Terengganu itu baharu sahaja tamat syif tugasannya dan berdasarkan saksi kejadian iaitu bapa mentuanya, dia tiba-tiba mengeluarkan pistolnya jenis Walther P99 dan melepaskan lebih lima das tembakan pada jarak dekat ke arah isterinya.
Tembakan mengenai bahagian muka terutama di bahagian mata sebelah kiri menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
Mingguan Wanita: Semoga dipermudahkan segala urusan buat anggota polis ini.Jika benar bersalah semoga mendapat pembalasan setimpal dan sekiranya mempunyai masalah mental, semoga mendapat rawatan sebaiknya.
Siapa sangka wanita ini memang hebat dan memiliki kekuatan yang luar biasa hebatnya, apatah lagi dengan selamba membuktikan mampu melakukan aksi angkat berat hampir 200kg.Bukan semua orang mampu lakukan.
Reaksi Spontan Orang Ramai
Seorang wanita yang melakukan aksi angkat berat 192.78 kilogram (kg) menjadi tular di media sosial disebabkan pelbagai reaksi spontan orang ramai di gimnasium terhadap pencapaiannya yang mengagumkan itu, lapor akhbar Daily Mail, semalam.
Sherein Abdelhady, 25, dari negeri New Jersey merakam percubaan pertamanya untuk mengangkat beban yang sangat berat itu bulan lalu. Dia memutuskan untuk berkongsi rakaman itu di TikTok dimana ia menjadi tular.
“Angkat berat 192.78 kg adalah hebat, tetapi melihat reaksi semua orang adalah lebih mendebarkan,” tulisnya pada pada video tersebut.
Menerusi klip yang ditonton lebih 28 juta kali itu, wanita yang merupakan seorang ahli terapi fizikal dan memiliki jenama pakaian sukan sendiri itu dilihat melakukan aksi angkat berat itu ketika diperhatikan rakan-rakannya dan pengunjung di gimnasium tersebut.
Ramai lelaki malah menghentikan senaman mereka untuk melihat aksi wanita itu. Jisim itu lebih berat daripada jisim sebuah motosikal, seekor gorila atau empat beg simen.
“Mengangkat jisim seberat itu adalah momen yang paling tidak dapat dilupakan. Saya benar-benar fokus dan tidak sedar sesiapa yang sedang menonton.
“Ia bukan perkara biasa untuk melihat seorang wanita mengangkat berat sebanyak itu setiap hari di gimnasium,” jelas Sherein kepada agensi berita Jam Press baru-baru ini.
Sudah 48 hari berlalu, tragedi serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Pusat Islam Linwood di Christchurch, New Zealand tetap memberi kesan emosi yang mendalam.
Kejamnya pengganas, yang mahu menggugat keimanan umat Islam, tidak sedikit pun terkesan di bumi New Zealand. Ukhuwahnya makin utuh, makin erat. Baik di kalangan penduduk yang beragama Islam, mahupun non Muslim, mereka saling bersatu hati.
Kesempatan menjejakkan kaki ke bumi Chistchurch, dikongsikan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Antaranya ziarah mangsa serangan, Nazril Hisham Omar antara yang dihempap timbunan mayat-mayat mangsa lain di dalam masjid.
Dan menyaksikan, merasai besarnya jiwa umat Islam di Christchurch ini.
Catatan Mufti Wilayah Persekutuan : Sejenak Di Christchurch
Hati mula disinggah rasa hiba sebaik kaki melangkah keluar daripada Chrischurch International Airport. Suhu yang mencapai 16°c sedikit pun tidak terasa dek membuak-buak perasaan ingin bertemu dengan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan dalam kejadian berdarah di Christchurch.
Destinasi pertama kami adalah rumah En. Nazril yang tidak jauh daripada lapangan terbang. Sebaik sampai, Puan Zurinawati menyambut kami di muka pintu. Masuk ke bahagian dalam rumah, kelihatan En. Nazril sedang menunggu kami di atas kerusi roda dengan senyuman yang terukir.
Suara Jemaah Sebut “Allah.. Allah..”
Masa yang terluang, kami penuhi dengan perbualan seputar tragedi berkenaan. Alhamdulillah, kelihatannya beliau sudah hampir pulih sepenuhnya daripada trauma berkenaan. Sesekali bergenang air mata di kelopak mata kami apabila En. Nazril menceritakan situasi semasa berlakunya tembakan tersebut.
Mayat bergelimpangan di mana-mana.
Masih terngiang-ngiang di telinga seorang jemaah yang menyebut “Allah…Allah…” sehinggalah nyawa di hujung tenggorok dan akhirnya kematian pun menjemput. Terlalu pedih untuk digambarkan.
Pertemuan diakhiri dengan sedikit penyampaian sumbangan daripada Yayasan Taqwa MAIWP kepada En. Nazril dan Puan Zurinawati sekeluarga. Kami mendoakan beliau segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.
Teruskan memberi sokongan moral dan motivasi buat mereka kerana itulah sumber kekuatan bagi mangsa-mangsa ini.
Pintu Utama Masjid Al Noor Dan Salam ‘Hello Brother’
Deretan jambangan bunga menyambut kehadiran kami di Masjid al-Noor. Hati tetap berdebar-debar walaupun kejadian berkenaan sudah berlalu sekian lamanya. Langkahan awal ke dalam masjid membuatkan kami terkesima.
Lihatlah apa yang tertulis di papan putih itu. Subhanallah, besarnya jiwa umat Islam di sini! Pintu utamanya mengingatkan kami kepada seorang tua yang menyambut pengganas berkenaan dengan ucapan “Hello Brother” sebelum ditembak tanpa belas kasihan. Begitulah keindahan Islam yang meraikan sesiapa sahaja, meletakkan toleransi dan sangka baik, tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Usai menunaikan solat jamak dan qasar, kami mengambil kesempatan berbual dengan beberapa warganegara Malaysia yang tinggal berhampiran dengan masjid. Mereka menunjukkan kawasan timbunan mangsa tembakan di beberapa sudut masjid.
Kuasa Allah, Pengganas Tak Jumpa Bahagian Solat Muslimah
Alhamdulillah, dengan kuasa Allah SWT, jemaah Muslimah terselamat kerana pengganas berkenaan tidak menjumpai bahagian solat Muslimah. Begitu juga imam terselamat kerana beliau bersembunyi di belakang mimbar. Masjid al-Noor kini dalam proses pembaikan semula. Dinding sudah dicat semula bagi menghilangkan kesan darah yang berhamburan. Karpet dalam proses untuk ditukar.
Terselit rasa bangga apabila ada juga beberapa risalah dakwah yang dikeluarkan oleh IPSI Malaysia ditempatkan di sini. Tahniah Tuan Haji Kamaruddin!
Serangan Dah Lama Berlalu, Polis New Zealand Tetap Berkawal 24 Jam
Sebelum pulang, kami sempat berbual dengan seorang Muslim berbangsa Maori bernama Muhammad yang hadir untuk solat. Raut wajahnya tegas, tubuhnya sudah pasti sebagaimana umum bangsa Maori yang terkenal dengan kegagahan dan postur fizikal yang sasa.
Namun, kelebihan beliau sudah pasti pada iman yang tersemat di dada. Itulah keindahan Islam, agamaku. Semua sama di sisi-Nya kecuali iman dan taqwa yang membezakan. Tidak lupa kepada anggota polis New Zealand yang sentiasa berkawal 24 jam di hadapan Masjid al-Noor. Walaupun keduanya bukan Muslim, semangat perpaduan yang ditunjukkan amat mengharukan. Kami menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Taqwa MAIWP kepada Bilal Israfil selaku Jawatankuasa Masjid al-Noor Ketabahan dan kekuatan jiwa mangsa-mangsa ini amat wajar kita contohi dalam melayari bahtera kehidupan ini.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...