
Isi Kandungan
ToggleTanyakan pada wanita, siapa yang tak nak kelihatan cantik dan awet muda? Malah, sangat penting untuk memiliki kulit wajah yang cantik berseri kerana ia akan membantu seseorang wanita tampil lebih menarik. Sebaliknya, kalau pun wajah wanita itu sedia cantik tapi kulit wajahnya penuh noda, kusam dan penuh kesan jerawat, maka pudar kecantikan aslinya itu. Jadi, rajin-rajinlah rawat muka ye.
Jika ada bajet lebih, bolehlah membelai diri di spa kecantikan. Banyak spa yang menawarkan perawatan sama ada yang moden atau tradisional. Sebaliknya jika bajet tak mengizinkan, jangan risau. Hanya perlu selongkar saja bahan-bahan yang ada di dapur anda.
Kali ini, puan Ana, daripada De’ Belai Spa & Beauty Salon yang terletak di Seksyen 18 Shah Alam, sudi berkongsi salah satu resipi membuat skrub dengan menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur setiap rumah. Kos pun tak mahal.

Bahan-bahan:
½ cawan kecil gula perang / putih
1 sudu besar madu
3 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar minyak zaitun
Cara Membuat:
1.Ambil beberapa sudu gula, masukkan ke dalam mangkuk kecil.
2.Kemudian masukkan sedikit madu dan jus limau nipis. Kacau rata.
3.Masukkan pula minyak zaitun. Kacau rata hingga membentuk pes yang agak pekatl.
4.Bersihkan wajah dan sapu skrub itu secara rata ke seluruh kulit wajah. Biarkan seminit dua.
5.Kemudian sental wajah dengan gerakan memutar. Setelah itu, cuci bersih.
6.Sekiranya berlebihan, boleh disimpan di dalam peti sejuk dan keluarkan apabila hendak digunakan. Seeloknya digunakan sekali seminggu.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kaedah Tanam Terung Dalam Pasu Tepi Rumah, Berbuah Lebat Lagi Elok

Isi Kandungan
ToggleBegini cara betul tanam terung dalam pasu. Lagi-lagi buat mak-mak yang tinggal di rumah taman dan miliki ruang tanah yang terhad. Kaedah penanaman pokok terung dalam pasu merupakan pilihan terbaik.
Bolehlah tanam di tepi-tepi rumah. Jika mempraktikkan kaedah penanaman berpasu yang tepat, terung akan menghasilkan buah yang lebat dan elok hasilnya. Mohd Amri berkongsi cara dan kaedah penanaman pokok terung dalam pasu tepi rumah.
Kaedah Tanam Terung Dalam Pasu
Siapa tak suka kalau pokok terung menjadi seperti ini kan? Saya suka untuk berkongsi dengan tuan/puan berkaitan dengan penanaman terung di dalam pasu. Saya tanam terung ini sekitar empat hingga lima pasu sahaja. Kenapa pasu? Kerana saya tinggal di rumah taman. Tak cukup tanah. Hihi.
Jadi saya kongsikan serba sedikit pengalaman dan caranya.
1. Penyediaan bekas dan medium.
Saya hanya menggunakan pasu yang dibeli di kedai eco. Manakala medium yang saya gunakan ialah tanah campuran yang terdiri daripada tanah hitam sawit, tanah merah bakar, sekam mentah dan bakar dengan nisbah 2:1:1. Sambil itu saya akan gaulkan dengan dua sudu makan baja organik seperti mana yang saya gunakan iaitu baja nlegrow.
Gaulkan dan siramkan setiap hari sehingga tiba hari pemindahan anak pokok. Kaedah ini saya anggap sebagai baja lapik bertujuan untuk “menghidupkan tanah” melalui mikrob yang ada pada baja.

2. Penanaman pokok.
Setelah anak pokok yang disemai sudah cukup tiga minggu, saya pindahkan ke dalam pasu. Gaulkan tanah dan terus pindahkan anak pokok. Pada peringkat ini saya belum beri sebarang baja kerana sudah ada baja lapik seperti mana point pertama.

3. Penjagaan.
Setelah dua minggu selepas tanam atau dalam bahasa pertanian, (HST), saya berikan lagi baja sebanyak dua sudu makan. Dan begitulah setiap dua minggu sekali aktiviti pembajaan saya. Saya tidak gunakan baja kimia kerana, saya lebih suka menggunakan baja organik. Selamat.
Setiap tiga hari sekali, saya akan membuat semburan organik seperti mana yang telah diajar di dalam group ini. Selain itu, penggunaan cuka kayu juga dilakukan secara berselang-seli.
Booster yang paling kerap saya gunakan ialah, booster yang dibuat secara mudah iaitu menggunakan yakult dan telur ayam. Cuma berbeza dengan orang lain, saya tambah sedikit molasess untuk menjadikan baunya lebih harum dan manis sedikit. Kurang bau hanyir.

4. Pemangkasan.
Saya kerap melakukan pemangkasan “ringan” untuk membuang daun-daun yang lebar supaya cabang baru dan putik bunga cepat keluar. Sesetengah orang berpendapat, kalau dibiarkan sahaja daun lebau tu, jadinya mabuk daun.

5. Lalat buah.
Ada juga kes terung yang terkena serangan lalat buah. Simptomnya ialah, buah terung berlubang dek serangan lalat buah. Jadi saya kawal melalui penggunaan perangkap lalat buah. Alhamdulillahh, berkesan. Sebaik-baik elakkan penggunaan semburan kimia.

6. Siraman.
Saya akan menyiram dua kali sehari iaitu setiap pgi dan petang. Kalau kebetulan hari hujan, memang tak siram lagi kecuali medium nampak kering. Yang penting, pastikan medium selalu lembab. Kalau tak, daun akan layu. Kalau ada modal yang lebih, boleh gunakan sistem siraman automatik.


7. Kebersihan.
Pastikan daun yang dipangkas atau ada daun yang gugur ambil dan buang jauh-jauh. Kerana kalau dibiarkan akan menyebabkan pokok mudah terkena penyakit. Kalau sekitar pasu dah bersih, mat pun sedap memandang.
Baca sini : Begini cara biakkan pokok kunyit, hasilnya isi yang lebat
So, itulah sahaja perkongsian ringkas dari saya tentang tanaman terung di tepi rumah. Selamat mencuba ya.
Sumber/Foto : Mohd Amri
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
CARA Jahit Sendiri CADAR Fitted + Piping, Elok Cantik Nampak Kemas!

Isi Kandungan
ToggleSarung cadar yang jenis ‘fitted’ mahupun yang berzip memang membuatkan katil nampak lebih kemas dan senang diurus. Bukan apa, bila jahit cadar sendiri memang lebih puas hati.Selain boleh pilih sendiri corak kain yang disukai, mak-mak juga boleh berjimat bila buat cadar fitted dan ada ‘piping’ ini.
Ikut tutorial mudah yang tukang jahit ini tunjukkan.Cara buat sendiri cadar jenis fitted dan piping perkongsian daripada Puan Noraini Ismail ini sebagai panduan.
Sedikit perkongsian dari saya, cara membuat bingkai cadar @ bed frame (piping).
Bahan Diperlukan:
Kain
Jarum peniti
Benang Besar
Cara Membuat:
1.Potong tali, biasa saya buat 1 3/8″ *250 inci (beropol), 1 3/8″ *280 inci (fitted).
2.Sambung bentuk L dan pinkan.
3.Jahit di pin tadi, potong buang lebihan.
4.Letak benang besar di tengah-tengah tu, jahit rapat guna tapak zip.
5.Jahit di badan cadar, saya buat jarak 3/4 inci.
6.Di bucu, snapkan sedikit, jangan rapat sangat, tak nak bagi regang.
7.Jahitkan ropol atau kain bahagian sisi cadar.
8.Tambahan, cara sambungan untuk cadar fitted. Biasanya letak di bahagian kepala cadar.
Cara Buat Cadar Fitted + Piping
Untuk kain sambungan sisi, saya tambah 6″ dari ketebalan tilam, lebihkan ukuran kain dalam 3 inci.
Contoh : Queen 60″*75″ tilam tebal 8″
Kain sisi : 63*14 (2 keping) 78*14 ( 2 keping)
Kain untuk badan cadar kita lebihkan 1.5″
Contoh : Queen 60*75 nanti potong 61.5 *76.5
Jahit piping jarakkan 3/4″ dari tepi kecuali di bucu.
Ukuran Kain Cadar yang Diperlukan;
Kain Bidang 90
Single 3.5m
Queen 5.5m
King 6.5m
Cara Membuat:
1. Mula dari 2″ ke belakang.
2. Di penjuru jarakkan 3″ untuk lengkung tu, snap sedikit dahulu sebelum jahit.
3. Sesudah siap jahit lengkungan tu.
4. Di sambungannya nanti, temukan dalam keadaan menyerong.
5. Gunting buang lebihan tu.
6. Kain sambungan tepi. Biar sampai ke hujung tepi sahaja (dua-dua belah. Jika ada lebihan kain, gunting buang yaa.
7. Jahit 3/4″ dari tepi tadi. Klim kasar selepas jahit tu.
8. Jahit cantum kain tepi dan kain badan cadar. Jahit slow-slow…ni kan lengkung.
9. Siap, pandangan dari luar kain.
10. Untuk finishing getah saya guna saiz yang 0.5″ sahaja. Tandakan 12″ dari tepi jahitan penjuru tadi. Tanda dua-dua belah yaa.

11. Masukkan getah, lipat 2 kali bagi ada lebihan di tepi tu yaa.
12. Lipat 2 kali nak sembunyikan getah dalam kain. Mula jahit di bahagian tanda tu, jahit 2@3 Kali untuk matikan getah, baru jahit tindih atas getah. Saya guna teknik tarik sampai habis tegang.
Jahit sikit-sikit sampai ke hujung yang tanda tadi. Matikan getah di sana, baru potong lebihan getah.
13. Pandangan dari luar, sesudah siap.
14. Kain baki yang tak letak getah tu kita lipat 2 kali jugak. Jahit mula dari getah ke getah satu lagi.
15.Sesudah siap di pasang di katil.
Semoga bermanfaat buat yang berminat.
Siap! Selamat Mencuba.
Baca Lagi Di Sini:CARA MUDAH ‘Deep Clean’ Tilam, Jadikan Rutin Bersihkan 4 Bulan Sekali!
Artikel Menarik:Anak Dah Besar Takut Tidur Seorang, Ini Cara Pisahkan Tempat Tidur!
Mingguan Wanita:Mak-mak yang pandai menjahit boleh cuba cadar sendiri di rumah letak ‘piping’ ni. Barulah cadar nampak lebih kemas, cantik dan menarik. Memang jimat banyak dan berbaloi bila buat cadar sendiri.
Sumber:Noraini Ismail
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Jimat Masak Nasi Tanpa Kanji Untuk Sihat & Sedang Diet

Isi Kandungan
ToggleNasi tanpa kanji sangatlah digalakkan diambil untuk menjaga kesihatan. Ia juga sangat baik bagi mereka yang sedang berdiet. Namun harga beras bagi yang kurang kanji ni agak mahal di pasaran.
Menerusi perkongsian Puan Siti Sarah, ada cara jimat untuk masak nasi tanpa kanji hanya menggunakan beras biasa. Namun rasanya seperti beras mahal, malah nasinya jadi cantik berderai dan sebutir-sebutir.
Berikut perkongsiannya wanita ini;
“Pernah makan beras taj mahal tak ? Bila dah masak, rasa nasi tu tawar kan? Ok kat sini saya nak bagi tips, mungkin ade yang tahu, mungkin juga ade yang tak tahu.Cuma guna beras biasa je, da sama dengan beras taj mahal.Kalau nak beli beras taj mahal 5kg je da rm30 lebih kan? So guna beras biasa je pon boleh.Tapi ada caranye.”
1.Tanak beras macam biasa sehingga beras tu kembang (hampir-hampir kering tapi still ade air sikit-sikit dalam nasi tu)
2.Kemudian tuangkan ke dalam tapis. Tak kira la tapis plastik atau tapis besi.Saya guna tapis plastik je (tapis sayur).
3.Lalukan dengan air dan kosek-kosek nasi tu sehingga air nasi yang mengalir tu menjadi cerah.
4.Toskan air dan tanak nasi semula sehingga kering.
**Sesiapa yang nak diet, yang nak jaga kesihatan atau pon yang mempunyai masalah kesihatan, boleh la cuba tips ni.
Selamat mencuba!

Info Ekstra!
Tak perlu tambah air tak selepas air kanji dibuang. Cuma masukkan ke dalam periuk dan keringkn saje.Nasi akan jadi berderai & sebutir-sebutir.
Lagi senang kalau guna rice cooker.Bila dah masak automatic warm. So nasi tak kan jadi hangit / berkerak.Kalau guna dapur gas, kena selalu pantau la.Sebab kadang-kadang kita tak perasan nasi dah kering dan jadi hangit / berkerak.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak jimat, rasa macam makan beras mahal walaupun hanya guna beras biasa, boleh cuba cara ini. Nasi tanpa kanji ni pun sangat baik untuk kesihatan malah nasinya pun lebih cantik berderai sebutir-sebutir.
Sumber: Siti Sarah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI