Dalam kehidupan ini rupanya salah satu syarat untuk hidup bahagia, mesti ada 30 peratus dalam hidup untuk diri sendiri.Bukan hanya berkorban hidup sepenuhnya hanya untuk pasangan dan anak-anak sahaja. Selain itu amat penting untuk mendapat kebahagiaan dengan menjaga hubungan kita dengan Allah.
Baca perkongsian daripada Kaunselor Puan Normaliza Mahadi ini sebagai rujukan.
Tips nak happy dalam hidup;
1. Jaga Hubungan Dengan Allah
Jaga hubungan dengan Allah. Ibadah kena buat. Quran kena baca, khatam, hadam dan faham. Semua yang Rasulullah SAW tinggalkan kena sedaya upaya ikut. Hidup mesti berlandaskan AlQuran dan As Sunnah. Buatlah secara bersungguh-sungguh. Bila jatuh bangun balik dan ulang sehingga meninggal dunia. Akhirat 1st dunia 2nd.
2. Kejar Masa Depan
Jika orang tak nak kawan kita, tak apa. Move on. Orang tak nak kita pun kita move on. Kita ada masa hadapan yang nak dikejar. Siapa yang tak nak berlari dengan kita, tinggalkan.
3. Beli Ikut Kemampuan
Benda yang tak mampu tak payah beli. Mudah.
4. Hidup Ikut Kehendak Sendiri
Tak payah sibuk nak hidup macam orang. Hidup untuk keselesaan diri sendiri dan keluarga sahaja. Hidup ni tak ada ketetapan yang semua orang kena ikut. Kita hidup ikut kehendak sendiri.
5. Pilih ‘Cirle’ Yang Bagus
Duduk dalam circle yang bagus. Supaya kita pun terikut jadi bagus juga.
Ads
6. 30 Peratus Dalam Hidup Untuk Diri Sendiri
Mesti ada 30% dalam hidup untuk diri sendiri. Bukan 100% hidup hanya untuk pasangan dan anak-anak sahaja. Kita kena jaga diri kita sendiri. Supaya kalau semua orang dah tak ada tinggalkan kita, masih ada 30% diri sendiri yang boleh dibangunkan.
7.Tak Payah Jadi Lilin
Tak payah jadi lilin. Sekarang ni dah ada torch light. Boleh charge. Cahaya lagi terang. Dan semua orang pun kena ada torch light sendiri. Siapa yang rasa gelap, dia kena cari torch light sendiri.
8. Ada Perancangan Untuk Diri Sendiri
Hidup kena ada plan nak capai apa untuk diri sendiri. Tak payah atur hidup sesiapa pun. Anak perlukan kita hingga sekian masa sahaja. Lepas tu anak-anak kena berdikari. Pasangan kita pun sama, kita hanya boleh harap itu dan ini sahaja dari mereka. Yang lainnya terserah pada mereka sendiri.
Ads
9. Tingkatkan Ilmu, Ada Pendapat Sendiri
Membaca jambatan ilmu. Jangan biarkan diri hanya mengikut orang. Kita kena ada pendapat sendiri.
10. Tanggungjawab Hidup Di Tangan Sendiri
Dalam hidup, kita adalah hero movie. Jangan biarkan pelakon tambahan yang tak sedar diri tu ambil role kita.
Akhir sekali, 100% tanggungjawab hidup adalah di tangan kita. Tak ada siapa dah nak buat ibadah untuk kita. Tak ada siapa patut kawal kita. Kita kena tentukan hala tuju sendiri. Gagal sebab diri sendiri. Menang pun sebab usaha sendiri dan sudah tentu sebab Allah izinkan.
So.. grow up.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya, untuk hidup bahagia paling penting jaga hubungan dengan Allah.
Mesti ada 30 peratus dalam hidup untuk diri sendiri. Bukan 100 peratus hidup hanya untuk pasangan dan anak-anak sahaja.
Petua Nak Sedap MI KARI Letak Udang Kering, Kuah Kena Pekat! Mi Kari antara hidangan yang sering disajikan setiap kali tibanya hari raya. Sesuai dihidangkan buat tetamu ketika datang beraya mahupun menu untuk rumah terbuka.
Ada pelbagai resipi dan cara nak buat Mi Kari. Namun salah satu petua nak buat Mi Kari sedap, cuba letak sedikit udang kering dan santan juga perlu letak banyak supaya kuah pekat. Barulah laju masing-masing menambah makan nanti.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Yuhafiqah Mohd Yunus ini sebagai rujukan.
Petua nak sedap mi kari kak yuyu ni satu ja. Udang kering.Lain orang lain cara kan.
Cara Membuat:
1. Blend bawang Besar, bawang putih, halia dan udang kering.
2. Nak rasa lemak-lemak sikit masuk kan seketul buah keras blend sekali.
3. Tumis sampai naik bau dan masukkan cili kering.
4. Dah pecah minyak baru masukkan rempah kari daging campur rempah kari udang.
5. Tumis sampai pecah minyak masukkan segala rencahnya ayam, kerang, sayur-sayur.
6. Kak yuyu letak lobak merah, kobis dan kacang panjang.
7. Lepas tu santan letak lebih sikit sebab mi Kari kuah kena pekat,
kalau ceroi tak lajuuu makan.
8.Fish ball Dan fish cake kak yuyu goreng asing. Tak masak sekali dalam kuah. Saja la nak ada effect rangup-rangup masin.Kalau masak sekali nanti jadi gebu tak syok makan.
Telur rebus jangan lupa na. Bawang goreng, taugeh, cili merah potong Dan limau kasturi jangan lupa untuk meriahkan lagi hidangan.
Alhamdulillah, sedap macam biasa.
Ma, bapak, anak-anak dan suami memang lajuuu menambah.
Mingguan Wanita: Sedapnya nya makan mi kari. Sesuai buat untuk tetamu datang beraya. Nak Mi Kari sedap boleh campur dengan udang kering sikit seperti petua yang dikongsikan ini.
Rupanya ada cara mudah untuk mak-mak menanggalkan kesan gam atau pelekat pada bekas dengan menggunakan minyak masak. Bukan apa, kadang kala bekas yang kita beli ada ‘sticker’, bila dibuang ia meninggalkan kesan gam pada bekas tersebut. Malah jadi tak cantik dan melekit pula.
Untuk tahu lebih lanjut, fahamkan perkongsian menarik daripada CHM Dr Fatimah Salim, Pensyarah Kanan Kimia & Penyelidik UiTM ini.
Kepada yang tidak tahu, anda boleh menanggalkan kesan lekatan sticker pada bekas yang sudah lama dengan menggunakan minyak masak.
Caranya, tuangkan sedikit minyak masak pada tisu serap minyak (kitchen towel tissue paper) dan gosok. Bergantung kepada jumlah lekatan, ulangi langkah ini jika perlu.
Tips:
• Minyak masak boleh melarutkan komponen gam.
• Menggosok dengan cepat akan menghasilkan haba yang boleh membantu mempercepatkan proses tertanggalnya gam.
Memang berbaloi jika tanam pokok lemon, setangkai boleh dapat 10 biji buah. Menjadi elok, besar dan subur sungguh pokok lemon ni. Mak-mak yang suka bercucuk tanam elok sangat tanam pokok lemon di rumah, sebab buah lemon jika dibeli boleh tahan mahal juga harganya.
Boleh ikut petua baja tanaman yang dikongsikan oleh Encik Faisal Hj Mustaffa ini sebagai panduan.
Alhamdulillah…rezeki luar biasa Allah bagi, setangkai lemon ada 10 biji kesemuanya.
Petua baja tanam kulit-kulit udang, tanam organ-organ ikan dan sekali sekala letak baja novatec premiumatau baja kopi(boleh beli dekat shopee). Kalau ada darah ikan pun saya siram, kalau ada air beras basuhan pertama pun saya siram (biarkan semalaman). Jangan putus asa dengan pokok, arwah mak ajar (Al-Fatihah).
Info Ekstra!
Pokok Lemon kena siram banyak air semasa sedang berbuah, bagi mengelakkan buah lemon pahit dan jus/airnya kurang.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...