
Isi Kandungan
TogglePatutlah sedap sangat, nak buat ayam panggang macam rasa kat Kenny Roggers tu mak-mak kena tahu rahsia perapannya. Baru lah nikmat isi ayam akan jadi juicy dan sedap yang amat.
Tip masak ayam panggang ini dikongsikan oleh Puan Nor Ezra Erlyna Ibrahim di laman Facebook yang dikongsikan 2703 orang dalam masa yang singkat.
Nah, kalau cuba hari ini, mak-mak boleh sediakan bahan-bahan dulu.
Ayam Panggang, Isi Ayam Jadi Juicy
Ayam (1 ekor dibelah rerama)
Bawang besar (kisar)
Bawang putih (kisar)
Halia (kisar)
5 sb sos tiram
3 sb kicap pekat (manis)
3 sb cuka (bila bakar ayam akan jadi juicy)
3 sb jintan manis
2 sb jintan putih
1 sk serbuk paprika
1 sk lada hitam
1 sk serbuk ayam
Mix herb
Cara Buat Ayam Panggang:
1. Masukkan semua bahan-bahan kisar dan semua bahan-bahan di atas ke dalam bekas dan gaulkan semua sekali dengan ayam.
2. Perapkan semalaman or min 2 jam. (Saya suka perap semalaman sebab bahan perapan rasa sampai ke dalam ayam)

3. Bolehlah dibakar. Sebelum bakar taburkan atas ayam dgn mix herb dan lada hitam.
Nota:
Rasa dulu sebelum letak garam sebab bahan-bahan tu semua dah ada bahan perisa. If kurang rasa baru letak garam.
Selamat mencuba ya, mak-mak!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Buat Mayonis Sendiri, Lebih Sedap, Jimat Tak Perlu Beli Di Kedai Lagi

Isi Kandungan
ToggleRupanya ada cara mudah untuk mak-mak buat sendiri mayonis dirumah. Pastinya ia lebih sedap, terjamin kebersihannya malah menjimatkan tak perlu beli di kedai lagi.Bukan apa, mayonis selalu menjadi sos pencicah seperti nugget, sosej, kentang goreng mahupun dinikmati bersama salad, sandwich dan sebagainya.Bila dapat buat sendiri lebih puas hati dan pastinya berbaloi, lebih-lebih lagi bila anak-anak pun pun suka.
Resepi cara membuat mayonis ini dikongsikan oleh Nabihah Sukria sebagai rujukan mak-mak semua.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Dah lama rasanya saya tak beli mayonnaise di kedai. Saya buat sendiri je di rumah. Resepi saya sendiri dan diolah mengikut tekak orang Malaysia. Sangat mudah, jimat dan yang paling penting sedap baq hang. Ada yang teringin ke nak buat sendiri?”
Bahan-Bahannya:
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar air perahan lemon (Jika tiada lemon, boleh guna cuka masakan)
1 sudu kecil mustard
2 sudu besar gula
300 ml minyak (Boleh guna apa-apa minyak. Tapi kalau nak sihat boleh guna minyak zaitun atau minyak sayuran).
Serbuk lada hitam (Jika sukakan pedas, boleh letak. Jika sukakan original, tak perlu letak)
Cara Membuat:
1. Kisarkan telur, garam, air perahan lemon, mustad dan gula dalam mesin pengisar selama 10 saat.
2. Tuangkan minyak sedikit demi sedikit ke dalam blender sehingga mayonis menjadi kental.
3. Masukkan secubit lada hitam dan blend sebentar.
4. Jika sukakan mayonis yang lebih manis, boleh tambah gula lagi.
5. Siap. Bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.
PERINGATAN;
* Jika mahukan mayonis kita tahan beberapa bulan di dalam peti ais, pastikan semua peralatan yang digunakan dan bekas yang kita nak simpan mayonis tu bersih dan kering dari sebarang air.
* Satu resepi ni boleh dapat satu bekas kecil. Jika nak buat stok banyak siap-siap, boleh doublekan resepi ni ok.
* Telur pada suhu bilik. Jangan guna yang diambil dari peti ais tu ya.
* Mustard jangan letak lebih tau. Nanti rasa dia akan jadi pelik.

Selamat mencuba semua.
Sumber: Nabihah Sukria
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi DANGAI 4 Bahan, Pertama Kali Buat Ingatkan Susah Rupanya Mudah Sangat!

Isi Kandungan
ToggleBagi peminat kuih-kuih lama tradisional, kuih Dangai ni antara kegemaran ramai. Selalu disediakan sewaktu kenduri kendara, majlis perkahwinan dan sebagainya. Rupanya mudah sahaja nak buat kuih Dangai ni. Hanya guna 4 bahan. Pertama kali buat pun boleh jadi. Boleh buat makan sendiri untuk keluarga mahupun untuk jualan.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Umira Nor Azazudin.
Dangai. First time buat. Selama ni ingatkan susah, rupanya mudah sangat. Ini pon sebab pak hencik request. Kalau tak, memang tak buat la. Dia asal utara. Kalau kat selatan ni memang jarang sangat ada kuih ni.
Ada yang minat ke kuih ni?
Resepi Dangai
Bahan-Bahan:
1 biji kelapa putih
1 cawan tepung pulut
⅔ cawan gula
secubit garam
Cara Membuat :
1. Gaul sebati semua bahan. Memang kering tau. Takde campur air setitik pon.
2. Tuang dalam loyang 8×8.
3. Ratakan. Jangan tekan-tekan. Biar loose gitu.
4. Tabur gula sikit atas tu. Dah siap bakar nanti, cantik dangai uolls. Ada bling-bling gitu.
5. Bakar 30 minit, suhu 180°.
Sekian, jemput makan.
Baca Lagi Di Sini :
BAHULU CERMAI Gebu 4 Bahan, Bakar Dalam Oven Elok Tak Melekat!
KUIH BAKAR PANDAN Mudah, ‘Blend’ Semua Bahan Bakar Sehingga Permukaan Garing!
Wanita Ini Kongsi Resipi Lengkap Kuih Seri Muka Pandan Yang Sering Mendapat Tempahan
Mingguan Wanita : Boleh cuba buat sendiri kuih Dangai, kuih lama & tradisional ni. Mudah rupanya nak buat sendiri guna 4 bahan je.
Sumber: Umira Nor Azazudin
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.

Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Bebola Ubi Keledek Kuning SEDAP, Guna 2 Bahan Sahaja, Mudah!

Isi Kandungan
ToggleNak buat kuih muih untuk minum petang mahupun manisan hidangan berbuka puasa yang sedap tak semestinya kena buat resipi yang banyak bahan.Kadang kala resipi mudah seperti Bebola Ubi Keledek Kuning ini lah yang anak-anak paling suka dan berebut-rebut makan.Apatah lagi makan panas-panas selepas digoreng, memang tak cukup sepinggan. Habis licin semuanya.
Jika ada keledek kuning dan tepung beras di rumah, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Inul Daroji ini.
Resipi Bebola Ubi Keledek kuning menawan hati. Mudah je. Pakai dua bahan. Anak anak suke gila makan. Sampai licin. Jom kita mula.
Bahan-Bahan:
6 ketul Ubi Keledek
1 cawan tepung beras
Cara Membuat:
1. Rebus ubi keledek. Kemudian tos kan.
2. Lepas tu lenyek kan sampai hancur.
3. Masukkan tepung beras satu cawan.
4.Gaul gaul bentukkan jadi bulat. (Bentuk tu terpulang la ye nak bentuk macam mana).
4. Panaskan minyak terus goreng.
5. Last tabur kan gula. Dah siap.
Nota :
- Masa nak bentukkan tu memang akan melekit sikit.
- Bila nak goreng api kene kecil tau. Kalau api besar cepat hangus.
- Di izinkan share. Semoga membantu mak mak nak cepat siap masak untuk anak-anak.
Baca Lagi Di Sini:
Kulit CUCUR BADAK Gebu Lembut, Guna Ubi Keledek Oren & Kena KUKUS!
Cantiknya Kuih ‘Buah Melaka’ Warna Kuning, Rasa Lemak Manis Guna Buah Labu Je! Begini Caranya
MW:Menarik juga resipi Bebola Ubi Keledek Kuning ni, guna dua bahan je. Cukup sedap dan mudah nak sediakan. Mak-mak boleh cuba untuk minum petang atau manisan waktu berbuka nanti.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI