Sedihnya bila melihat perkongsian di media sosial. Baik suami yang berjauhan bertemu kembali dengan keluarga selepas bertahun tak jumpa. Tak kurang juga pasangan yang bergurau atau prank untuk mempertontonkan tentang kehebatan cinta mereka.

Memanglah tak salah untuk bergurau mahupun ‘prank’ dengan pasangan, sebagai tanda kemesraan mereka. Tapi, ada juga yang komen negatif seolah-olah anggap gurauan itu berlebihan.

Namun, tak dinafikan ada ‘prank’ yang menyentuh perasaan sesiapa yang melihat. Ini ada baiknya untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Jangan sampai ‘prank’ atau bergurau dengan pasangan sehingga menjatuhkan maruah pasangan. Ini antara perkongsian oleh Fadzli Aziz berkaitan dengan gurauan suami isteri.

Jadikan panduan untuk pasangan yang suka bergurau sehingga boleh menjatuhkan maruah pasangan itu sendiri. Berpada-pada dalam bergurau terutamanya bila dipaparkan di media sosial.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Selagi Kita Rasa DIA Menunjuk, RIAK! Sampai Bila-Bila Hati Kita Tak Bahagia

Wanita Bila Dah Sayang Sampai Jadi ‘Buta’ Tetap Setia! Tolonglah Bezakan Anda Dihargai Ke Tidak

Suami Bergurau Tak Salah Tapi Jangan Melampau

Ada satu video yang suami bergurau dengan isteri dia sampai isteri dia marah.
Mula-mula nampak manja lepas tu nampak marah.

Walaupun mungkin pasangan ni dah biasa bergurau macam tu dan mungkin tak kisah, tapi saya rasa benda ni adalah benda yang tak betul.

Memang saya galakkam anda bergurau dengan pasangan kerana bergurau adalah sunnah nabi.

Tapi Islam mengajar untuk tidak MELAMPAU dalam bergurau dan berbuat dosa.
Kemudian gurauan yang dipostkan di media sosial, mengundang kecaman dan kutukan. Apa tujuannya? Mencari viral?

Pada saya bergurau tujuannya untuk makin cinta dan sayang pada pasangan. Tapi percayalah apa bila kita selalu MELAMPAU dalam bergurau, satu masa nanti pasangan kita tak akan dapat bertahan lagi.

1. Jaga Maruah

IKLAN

Jagalah maruah pasangan dalam bergurau. Aurat pasangan jangan dedahkan, aib pasangan kena jaga, kekurangan pasangan jangan dipermainkan. Apatah lagi bila kita nak jadikan gurauan kita bahan posting.

Bayangkan bila netizen semua menonton aib pasangan kita di media sosial, share berpuluh ribu, viewnya berjuta. Bermakna begitu ramai orang tahu tenang aib pasangan kita. Tidak kah itu memalukan pasangan kita. Tanpa sedar itu adalah penderaan ’emosi’ yang sangat dahsyat.

2. Jangan Berbuat Dosa

Kita akan sensitif sebenarnya dengan dosa sebab ianya adalah apa yang Allah larang. Kalau buat pun sorok-sorok dan malu. Tapi Bayangkan kalau gurauan kita gurauan yang berdosa, lepas tu kita tayangkan di media sosial.
Seolah benda yang berdosa kita tak rasa berdosa, bahkan kita bangga dengan dosa dan paling menakutkan kita seolah-olah nak ajar orang lain juga berbuat dosa.

3. Bersederhana

Sederhana akan menyebabkan kita terjaga. Bila kita bergurau dengan sederhana, insyaallah gurauan kita tak mencederakan, tak merbahaya, tak menyakiti, tak tercedera emosi dan terkawal.

Pastikah kita bila kita bergurau secara MELAMPAU, kita boleh kawal semua keadaan? Beringat sebelum kena. Saya risau kan apa bila MELAMPAU, keadaan tak terkawal dan pasangan kita tercedera. Kalau luka fizikal masih Boleh dilihat dan dirawat. Tapi bila trauma emosinya, akhirnya semakin lama semakin teruk dan bila tak dirawat akhirnya pasangan mengalami tekanan mental.

4. Niat Dan Tujuan

Ini asasnya. Kalau bergurau kerana Allah untuk menambah cinta dan kasih sayang pada pasangan. Pasti berbeza cara ya. Gurau ya penuh akhlak Dan kemesraan yang tak di buat-buat. Hasilnya insyaallah bertambah cinta.

IKLAN

Tapi kalau niat dan tujuannya untuk viral, untuk media sosial maka kita tak akan endahkan lagi akhlaknya. Yang penting cara apa paling trending, paling viral walaupun akan buka aib, walaupun buat dosa, walaupun memalukan pasangan.

5. Memohon Maaf

Sentiasa memohon maaf setiap kali selepas bergurau. Takut-takut ada sakit hati yang disimpan. Ada dosa yang tak termaaf.

Minta maaf bukan semestinya kerana kita Salah. Tapi betapa berakhlaknya kita pada pasangan. Tanda sayang kita pada pasangan dengan penghormatan.

Islam ada dosa pahala. Jadi bertanggungjawablah apa yang kita lakukan.
Allah sayang anda, Allah sayang kita semua. Saling menegur kerana Saling menjaga masyarakat.

Bimbangnya kita dengan generasi akan datang, memerlukan usaha mendidik dari sekarang.

Moga Allah pandang usaha kita yang sedikit ini.

Mingguan Wanita : Tak salah nak bergurau suami isteri tapi ada batasnya, lebih-lebih lagi sekadar untuk dapatkan viral di media sosial. Tak perlulah!

IKLAN

Sumber: Fadzli Aziz

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita