Ada benarnya, dalam kesibukan menguruskan keluarga dan anak-anak berperanan menjadi mak ayah, kadang kita terlupa untuk menjadi suami isteri. Sebenarnya setiap pasaangan kena ‘curi masa’ untuk dating berdua, barulah hubungan tak hambar dan dapat mengeratkan lagi perhubungan dan ikatan perkahwinan.

Sebab Inilah, PENTINGNYA Suami Isteri Kena Keluar ‘Dating’ Berdua

Baca perkongsian Dr Taufik Razif ini;

Ni girlfriend saya

Tadi kami bangun awal pagi. Solat subuh sama sama, zikir sama sama.

Habis zikir pagi saya bisik pada girlfriend saya ni “Jom keluar rumah. Kita sarapan di luar harini “. Si dia tersenyum sambil mengangguk perlahan.

Biasanya kami sarapan oat di rumah je tapi nak taknak harini saya nak ajak juga girlfriend saya ni keluar.

IKLAN

Anak anak kami titipkan sekejap pada adik saya dan kami keluar berdua. Nak taknak kena dating juga pagi ni sebab tengahari nanti saya akan ada mesyuarat sampai petang. Lepastu akan sambung bermesyuarat lagi di Karangkraf sampai ke pukul 11 malam.

Terlampau Sibuk Jadi MAK AYAH, Sampai Terlupa Untuk Jadi SUAMI ISTERI

Jadi Suami/Isteri Buat Pasangan

Saya nak didik isteri saya bahawa walaupun apa pun pangkat kita dalam rumahtangga tak kisah la ibu ke mama ke mommy ke ataupun ayah ke daddy ke abi ke tetapi pangkat yang kita tak boleh lupa adalah menjadi suami dan isteri kepada pasangan masing masing.

Kadang kita terlampau sibuk jadi mak ayah sampai kita terlupa untuk jadi suami isteri.

IKLAN

Perkahwinan bukan semata mata untuk menjaga anak. Anak tu penting tetapi mewujudkan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam hati pasangan juga tersangat la penting.

Kita taknak makin kita berusia makin kita lupa untuk berpegangan tangan.

Kita taknak makin kita berusia makin kita lupa untuk bercumbu bermesraan.

Kita taknak makin kita berusia hubungan cinta makin hambar, tawar dan akhirnya hilang ditelan kesibukan.

IKLAN

Mulai harini jom kita usaha untuk curi masa untuk dating berdua dengan pasangan masing masing.

Hingga akhirnya kita kembali menjadi suami idaman kepada si isteri. Dan hingga akhirnya kita kembali menjadi isteri dambaan kepada si suami.

Nota kaki : Tolong berikan dan kongsikan nasihat ini pada pasangan masing masing ya.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Sesibuk mana pun jangan lupa untuk menjadi pasanagan suami mahupun isteri. Banyak kelebihannya untuk mengeratkan dan menyemarakkan lagi hubungan rumahtangga.

Sumber: Dr Taufiq Razif

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI