Kata bapanya, Syafiq bukan terlelap tapi cuba elak sesuatu, dia dalam keadaan sedar dan sedang berbual dengan isterinya sebelum kemalangan itu berlaku.
Apa yang dilaporkan sebelum ini sedikit sebanyak Syafiq dan keluarga sedih. Malahan buat masa ini Syafiq telah membuat laporan polis tentang insiden yang beraku.
Penyerang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad menafikan yang dia terlelap ketika memandu sehingga menyebabkan kenderaannya terbabas dalam kejadian Ahad lalu.
Ads
Bapanya, Ahmad Ibrahim, 56, berkata, anaknya itu berulang kali menegaskan yang dia cuba mengelak sesuatu ketika melalui kawasan berhampiran susur keluar tol Jawi.
Menurutnya, mereka sekeluarga sedih membaca laporan yang mengatakan Muhammad Syafiq mengantuk sehingga menyebabkan berlaku kemalangan tragis yang meragut nyawa anak lelakinya, ibu mertua dan pembantu rumah sedangkan ia berlainan dengan apa yang diceritakan anak sulungnya itu.
Syafiq Bukan Terlelap Tapi Cuba Elak Sesuatu
“Berkali-kali Syafiq memberitahu bahawa dia ketika itu cuba mengelak sesuatu dan bukannya disebabkannya terlelap apatah lagi ketika itu Syafiq menceritakan bahawa dia sedang berbual dengan isterinya sebelum berlaku tragedi itu.
“Syafiq juga sudah memberi keterangan kepada polis semalam berhubung insiden yang menimpanya,” katanya ketika dihubungi.
Ads
Bukan Terlelap Semasa Memandu
Media sebelum ini melaporkan siasatan polis mendapati penyerang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, 25, yang terlibat dalam kemalangan di KM 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Bakap awal pagi Ahad dipercayai terlelap semasa memandu.
Beliau yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipercayai hilang kawalan semasa memandu dan terbabas melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, kenderaan itu kemudian terbalik dan terseret hingga lebih kurang 90 kaki berdasarkan kesan calar di atas jalan raya.
Ads
Siasatan juga mendapati ketika kejadian, cuaca baik dan kemalangan berlaku di jalan lurus, rata, bertar, tiga lorong (satu lorong susur keluar ke Tol Jawi), satu hala, jalan kering dan kawasan gelap berlampu.
Ketika kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, Muhammad Syafiq dalam perjalanan membawa isterinya, Nur Amalina Norain, 25, yang sedang berpantang ke kampung mertuanya di Pendang, Kedah.
Turut menaiki kenderaan terbabit ialah ibu mertuanya, Zainab Wahab, 45, dan dua orang anak mereka iaitu Aaira Nur Saffiya, 2, dan Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42.
Nahas terbabit mengorbankan Zainab, Muhammad Aisy Saqeef dan Titik.
MW: Semoga apa yang berlaku ini menjadi iktibar buat kita semua. Bukan mudah untuk menerima kehilangan orang yang tersayang. Semoga Syafiq dan keluarganya terus kuat. Insyallah.
Dekat 6 bulan berlalu, kesan parut pembedahan Baby Xandra semakin cantik dan sempurna. Si comel ini pun semakin tembam dan gebu. Bak kata ibunya, Sheila Razlan, “Kuat makan, kuat menyusu sebab itu dia bam bam.”
Syukur lihat perkembangan positif Baby Xandra ini. Memandangkan luka parut pembedahan dah semakin sempurna, ibunya berkongsi petua bagaimana dia mencantikkan kesan parut sumbing anaknya itu.
Sebelum pembedahan pemulihan sumbing bibir
Selepas pembedahan
Kesan parut terkini makin cantik sempurna
Ini Cara ’Sempurnakan’ Kesan Parut Sumbing Baby Xandra
Jadi ibu-ibu di luar sana yang sedang dalam proses memulihkan kesan parut anak sumbing, bolehlah cuba petua Sheila ini.
Kata Sheila, “Salam Jumaat Untie Uncle (sebagai mewakili anaknya), Ramai tanya condition baby Xandra sekarang kan.”
“Okay, ni mommy nak close up bekas jahitan dari hidung sampai bibir luar Xandra. Alhamdulillah cantik dah. Nampak sempurna kan?”
Kata Sheila lagi dalam instagram, cara dia mendapatkan kesan parut yang cantik dan tak menggelembung adalah dengan menggunakan Dermatix setiap hari WITHOUT FAILED!
“Rajin urut 100 kali sehari.”
“Nak senang ikut waktu solat. 1 waktu, 20 kali urut kat kesan jahit tu.”
Rancang Bawa Baby Xandra Buat Pembedahan Plastik
“For now nampak semua normal. Kecuali gusi yang cleft tu, tengah tunggu masa ada gigi tumbuh atau tak je. Nebes mommy.”
“InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih mommy plan nak bawa Xandra pi buat plastic surgery untuk lebih sempurnakan Xandra. Sebab dia girl kan?”
Itulah doa yang ibu kepada Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, Muhammad Akid Qassyaff, 3 dan baby Xandra tuturkan.
“Apa apa pun, biar Xandra membesar dengan sihat ya. Sampai masa yang sesuai Allah izinkan kita pi buat plastic surgery ya dik.”
MW : Mendoakan kemudahan rezeki untuk kedua ibu ayah Xandra, semoga urusan pembedahan plastik untuk Xandra dapat dilaksanakan dalam keadaan Baby Xandra sihat dan kuat.
Untuk kanak-kanak pula, berdasarkan ODS (Office of Dietary Supplements) tidak dibenarkan ambil suplemen vitamin C lebih dari paras (upper limit) yang ditetapkan seperti;
1 hingga 3 tahun: 400 mg/ hari
4 hingga 8 tahun: 650 mg/ hari
9 hingga 13 tahun: 1,200mg/ hari
Jika kanak-kanak mengambil suplemen vitamin C lebih dari jumlah yang saya sebutkan di atas, maka boleh terjadi kesan sampingan serius.
Apa kesan sampingan jika makan suplemen vitamin C berlebihan dari badan perlukan?
1. Gangguan sistem pencernaan
– mual, sakit perut (cramp) dan diarrhea.
2. Batu karang
– vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui air kencing sebagai oxalate, iaitu bahan kumuh terakhir vitamin C.
– oxalate yang ditapis dalam buah pinggang ini boleh bergabung dengan mineral untuk membentuk batu karang. Iaitu batu karang calcium oxalate.(penyebab paling sering kes batu karang)
– Ada kajian menunjukkan pengambilan 2000 mg (dewasa) sehari selama 6 hari boleh meningkatkan jumlah oxalate dari buah pinggang sebanyak 20 peratus. Akhirnya akan meningkatkan juga risiko terjadinya batu karang.
– Ada kajian juga menunjukkan dos vitamin C yang berlebihan meningkatkan risiko terjadi batu karang buah pinggang sebanyak 2 kali ganda pada golongan lelaki, berbanding wanita.
3. Meningkatkan kadar zat besi dalam badan lebih dari sepatutnya
– Vitamin C juga berfungsi membantu meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan.
– semakin banyak vit C dalam darah, semakin banyak penyerapan besi (iron) ke dalam tubuh. Akhirnya boleh menyebabkan penumpukan besi atau iron overload seperti penyakit hemochromatosis.
Kajian telah menunjukkan juga bahawa kandungan vitamin C yang tinggi dengan kesan sampingan seperti di atas adalah hanya dikaitkan dengan suplemen. Tetapi bukannya dengan diet harian kita.
Kajian juga menunjukkan jika anda mengambil 1000 mg vitamin C setiap hari, sebenarnya tubuh hanya menyerap maksimum kurang dari 50% sahaja. Lebihan 50% lagi akan dikeluarkan melalui air kencing. Membazirkan?
Mingguan Wanita : Paling penting kawal pengambilan suplemen vitamin C mengikut aturan yang betul dalam menjamin kesihatan yang baik. Boleh nak ambil SUPLEMEN VITAMIN C, tapi jangan OVER!
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Esha gadis influencer jadi mangsa buli di Tik Tok, polis masih tahan reman pembuli akibatkan kematian. Seorang gadis influncer sosial media dikenali sebagai Esha nekad membunuh diri selepas dibuli di media sosial dua hari lalu.
Gadis Influencer Jadi Mangsa Buli Di Tik Tok
Dirinya menjadi mangsa oleh sekumpulan individu yang menggunakan nama samaran di akaun Tik Tok yang mengejek termasuk menggunakan gambar keluarga atas tujuan buli.
Ekoran kes kematian ini, pihak berkuasa telah menahan individu yang disyaki dan kandungan juga telah dinyah turun oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Polis Masih Tahan Reman Wanita Sebabkan Kematian
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan wanita berusia 35 tahun yang disyaki membuli mangsa telah ditahan di Rawang, Selangor pada jam 1.45 pagi Isnin
“Suspek kini direman tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah), Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib),” katanya dalam sidang akhbar di Forum Anak Syurga anjuran Al Kauthar Edukids dengan kerjasama PDRM, IPD Selangor dan PERKEP Selangor.
Keluarga mangsa menuntut pembelaan atas kematian EshaTangisan ibu yang kehilangan anak selepas tidak tahan dengan ugutan dan kata berbaur lucah dilemparkan hingga bertindak membunuh diri
Dalam kes buli di media sosial ini, Esha dikatakan tidak mampu menerima tekanan akibat dibuli berterusan di Tik Tok dan telah membuat laporan polis namun tidak sempat memberi keterangan selepas bertindak membunuh diri.
Dalam siasatan pihak polis, kejadian berlaku pada 30 Jun dan 1 Julai lalu, dirinya difitnah dan diugut di mana gambarnya telah digunakan.Kata-kata kesat dan lucah turut berlaku hingga mangsa nekad membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...