kuey teow

Jika sebelum ni mak-mak ada rasa ragu-ragu nak beli Kuey Teow di kedai, dari segi kandungan bahan yang digunakan, kini tak perlu bimbang lagi. Ini kerana boleh buat sendiri je kuey teow di rumah. Hanya perlu guna 3 bahan utama, tepung beras, tepung ubi dan air sahaja. Caranya pun mudah, malah diyakini lebih bersih dan suci bila kita buat sendiri.

Jemput baca perkongsian resipi macam mana nak buat sendiri Kuey Teow ini seperti yang dikongsikan oleh Cik Fiza Mh ini.

Tak payah beli buat je sendiri. Pasni nak buat char kue teow ke ladna ke kungfu ke goreng mamak style ke sume bole. Dah jom, ini resepinya”.

Bahan-Bahan Kuey Teow Buat Sendiri:

1 cawan tepung beras*
1/2 cawan tepung ubi*
1 1/2 cawan air*
(batter)

Sedikit minyak sayuran
Loyang untuk mengukus

Cara Membuat:

  1. Sediakan kukusan. Saya guna kuali jek.

2. Satukan kesemua ramuan (*) kacau rata jangan sampai bergentel.

3. Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.

4. Tuang sesenduk adunan batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan better dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi. (guna senduk lauk tu).

5. Kemudian kukus sehingga masak dalam lebih kurang 7-10 minit.

6. Biarkan sejuk kejap pastu griskan permukaan kue teow dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan. (Ulangi proses ini hingga selesai)

7. Sapukan permukaan pisau dengan minyak pastu bolehlah dipotong mengikut saiz yang anda suka. Siapp!

Tips Dapatkan Kuey Teow Buatan Sendiri Yang Cantik

**Semasa memotong kalau pisau anda pendek boleh lah lipat dua lempeng kuey teow homemade tu. Senang sikit nak potong.

** Yang saya buat ni ada tebal sikit. Mungkin boleh ditambah air sedikit untuk lebih nipis.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat Mencuba!

MW: Jadi buat mak-mak yang nak buat sendiri Kuey Teow boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Diyakini halal, lebih bersih, suci dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.

Sumber: Fiza Mh