makan-sedap

Percaya atau tidak, selepas raya ini memang akan ada yang alami pertambahan berat badan. Maklumlah sepanjang Syawal makan sedap. Dengan lauk-pauk raya yang memang susah nak tolak.

Malah, tidur tak jaga pun boleh jadi punca. Bila dah timbang, barulah tersedar. Dah bertambah rupanya kilo tu.

Apa pun, masih belum terlambat untuk mulakan balik misi sihat itu iya. Lelaki ini, Zul Ariff berkongsi tip yang pernah dicuba sebelum ini dah ianya menjadi.

Makan Sedap Macam Mana Pun Tolong Jangan Tambah

“Adoiii…today just nak share dengan korang tips diet yang i amal kan. Nampaknya kena mula balik semula sebab badan dah naik 5kg.

Terkejut bila timbang tadi, padahal masa shoot gambar ni berat i minus 5kg. Baru sebulan je oiii dah naik 5kg. Ni la akibat bila makan dan tidur tak jaga.

Ayuh kita mulakan projek sebulan dari sekarang. Kita buang 5kg yang ditambah dan minus lagi 2-3 kg juga total kita kena buang sebanyak 7-8kg.

Perlu Ada Penimbang

First step bila kita nak start diet kena ada penimbang kt rumah, kau jangan feeling feeling tak perlu timbang hari-hari. Bacaan berat perlu diambil masa bangun tidur dan sebelum tidur dan perlu dicatat ye.

IKLAN

Cari ALAT PENIMBANG di sini : https://invle.co/clb6dg6

Kurangkan Pengambilan Karbo

Secondly, i tak da lah diet yang menyeksa diri tak makan nasi ke apa ke, apa yang i buat sangat mudah. First korang kena cut intake nasi atau karbo dan please korang makan sedap macam mana pun tolong jangan tambah. Ini adalah rules no 1.

Bangun Tidur Minum Air Kosong

Third, wajib bila bangun tidur minum air kosong dan sebelum tidur pon minum air kosong. Air ni boleh bantu neutralkan sistem metabolisme kita.

Baca sini : Nak Kurus Ambil 6 Sudu Nasi Sikitnya, Ia bukanlah Penentu Turun Berat Badan

IKLAN

Kurangkan Makanan Berminyak Dan Berkuah

Yang keempat, kurangkan makanan berkuah dan berminyak. Bukan tak makan langsung tau, faham kan kita kurang kan bukan tak ambil sebab nanti badan terkejut.

Tetiba dah berbulan kita sajikan semua jenis lemak dan minyak tetiba nak diet kau tolak semua.

Ambil Air Detoks

Okay yang kelima ni korang mesti suka sebab benda mudah kan, kena ambil atau buat air detox. Iani sangat penting untuk clean up semua minyak dan lemak yang kita ambil.

IKLAN

Buat Senaman Ringan

Last sekali apa yang perlu kita buat adalah senaman ringan ikut korang la nak berlari ke lompat bintang ke, berenang ke bersawah ke, yang penting buat at least 15 – 30 minit sehari.

Cari TALI SKIPPING FITNESS di sini : https://invle.co/clb6dff

Haa ni laa yang i duk buat kalau berat bertambah, tapi yang paling penting kena consistent la, buat apa pon consistent tu la yang penting. Tak consistent result korang akan kelaut.

Ok sekian, nak pergi bucu katil sambung nangis sebab berat naik 5kg.

Sumber/Foto : Arep Ismail

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI