‘Kawan gelakkan anak tak ada ayah.’ Hati ibu luluh, dengar tangisan si bongsu. Memang pedih bila anak yang masih kecil diperlakukan sebegini.

Bayangkan sejak kecil hidup tanpa kasih sayang kerana sang ayah pergi buat selamanya. Kini rakan-rakan pula mengejek tanpa belas kasihan.


Kawan Gelakkan Anak

Padahal kehilangan ayah bukanlah sesuatu yang dipinta, semoga adik kecil ini terus kuat berdepan dengan ujian hidup. Inilah realiti anak-anak sekarang, kurang rasa empati dalam diri.

Seperti mana yang dikongsikan Fedtri Yahya di akaun instagramnya.

Tak Ada Ayah

“Salam abang. Maaf mngganggu. Tapi saya ingin luahkan perasaan. Saya ibu tunggal dan mempunyai anak dua orang.

Saya sudah menjadi balu selama lima tahun. Selama ini bagi saya tiada masalah untuk saya besarkan mereka, dan mereka pun dah faham ketiadaan ayah mereka sejak dari kecil.

Hati Ibu Luluh

Malah selama ini juga mereka cuma merintih kerana rindukan ayah mereka, jadi saya bawa mereka ke kubur arwah. Namun malam ni berbeza, si adik tiba-tiba senyap dalam kereta.

Saya tanya dia, kenapa senyap. Manalah tahu, saya ada buat salah ke atau dia terasa hati dengan abang dia. Tiba-tiba dia menangis.

IKLAN

Dengar Tangisan Si Bongsu

Katanya, kawan dia gelakkan dia tidak ada ayah. Allahuakbar. Luluh hati seorang ibu bila anak menangis sebab tu. Saya tidak tahu hendak cakap apa dekat anak saya.

Saya nangis bersama dia (kebetulan masa itu abang dia tengah potong rambut di kedai). Apa yang saya perlu katakan pada anak saya jika berlaku lagi kejadian ini?

Betul-betul saya rasa sedih sebab di usia sekecil macam ini, mereka sudah hilang kasih sayang ayah. Saya hilang kata semasa si adik cakap macam itu.

Artikel Berkaitan: 

IKLAN

Bukan Kali Pertama Jadi Sudah Lali, Cuma Sebagai Ibu Tidak Sanggup Anak Diejek

Walau Satu Dunia Kata Dia Salah, Ibu Yakin Anak Sulungnya Tak Bersalah

‘Pulaukan, Ejek Muka Hitam.’ Mak Sekarang Lahirkan Anak Kurang Ajar, Sanggup Hina Kawan Sendiri

Anak-anak Terlibat Basikal Lajak Kadang-kadang Di luar Kawalan Ibu Bapa, Terikut Kawan & Ingin Menunjuk

IKLAN

Komen Warganet:

Rata-rata warganet bersimpati dengan perkongsian ini dan rata-ratanya mencadangkan agar si ibu mencari solusi dalam menyelesaikan masalah ini.


Mingguan Wanita : Sepatutnya mak ayah mainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak dalam bergaul. Tekankan anak-anak agar ada rasa empati dengan kawan-kawan yang kematian ayah atau ibu, bukan diejek. Mengejek kawan-kawan yang hilang mak dan ayah adalah sesuatu perbuatan yang tidak elok.

Sumber: Fedtri Yahya

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita