Rupanya, tidak semua nafkah boleh dituntut oleh bekas isteri sebaik saja berpisah dengan pasangan. Kalau nafkah anak itu sudah jadi kewajipan si bapa. Tapi ini kaitan dengan nafkah untuk bekas isteri itu sendiri.

Kena ingat ada beberapa bentuk nafkah yang sendiri tidak berhak tuntut oleh isteri pada bekas suaminya selepas berpisah terutamanya ketika dalam iddah.

Jangan salah faham, tak semua nafkah boleh dituntut oleh isteri pada bekas suami kalau ia ada sebab-sebab tertentu atau kesalahan daripada isteri itu sendiri. Ikuti perkongsian daripada peguam syarie Nurul ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Dahulukan Nafkah Anak Kandung, TIDAK WAJIB Pun Tanggung Nafkah Anak Tiri

Beza Belanja Rumah Duit Nafkah, Suami Berilah Seikhlasnya, Jangan Nak ‘Pejamkan Mata’

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

Ada Nafkah Boleh Dituntut Isteri

Apakah bentuk nafkah yang perlu disediakan oleh suami kepada isteri yang diceraikan?

Pemberian nafkah kepada isteri yang diceraikan tertakhluk kepada keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau perceraian sebelum persetubuhan.

i) Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talaq rajie maka menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada isterinya selama ia di dalam iddah:

IKLAN
– Menyediakan makanan yang sepatutnya.
– Menyediakan pakaian yang sepatutnya.
– Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu.
– Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti belanja perubatan dan sebagainya.

ii) Sekiranya ia diceraikan oleh suaminya dengan talaq bain, maka isteri tersebut hanya layak mendapat kemudahan tempat tinggal daripada suaminya selama ia di dalam iddah. Tetapi sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil maka dia juga layak mendapat keempat-empat kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talaq rajie.

iii) Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi maka dia tidak layak mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya.

Pemberian nafkah akan gugur dengan sendirinya apabila suami meninggal dunia ketika isterinya di dalam iddah. Perempuan yang nusyuz tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya semasa di dalam iddah.

Mingguan Wanita : Moga ia memberi manfaat dan pengetahuan buat wanita diluar sana tentang hak menuntut nafkah bergantung kepada talak yang dilafazkan oleh suami.

IKLAN

Sumber: Peguam Syarie Nurul

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI