Jika telah tiba waktunya, tidak akan lambat biarpun sesaat. Begitulah yang dialami oleh pasangan yang baru sahaja tiga hari mendirikan rumah tangga.
Mereka diuji hebat apabila suami terlibat dalam kemalangan jalan raya dan koma. Menerusi video yang tular, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati atas apa yang berlaku.
Sedihnya, lebih-lebih lagi pasangan ini baru saja tiga hari menikah, suami akhirnya meninggal dunia selepas koma.
Sedihnya Baru Tiga Hari Menikah
Ya Allah sebaknya! Hati mana yang mampu menahan sedih apabila kehilangan insan tercinta.
Tambah lagi, insan itu bergelar suami dan lebih menyayat hati, baru sahaja beberapa hari menikmati hari bahagia.
Itulah yang terjadi kepada seorang wanita di Sulawesi Selatan yang terpaksa berpisah mati dengan suaminya selepas tiga hari melangsungkan pernikahan.
https://www.instagram.com/p/CG7kr9TA1uS/
Suami Meninggal Selepas Koma
Lapor Tribunnews, suami wanita itu dikatakan telah koma sebelum meninggal dunia akibat kemalangan.
Sebuah video kisah mereka yang dikongsikan @dunia_kaumhawa telah tular di media sosial serta menarik perhatian warganet.
Melalui video itu, terpapar detik kegembiraan mereka berdua ketika hari perkahwinan dan graduasi si isteri.
Baca Juga Di sini:
Isteri Meninggal Dalam Kemalangan, Suami Hanya Mampu Pangku Buat Kali Terakhir
Nekad Bawa Jenazah Ibu Naik Motosikal, Niat Ingin Kebumikan Sendiri
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Gembira Bertukar Duka Suami Kemalangan
Walau bagaimanapun, suasana bertukar duka selepas si suami kemalangan di mana hanya tinggal tangisan dan wajah sedih isteri menemani jasad suaminya yang sudah tidak bernyawa.
Rata-rata warganet terasa sebak dan meluahkan simpati kepada pasangan tersebut.
Kata mereka;
airayunia007 – Aku pernah merasainya… Suami meninggal kemalangan ketika aku hamil 5 bulan, terasa bingung sedih tidak dapat terima dengan semua ini. Keikhlasan dan kesabaran diuji.
cindyyas_ – Ya Allah semoga isterinya diberi ketabahan dan keikhlasan Amiin ya Rabb.
nooraharrahman – Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik untuk urusan dunia dan akhiratnya.
ita_rhoswantii – Ya Allah sedihnya… Semoga isteri yang ditinggalkan menjadi wanita kuat dan ikhlas.
syarif_fudin – Semoga diberikan tempat terindah di sisi Allah, yang ditinggalkan diberi ketabahan, Amiin.
riskandriana – Banyak kali tengok video ini… tetap nangis je melihatnya.
MW: Semoga isteri ini menghadapi ujian ini, bukan mudah menerima kehilangan insan tersayang apatah lagi suami yang sangat dicintai. Al-fatihah.
Sumber: sinarplus
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI