Malang tidak berbau.Macam mana kita pandu dengan berhati-hati pun, kadang kala atas kecuaian orang lain, tetap boleh juga berlaku kemalangan.Kereta yang dilanggar oleh orang lain daripada belakang memang menyakitkan hati. Bila berlaku perkara macam ni, sebenarnya, ramai diantara kita, khususnya golongan wanita tidak tahu apakah proses yang harus dilakukan.
Tidak perlu gaduh-gaduh dan penuh emosi sebaliknya bertindaklah dengan rasional dan matang dalam meng hadapi situasi ini sebagaimana yang diajar oleh peguam, Salkukhairi Abd Sukor ini.
Tip Ringkas Jika Kereta Dilanggar Dari Belakang;
1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.
3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit dan keluar daripada kereta anda.
Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti steering lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.
4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.
Ads
5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya,janganlah terus maki hamun kepadanya.
6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.
Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.
8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Bagitahunya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.
Ads
9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi saya ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.
Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.
10.Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.
11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.
Ads
12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.
13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.
14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.
Itu sahaja!
Mudah bukan? Tak perlu nak gaduh-gaduh atau melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah.
Selepas bersalin perkara penting yang mak-mak kena belajar tentulah macam mana nak menyusukan bayinya. Datuk Seri Siti Nurhaliza juga tak terkecuali. Kata beliau, “cabaran menyusu bukan senang“. Syukurlah ada menantunya, Tya Arifin yang memberi tunjuk ajar.
Biasanya ibu mentua yang ajar menantu kan. Cerita ibu Siti Aafiyah ini berbeza. “Special sikit. Tya yang ajarkan saya.”
Sememangnya cabaran menyusukan buat isteri yang pertama kali bergelar ibu itu, bukanlah satu perkara yang mudah. Kekok mahu menentukan posisi terbaik untuk menyusu bayi, makanan tambah susu dan macam-macam lagi yang berkaitan.
Tya Arifin banyak membantu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dipanggil Mak Iti dalam bab-bab penyusuan ibu.
Tya Arifin Macam Cikgu Penyusuan Siti
“Tapi bila fikirkan mak saya boleh menyusukan dan menjaga sampai 8 orang anak-anaknya. Menyusukan mereka sampai tak tidur malam.
“Kenapa saya yang baru seorang ini nak mengeluh. Saya bersyukur kerana menantu saya banyak membantu.
“Dia macam cikgu. Nanti dialah yang berpesan ‘Mak Iti buat begini.. begitu.. setiap 2 jam, Mak Iti kena begini. Dia jugalah yang tolong pasangkan mesin. Ajarkan saya suruh minum itu dan ini.”
Akui Datuk Seri Siti Nurhaliza, sejak 7 hari bergelar ibu ini tidur malamnya cuma 3 jam saja.
“Setiap bayi itu ragamnya berbeza. Anak saya ini, Alhamdulillah.. siang tidur, malamnya jaga.
“Semakin membesar, dia semakin banyak nak kita susukan. Demi anak memanglah kena berkorban. Tak mengapalah.. kita buat ini pun kerana Allah. Kerana anak juga, kita nak tengok anak sihat.”
Seperti yang pernah dimaklumkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini dalam temubualnya dengan majalah Nona, beliau melihat sendiri betapa berdisiplin menantunya Tya Arifin menyusukan anaknya, Arif Jiwa.
“Siap kunci jam setiap dua jam, pam susu dan sebagainya. Kalau boleh saya pun nak fully breastfeed anak macam itu, insyaAllah.”
Mingguan Wanita mendoakan semoga Datuk Seri Siti Nurhaliza dapat mencapai impiannya itu dengan bantuan menantu yang pernah mempunyai pengalaman seumpamanya.
Momen bersama menantu, Tya Arifin sebelum Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah.
Demi Siti Aafiyah Cuma Tidur 3 Jam
Tambah beliau lagi, anak ini adalah amanah dan dugaan. InsyaAllah, hal inilah yang akan membuatkan beliau sentiasa ingatkan diri untuk beri yang terbaik kepada Siti Aafiyah baik soal agama, pelajaran malah adab.
“Saya bersyukur Siti Aafiyah dilahirkan sempurna. Debarannya datang bila mengenang mahu mendidik anak. Lagi-lagi anak ini amanah dan juga dugaan.
Mengimbas kembali momen di bilik bersalin sekitar 19 Mac 2018 lalu, akui beliau berlaku komplikasi atas sebab-sebab tertentu semasa melahirkan.
Dr Suhaiza dan team begitu pantas sekali mengendalikan komplikasi yang dialami semasa bersalin. Atas faktor kesihatan itulah, Datuk Seri Siti Nurhaliza ditahan sehari di wad dan dimonitor di bawah jagaan doktor.
“Masuk hari ketiga saya dah boleh jalan. Saya kuatkan diri dan semangat. Kita caesar ini tak boleh baring sangat.” Ternyata semangat itu dapat dilihat dengan jelas sewaktu majlis maulid nabi, aqiqah dan bertahnik malam tadi yang mana beliau cukup mesra melayan setiap tetamu.
Bahagia jelas terpancar di wajah isteri Datuk Khalid Mohd Jiwa ini. Dan semoga penyanyi nombor satu negara ini menjalani tempoh berpantang dengan tenang dan kembali pulih seperti sebelumnya.
Make sure you win the elections, mama. Impian anak sulung mahu Nurul Izzah menang pru berakhir. Setiap anak pasti amat menyanjungi ibu dan ayah mereka. Bahkan berasa bangga dengan pencapaian dibuat mereka.
Namun impian dan harapan khususnya dalam politik tidak seindah sebutan. Selepas legasi keluarga Datuk Seri Anwar mengekalkan 40 tahun penguasaan di Parlimen Permatang Pauh, ianya berakhir semalam apabila anak sulungnya, Nurul Izzah gagal menawan kembali kerusi dimenanginya pada 2018 selepas tewas kepada Ustaz Muhammad Fawwaz dari PAS dengan majoriti 5272 undi. Kawasan ini adalah kubu kuat Pakatan Harapan sejak 1982 lagi. Pasti ianya situasi yang amat menyedihkan bagi dirinya apabila kalah semalam.
Dalam pada itu, sehari sebelum pengundian bermula, srikandi PKR ini, ada memuat naik impian dan harapan anak sulungnya, Nur Safiyah yang mahukan dirinya meraih kemenangan di kerusi ditandinginya. Namun ia berakhir dengan kesedihan apabila dirinya gagal di kawasan ini.
Dalam satu perkongsian dia fbnya, Nurul Izzah yang kekal dengan cara simplenya sejak dulu berkongsi kata anak-anaknya.
“Make sure you win the elections, mama. If you’re going to step out, won’t the bad guys step in? “
Kadangkala soalan Safiyah menyebabkan saya terkedu.
Izzah bersama anak-anak kesayangannya, Safiyah dan Harith
Kontrak kerja selaku wakil rakyat sudah tentu berakhir dengan pembubaran parlimen; namun permulaan kontrak baru menjadi ikatan kepada tanggungjawab serta amanah dalam membentuk masa depan yang lebih baik buat Safiyah, Harith, anak-anak Malaysia.
And just like that, mama put her hat in the political ring, and we ain’t gonna look back.
Ada katanya mama akan sibuk bekerja, namun kasih, masa dan ikatan buat Safiyah, Harith dan Yu Zhou tidak akan mama kesampingkan.
We decide as a family, and we build a better future not just for us, but for all the families in Malaysia.
Harith pula mengingatkan, we keep the campaign clean – principled & focused on the issues. On the rakyat. Bismillah.
Selamat mengundi teman-teman senegaraku. Kita perlu mengundi demi masa depan kita. Masa depan Malaysia.
Every effort, every little bit, counts. It always does. Remember that.
Sewakan bilik sebesar tandas, DBKL larang binaan dinding baru mulai 1 Ogos untuk bangunan kediaman dan komersial. Isu mencari rumah sewa yang agak selesa pada hari ini antara masalah dihadapi anak muda yang bekerja di bandar besar.
Bukan tidak ada tapi kosnya mungkin terlalu mahal hingga suku dari gaji diperuntukkan untuk membayar sewaan rumah. Banyak juga pemilik rumah kediaman membuat bilik-bilik kecil di rumah kediaman dan kemudian menyewakan pada harga tinggi yang dilhat tidak masuk akal dan tidak selesa didiami. Namun adakalanya tanpa ada pilihan, penyewa terpaksa juga menyewa walau bilik sebesar tandas.
Sewakan Bilik Sebesar Tandas
Namun mulai 1 Ogos lalu, pemiilik kediaman adalah dilarang menambah dinding baru untuk rumah kediaman dan komersial (Apartment Servis & SOHO).
Dalam satu pekeliling dikeluarkan dan ditandatangani oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur merangkap Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur, Datuk Sr Haji Kamarulzaman Mat Salleh, penguatkuasa larangan binaan dinding baru bagi rumah kediaman pada 21 Julai lepas telah berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2023 lalu.
Dalam pekeliling yang dikeluarkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melarang bangunan strata di Kuala Lumpur daripada menambah dinding dalaman bagi tujuan membuat bilik tidur baharu.
DBKL Larang Binaan Dinding Baru Mulai 1 Ogos Untuk Bangunan Kediaman & Komersial
Larangan itu yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2023, diumumkan dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) DBKL pada 21 Julai lepas.
Pekeliling itu berkata, larangan itu perlu bagi menghalang penukaran ruang tamu dan ruang makan kepada bilik tidur baharu, yang bercanggah dengan Perintah Pembangunan (DO) asal yang telah diluluskan DBKL.
Pekeliling itu juga mengatakan bahawa larangan itu perlu untuk memastikan bangunan berstrata mempunyai cahaya semula jadi dan pengudaraan yang mencukupi, dan untuk mengelakkan bilangan penduduk dalam sesebuah unit daripada meningkat. Masa yang sama dengan penambahan dinding ruang tamu tidak mendapat pencahayaan semulajadi.
“Unit petak kediaman, seolah-olah akan disewakan menyebabkan tukar kegunaan (kediaman ke komersial) dengan pertambahan bilik tidur selain mengakibatkan pertambahan bilangan penghuni,” katanya dalam pekeliling yang dikeluarkan.
Jadi bagi pemilik kediaman, menambah ruang petak ini adalah satu kesalahan dan ia jelas tidak dibenarkan. Masa yang sama, penyewa juga akan mendapat keselesaan dan bukan seperti tinggal dalam sarang burung merpati.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...