Dalam rumah tangga kita hendaklah saling bekerjasama dalam apa jua tujuan pun. Tidak kiralah soal membeli rumah, simpanan masa depan atau menuju jalan ke syurga.

Sesungguhnya rumah tangga bukan acara lumba lari, bersungguh atasi pasangan sendiri tetapi sebaiknya harus bersama. Mendukung antara satu sama lain.

Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan fahami apa yang cuba disampaikan.

Rumah tangga itu perjalanan suami dan isteri, bersama-sama mengejar cita-cita.

Pastinya cita-cita yang sama.

Daripada sekecilnya tentang hendak makan apa hari ini hinggalah kepada yang paling utama kemuncaknya nak sama-sama dapat redha Allah di akhirat nanti.

Semuanya perlu dilakukan dengan teliti. Perancangan yang rapi, tersusun dan akhirnya dilaksanakan bersama.

Iya, bukan pandai merancang untuk gah dan indahnya majlis persandingan sahaja, tapi kena pandai merancang jalan bersama ke syurga nanti.

Rumah Tangga Bukan Acara Lumba Lari

Bercerita tentang jalan ke syurga, kita semua tahu dan faham.

IKLAN

Bukan jalan yang mudah. Rasulullah sendiri berhadapan dengan jalan yang penuh sakit dan air mata. Itu Nabi kita, lebih lagi lah kita.

Maka, berpegangan tangan menuju je jalan syurga rumah tangga itu mesti pegang erat dan kuat. Supaya tak ada yang tertinggal di belakang atau seorang yang jauh ke depan.

Sudahnya terlepas, terlerai genggaman tangan.

Terpisah.

Harus Bersama Bukan Bersungguh Atasi Pasangan

Ramai pasangan yang begini. Puncanya tak sama-sama menempuh ujian. Seorang dengan kekuatan sendiri, seorang lagi jatuh dengan kelemahan sendiri.

IKLAN

Masing-masing tidak kuat menguatkan. Aku aku, kau kau.

Itu bukan rumah tangga, itu acara lumba lari. Bersungguh-sungguh mengatasi pasangan sendiri. Nak menang seorang diri, bukan berpasangan.

Kalian pasangan suami isteri yang baik,

Macam mana pun ujian yang rumah tangga kalian hadapi, kembali lah kepada tujuan asal kalian berumah tangga.

Baca Juga Di sini:

PENAT Suami Isteri Tak Sama, EMOSI Tidak Ditenangkan, Boleh Meletop!

IKLAN

Terlampau Sibuk Jadi MAK AYAH, Sampai Terlupa Untuk Jadi SUAMI ISTERI

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Kalaulah tujuan itu sudah samar, tak jelas dan seakan hilang tak tahu ke mana, susunlah semula bersama-sama.

Katakan sama-sama ke pasangan kalian;

“Kita akan sama-sama mencari redha Allah, dalam rumah tangga ini.”

Begitulah…

MW: Semoga rumah tangga yang dibina mak, ayah bahagia hingga ke syurga serta diredhai Allah. Untuk berada di jalan yang diredai Allah sudah tentu perlukan usaha yang kuat dan saling bekerjasama.

Sumber: Ustaz Firdaus Mokhtar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI