Walau Satu Dunia Kata Dia Salah, Ibu Yakin Anak Sulungnya Tak Bersalah

Naluri keibuan suspek kes bunuh Allahyarham Siti Nur Surya Ismail menyatakan yang anak sulungnya itu tidak bersalah. Biarpun satu dunia mengatakan anaknya itu salah.

Saya akan terus berdoa kakak tidak bersalah.”

Ungkap ibu ini yang mesra memanggil anak sulungnya itu dengan panggilan kakak. Kerana, dia tahu anaknya itu anak yang baik.

Malah, jiran terdekat dengan keluarga ini juga mengakui. Remaja yang membesar di depan matanya itu sememangnya seorang anak yang baik.

Imbas ibu anak dua ini lagi, ketika menemani anaknya ke balai polis pada Ahad pagi itu. Sebanyak tiga kali dia bertanyakan soalan pada kakak, selepas polis memutuskan untuk menahan anaknya.

Saya terus bertanyakan kakak sepanjang menemaninya di balai polis sebanyak tiga kali, adakah betul kakak yang buat, tapi dia jawab tak buat dan saya tahu dia tidak menipu.”

Ketika ini, suspek masih dalam tahanan reman polis bagi kes bunuh Siti Nur Surya, 19 yang ditemui mati dengan kesan tetakan dan pergelangan tangan kirinya putus. Mayat Siti Nur Surya dijumpai adik perempuan di ruang tamu kediaman di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu Ahad lalu.

Anak Sulungnya Anak Harapan, Anak Yang Baik

Ibu yang bekerja sebagai tukang cuci ini maklumkan yang selama ini, anak sulungnya itu faham dengan kemiskinan hidup mereka sekeluarga. Malah, dia jugalah anak harapan dalam keluarga.

Dia juga anak yang sangat baik, tak pernah merungut dengan kemiskinan hidup. Sehinggakan pernah mereka terpaksa menangguh bayar duit yuran sekolah. Disebabkan tiada duit.

Disebabkan tiada duit itu juga, anaknya itu menolak beberapa tawatan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Tapi dia tak pernah tunjuk tanda-tanda protes. Kakak pula pujuk saya, supaya jangan rasa bersalah dengan keputusan yang dibuatnya.”

IKLAN

Tak Kisah Pakai Baju, Tudung Sedekah

Kongsi ibu ini lagi, anak sulungnya itu tak kisah kalau terpaksa pakai baju terpakai dari sedekah orang ramai. Baju dan tudung yang dipakai hari-hari pun banyak dari sedekah orang.

Dia tak malu walaupun mengenakan pakaian yang sama saja.”

Kakak bercita-cita menjadi guru. Dan berjanji akan berusaha membela nasib keluarganya yang serba kekurangan. Dialah juga yang beri semangat pada ibunya agar terus kuat menempuh kehidupan yang sukar.

Kejadian Sebenar Bawa Anak Sulungnya Ke Balai Polis

Keputusan kakak ke balai polis bukanlah disebabkan pujukannya. Sebaliknya, kakak yang mahu pergi sendiri dan kakaklah yang mengajaknya ke sana.

Saya masih ingat lagi lepas solat subuh (Isnin) iaitu kira-kira jam 6.30 pagi, kakak dah tunggu dekat ruang tamu dan lepas nampak saya siap solat, terus dia bagi tahu nak ke balai polis.

“Dia yang ajak saya tapi masa tu saya tak terfikir apa pun dan menurut sahaja ajakannya tetapi beberapa minit selepas berjumpa dengan polis, saya diberitahu yang kakak terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut.”

Walau Satu Dunia Kata Dia Salah, Ibu Yakin Anak Sulungnya Tak Bersalah
Mohd Sabri Mohd

Jiran Akui Kakak Bukan Remaja Liar

Jiran terdekat dengan mereka, Mohd Sabri Mohd, 52 begitu mengenali remaja tingkatan enam ini membesar di hadapannya. Dia yakin kakak anak yang baik.

IKLAN

Kakak bukan remaja liar. Dia budak baik. Dari segi pelajaran pun saya dimaklumkan, dia pelajar pintar.

Keluarga kakak, walaupun susah. Mereka tak pernah susahkan jiran tetangga. Baik pula dengan semua orang.”

Sebagai jiran, saya sangat mengenalinya. Tohmahan netizen di laman sosial sangat melampau yang kaitkan kemiskinan keluarga jadi faktor tindakan kakak.”

Harapannya agar orang ramai jangan sebarkan fitnah pada keluarga itu. Biarlah pihak berkuasa yang jalankan siasatan.

Jangan terus menghukum keluarga mereka. Sehingga sekarang pun kakak masih tak dibuktikan bersalah lagi.”

Walau Satu Dunia Kata Dia Salah, Ibu Yakin Anak Sulungnya Tak Bersalah
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar

Tusukan Pisau Di Leher Mungkin Punca Kematian

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar memaklumkan, punca kematian dipercayai berpunca akibat tusukan dan serpihan mata pisau pada leher mangsa.

Turut ditemui kesan tikaman berganda pada beberapa bahagian badan mangsa. Keadaan ini mengakibatkan mangsa alami pendarahan.

IKLAN

Dan sehingga saat ini, pihaknya masih menunggu hasil bedah siasat sepenuhnya dari pihak hospital.

Baca sini :

Hiba remaja meninggal disaksi ibu yang sedang sakit, rakan sekolah ditahan

‘Saya akan merinduinya..’ arwah kakak yang baik, selalu jemput hantar adik ke sekolah.

Air mata remaja mula bergenang sebaik masuk mahkamah, suspek hanya tunduk.

‘Diejek miskin, tak cantik..’ dikatakan punca suspek naik berang.

‘Terima kasih untuk segalanya. Semoga dia mendapat balasan sepadan’ luah teman lelaki Surya

Terkesan keadaan ibu Allahyarham Nur Surya, Anzalna terpanggil berkongsi rezeki

Menangis ayah Nur Surya, sayu peluk Ebit Lew ziarah rumah

Sumber/Foto : Sinar Harian, Kosmo

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI