Usah hiraukan pandangan orang pada kita dan pasangan, abaikan saja bila ada mulut-mulut jahat yang katakan kita seorang yang takut bini. Lantaklah.
Sebenarnya ketahuilah ayah-ayah di luar sana, tak rugi berbuat baik dengan isteri, Akhirnya mudahkan urusan suami ke syurga juga. Betul kan?
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik penjelasannya:
Tak rugi pun buat baik dengan isteri…
Orang nak kata kena rantai dengan isteri ke, takut isteri ke, kena nasi kangkang ke, pedulikan dan teruskan saja berbuat baik dengan isteri… Apa yang mereka cakap itu, benda yang tak betul… Bila sudah tak betul, jadi fitnah…
Dosa fitnah ini, Allahu… Macam membunuh ooo…
Kenapa tak rugi? Pertamanya, kerana kita ini sebaik-baik manusia… Eh, tak kan kot… Iyalah, kan Rasulullah s.a.w kata sebaik-baik kalian ialah yang paling baik terhadap isterinya…
Berbuat Baik Dengan Isteri Dapat Pahala
Kedua, kita dapat pahala sebab ikut sunnah… Kita baik dengan isteri, kita layan isteri dengan penuh tolak ansur, kita menggauli isteri dengan makruf, kita tak menyakiti dan melukai hati isteri sama macam apa yang Rasulullah s.a.w buat dulu…
Ads
Ikut cara peninggalan dan amalan Rasulullah s.a.w, dapat pahala sebab Rasulullah s.a.w dah tunjuk contoh, then kita ikut…
Ketiga, hidup di bawah redha Allah SWT dan Allah suka dengan apa yang kita buat… Memandai saja kan… Laa, tengoklah suami-suami yang baik terhadap isteri, macam mana kehidupan dia…
Tenang, tenteram, tak sulit pun kehidupan dia, tak sukar pun urusan dia… Rezeki pun murah sentiasa… Buat apa dalam hidup pun semuanya berjaya…
Ini tandanya Allah bagi nikmat dan rahmat pada suami yang baik terhadap isteri…
Dalam Al-Quran pun Allah sudah perintahkan untuk berbuat baik pada isteri kan…
Bila kita ikut perintah Allah, Allah redha dengan perbuatan kita… Bila kita tak ikut perintah Allah, Allah tak redha dengan perbuatan kita…
Hidup dalam ketidakredhaan Allah SWT ini susah… Hati tak tenang, fikiran kusut dan serabut…
Ads
Ada saja yang tak kena dalam hidup dia… Buat itu tak jadi, buat ini tak jadi… Asbab, tak tunai apa yang diperintahkan Allah SWT untuk dia buat…
Amanah dari Allah itu dia tak galas dan pikul dengan sebaiknya… Allah murka dekat dia…
Akhirnya Mudahkan Urusan Suami ke Syurga
Keempat dan yang terakhir ialah bila kita baik terhadap isteri, bila kita tunaikan semua hak isteri, secara tidak langsung, kita sedang mempermudahkan jalan kita ke syurga…
Kita tidak ada berhutang apa pun dengan isteri dan isteri redha dengan kita… Nanti dia tak akan tuntut apa-apa depan Allah SWT sebab kita ini seorang suami yang baik… Bahkan kalau boleh, dia nak kita jadi suaminya dalam syurga…
4 faedah berbuat baik kepada isteri ialah : 1- Sebaik-baik manusia. 2- Dapat pahala sebab ikut sunnah Rasulullah s.a.w. 3- Hidup dalam redha Allah SWT 4- Memudahkan urusan untuk ke syurga.
Tak caya? Tak caya sudahlah… Sapa yang amalkan dan praktikkan dalam kehidupan hariannya sahaja yang dapat manfaatnya…
MW: Buat ayah-ayah yang ingin ke syurga, jangan berhenti berbuat baik pada isteri. Insyallah ayah-ayah akan mendapat balasan yang setimpal.
Ada tak mak ayah yang mencari tip untuk buat anak lebih fokus dalam buat sesuatu benda, bukan dalam pelajaran harian sahaja malah berfikir di luar kotak.
Ya, biasanya kalau anak susah nak bagi tumpuan di sekolah kesannya akan itu akan ketinggalan dalam pelajaran di dalam kelas. Tapi ini bukan bermakna anak tu tak pandai ya.
Mak ayah kena selidik balik apa minat dan kemahiran yang anak mampu buat. Kalau boleh semak lah minat anak-anak dari peringkat awal lagi macam yang bapa, Baharuddin Mohamed, ini buat pada anak kecilnya.
Didik Anak Lebih Fokus
Ini anak saya yang ke-9, iqbal namanya. Bongsu lah kot. Umurnya dua tahun lebih. Pantang lepa sikit maknya pergi sidai baju dia ada je projek sendiri.
Anak kita anak yang kreatif sebenarnya. Tapi kita je yang kadang-kadang tak perasan dengan kelebihan mereka.
Saya pernah ke luar negara. Salah satu negara yang pernah saya sampai adalah negara jepun. Mereka mendidik anak mereka dengan cara yang sedikit berbeza.
1. Mereka menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak kanan adalah lebih kreativiti, otak kiri adalah cenderong kepada kira-kira dan fakta.
Bila anak kita mula nak tidur ayam, cakap pelahan pada mereka ” mama sayang adik , adik anak yang hebat”. Berikan perkataan yang positif pada mereka. Anak-anak ini akan menyimpan memori imeginasi.
2. Biasakan anak bermain warna dan melukis dikertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya. Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa cina dan jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak. Tak salah ikut benda yang baik. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak ini.
3. Jangan marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan “jangan” , jangan itu, jangan ini…. sehingga anak-anak itu takut mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak.
4. Isteri saya selalu menggunakan teknik imagenasi. Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaganasi nya. Layankan. Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imagenasi mereka. Sebenarnya baik untuk melatih otak kanan mereka.
5. Satu teknik lagi adalah selalu bermain teka-teki atau masukkan barang dalam kotak dan minta dia teka apa barang dalam kotak itu. Membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan.
Semua tip itu hanyalah sebahagian perkongsian cara merangsang anak – anak lebih fokus dan cepat pandai.
Adakah anda suka perkongsian ini. Kemahiran berfikir sangat penting. Jangan anak kita berfikir dan membuat perkara pattern. Sehingga besar mereka menjadi orang yang biasa. 80% orang melakukan perkara yang orang biasa lakukan hanya 20% antara kita berani melakukan perkara yang orang biasa tak nak buat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebut sahaja warna, maasing-masing tentu ada warna kegemaran dan kadang-kadang warna inilah yang akan digunakan untuk menghias rumah. Tahukah anda, warna ini sangat penting dalam menentukan keceriaan dan keharmonian rumah tangga.
Menurut pakar, Nor Hanita Mohd Shariff, Ketua Perunding Psikologi & Kaunseling, Pusat
Transformasi Kendiri, Personaliti & Imej@TWINsTALK Studio, Shah Alam, warna mampu
meningkatkan kualiti dan keharmonian kehidupan kita. Justeru itu, salah satu cara untuk
rumah tangga ceria dan harmoni adalah melalui ‘Warna’.
Daripada perspektif rumah tangga, warna dapat membangkitkan emosi kasih sayang, keyakinan, keberanian, ketabahan, imaginatif, bertimbang rasa, fokus, bekerjasama dan sebagainya, di mana penggunaan warna sebagai salah satu medium terapi rumah tangga yang dibuktikan melalui penentuan julat frekuensi yang diukur dalam bacaan nanometer dengan menggunakan spectrum analyser.
Beberapa fungsi warna yang boleh bantu dalam meningkatkan keharmonian rumah tangga:
MERAH
* warna merah mempunyai kadar frekuensi 730 -780 nanometer. Warna ini mampu merangsang otak manusia agar lebih bersemangat, berkeyakinan, optimis, berani menghadapi cabaran, kemampuan mempengaruhi, yakin mengambil risiko, menonjolkan diri dan lebih bersifat pemimpin.
* Hiaslah rumah dengan sedikit unsur warna merah seperti bunga, gambar, kusyen, alas meja dan lain-lain bagi membangkitkan mood atau semangat positif.
INGAT!, Janganlah dihiasi semua sudut dekorasi rumah dengan warna merah kerana sekiranya berlebihan warna merah ia berpotensi menjadikan seseorang agak angkuh, keras hati atau sensitif.
MERAH JAMBU
* Bagi menyemarakkan lagi kasih sayang dalam rumah tangga, gunakan kreativiti diri untuk
dekorasi rumah dengan menggunakan warna merah jambu yakni frekuensinya ialah sama seperti
warna violet iaitu 308 nanometer – 409 nanometer.
* Hiasi ruang tamu atau bilik tidur dengan warna ini kerana ia boleh meningkatkan perasaan
positif yang membangkitkan keceriaan, kecintaan, menghargai orang lain, menenangkan
perasaan, riang, berkomunikasi secara berhemah, terbuka, tidak suka melengah-lengahkan
sesuatu perkara dan rajin menolong.
BIRU
* Warna biru boleh meningkatkan lagi komunikasi di rumah di mana frekuensinya ialah 490
nanometer – 544 nanometer. Warna biru lebih dikenali sebagai warna yang seimbang.
* Banyakkan warna biru dari segi berpakaian atau dekorasi di rumah untuk meningkatkan lagi elemen karisma dan ciri-ciri seorang pemimpin yang adil, stabil dan suka mencari jalan
penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan yang dihadapi.
HIJAU
* Frekuensi warna hijau ialah 545 nanometer – 554 nanometer di mana penggunaan warna ini secara maksimum dapat meningkatkan ciri-ciri seorang yang bijaksana, bersyukur, pemurah, mengamalkan kesederhanaan, suka bekerjasama, seorang yang terbuka dan sentiasa berlapang dada dalam menghadapi sesuatu permasalahan, mempunyai sifat simpati dan penyerahan diri kepada Penciptanya.
* Warna hijau juga mampu mengurangkan stres dan mampu memberi ilham yang baik di samping mampu merehatkan kepada mata yang kepenatan. Bayangkan sekiranya di dalam rumah tangga, tiada langsung unsur hijau dalam dekorasi rumah, warna pakaian atau pemakanan seharian.
PUTIH
* Warna putih (frekuensi 0 nanometer – 279 nanometer) juga adalah yang sering dikaitkan
dengan sistem otak yakni kelenjar pineal sebagai kelenjar pertama yang terbentuk di dalam rahim semasa ibu melalui proses mengandung bayinya.
* Penggunaan warna putih dari segi pakaian atau dekorasi rumah boleh mencetuskan unsur spiritual yakni kelebihan mensyukuri nikmat kehidupan. Di samping itu, gelombang yang terdapat pada warna putih membolehkan merangsang ahli keluarga menjadi lebih tenang, bercita-cita tinggi, suka membantu orang lain, kuat berusaha, tabah menghadapi ujian, optimis, suka tepati janji dan mementingkan persaudaraan serta ketuhanan.
Pilih Warna Ini Untuk Aktiviti Harian
1. Warna Tema Baju
Menjadi trend dewasa ini iaitu keluarga akan memilih warna tema baju yang hendak dipakai sama ada semasa hari perayaan, kenduri, sukan, seminar, kursus dan lain-lain.
Warna tema ini secara tidak langsung akan mewujudkan semangat kekitaan atau bekerja secara berpasukan.
Semua ahli keluarga bersatu hati memakai pakaian mengikut tema warna yang telah ditentukan.
2. Warna Rumah
Pemilihan warna rumah perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana setiap warna menghasilkan gelombang yang berbeza. Seandainya terdapat ahli keluarga yang panas baran, maka kurangkanlah penggunaan warna merah dalam dekorasi rumah sebaliknya gunalah warna kasih sayang seperti merah jambu, biru, violet, hijau atau putih.
3. Warna Kereta
Pilihlah warna kereta yang bersesuaian dengan personaliti diri anda. Jika anda
mementingkan gaya dan prestij, digalakkan menggunakan warna hitam. Jika mementingkan kedamaian dan keharmonian, pilih warna biru atau hijau. Jika suka kepada sesuatu yang lasak, maskulin atau energetic, pilih warna merah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rasanya, rata-rata yang difikirkan oleh mak ayah tentulah duit untuk membesarkan anak-anak. Sebolehnya, akan cuba sedaya upaya untuk belanja keluarga dan tunaikan permintaan mereka. Asalkan ia tidak melampaui batas.
Kadang kala, kita akan fikir juga bila nak belanja keluarga tapi duit tak berapa nak ada dan berkira juga untuk perbelanjaan. Tapi, hakikatnya bila kita sakit sekalipun duit pun dah tak guna.
Nak makan yang sedap-sedap dah tak ada selera, nak beli itu ini pun dah tak ada keinginan. Hanya melihat dan tak mampu nak buat apa-apa.
Jangan difikir duit simpanan dah kurang dan rasa tak cukup. Ztak perlu nak kedekut untuk belanja keluarga. Gunalah sebab semua ini rezeki yang Allah tetapkan. Betul apa yang dikatakan oleh Nurlia Mohd Nor ini.
Beberapa hari lepas ada bersembang dengan Abah. Kata Abah,
“Aku tak nak simpan bebanyak duit dalam bank. Had aku simpan rm bla..bla.. cukup. Tak lebih dari jumlahi tu. Tiap tahun bayarje zakat jumlah tu. Duit lain yang lebih tu belanja, sedekah mana-mana ke. Buat apa simpan duit banyak banyak..”
Pencen Abah setiap bulan RM2K. Biasanya sebulan Abah boleh saving tak kurang RM1K. Masa Abah larat dulu dia rajin ke kedai naik motor beli lauk pauk dan sebagainya. Tapi sejak dah tak berapa larat ni setiap minggu dia mesti hulur pada saya RM100, ada masa RM150. Sebulan RM400 tak kurang.
“Nah Ya, kamu beli la lauk apa- apa..”
Dia ingat pulak tu tiap minggu bagi. Tak hari Ahad, Isnin mesti dia hulur. Mula- mula dulu saya menolak, tapi bila dia bertegas nak bagi jugak, saya akur.
Kata Abah buat apa dia simpan duit pencen, dah dia tinggal dengan saya apa salah belanja anak cucu makan. Sebab tu kalau masak menu saya agak beria. Abah dah bagi duit takkanlah nak hidang menu simple kan. Yang pasti dalam masakan yang saya masak pasti akan ada 1 menu favourite Abah.
Tapi itulah kan..
.
Sampai masanya kita dah tak fikir lagi dah nak saving duit banyak macam Abah. Kita pun tak tau berapa lama masa Allah bagi hidup kat dunia. Simpan duit banyak tapi tak guna pun tak best jugak. Ada simpanan yang memadai cukup. Selebihnya guna untuk belanja family dan bersedekah. Itu lebih bermakna..
Kadang-kadang kita terlalu risau duit simpanan kita tak banyak macam orang lain. Percayalah sampai masa kalau tak cukup duit Allah akan atur semuanya dengan baik. Letak pergantungan pada Dia, rezeki semua Allah bagi..
Mingguan Wanita : Tak payahlah nak tengok orang lain. Idup cara kita. Bersederhana dan termampu saja. Insya Allah rezeki pasti ada.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...