erma fatima

Rezeki setiap pasangan yang berkahwin berbeza-beza. Ada yang dimurahkan rezeki dengan dikurniakan anak awal dan ada yang sebaliknya masih sabar menunggu kehadiran si comel sebagai penyeri didalam perkahwinan.

Baru-baru ini telah diadakan sambutan ‘Gender Reveal Hi-Tea’ atau acara minum petang bagi meneka dan meraikan jantina kandungan sulung Betty Rahmad yang merupakan adik kepada pengarah Erma Fatima dan pelakon Datin Paduka Umie Aida.Kemeriahan majlis tersebut diserikan dengan kehadiran rakan rapat dan rakan selebriti seperti Bella Dally, Sherry Ibrahim, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

Menerusi perkongsian video dan status yang dikongsikan di laman Instagram, Betty mengumumkan bakal menimang anak lelaki.

“Yeay its a BOY!
Alhamdulillah syukur Ya Allah for your blessings. Thank you semua yang selalu doakan for us. This is just for fun, tak kisah girl or boy yang penting sihat & selamat. Paling penting baby mummy kena ada hati yang baik & selalu happy. Doesnt matter boy or girl im sure semua orang akan sayang #bettyanddamisjunior ❤Thank you semua! Glad everyone had fun yesterday sampai mummy pun melompat lupa diri.

P/S: Kehadapan kakak-kakak dukunku, moral of the story hidup jangan terlalu confident.

“Nikmatnya Kurniaan Allah Kepada Perempuan Yang Mampu Mengandung..” Erma Fatima

Erma Fatima Kongsi Luahan Hati

Sementara itu, disebalik kesyukuran dan kegembiraan yang dikongsikan, Erma Fatima juga ada memuat naik sebuah video berdurasi 46 saat sekitar majlis tersebut didalam Instagram miliknya.Namun apa yang mencuri perhatian adalah kapsyen yang disertakan oleh Pengarah dan pelakon utama drama bersiri Mak Cun ini didalam video tersebut.

IKLAN

“Nikmatnya kurniaan Allah kepada perempuan yang mampu mengandung …9 bulan itu yang paling indah.Alhamdulillah adik aku mampu melahirkan zuriat buat suaminya..@ardydamis hang tak dak alasan nak menikah satu lagi naaaa.. Aku nak girl..tapi takpalah.. Syukur.”

Ramai yang mengetahui pelakon berusia 50 tahun ini belum pernah mengandung serta belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri. Malah pernah mengalami kegagalan perkahwinan sebelum ini. Luahan kapsyen yang ditulis Erma ini, mengundang sebak dikalangan para pengikutnya di Instagramnya.

Antaranya;

masmaira Allah sebaik-baik perancangan.Lebiu kak @ermafatima Share2 kasih sayang.

IKLAN

wanieyzahar Alhamdulillah..kite lak sebak @bettyrahmad…semoga di permudahkan segalanya.

sitirostanti Alhamdulillah saya doakan datin paduka umi aida pun dapat baby jugak.

norsalina9030 Kenapa aku sedih bace caption ni..anyway congrat..tak kesah girl or boy janji sehat…Aminn

IKLAN

mummymawa Nikmat kasih sayang adik beradik.Walaupun kakak belum dikurniakan zuriat sendiri.Masing-masing seronok dan teruja untuk mendapat anak saudara mereka..Tahniah family k.erma fatima..Moga dipermudahkan urusan bersalin, dikurniakan zuriat yang soleh.Best baby boy yang sulung, boleh jadi pemimpin pada adik-adik nanti.

cikmungerose I feel u Kak… Me & hubby almost 8 years nikah but Allah tak hadirkan nikmat tu untuk me.. Tapi Allah izinkan me jadi IBU buat #AqilFirdausMohdNizam.

rafila.akiko Sedihnya baca caption..saya pun TTC hampir 3 tahun ni…mesti seronok bila disahkan pregnant..dapat carry the baby for the 9 months…semoga selamat semuanya sis @bettyrahmad . Have a safe delivery..doakan saya plak dapat melalui pengalaman ini.

Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Betty Rahmat, semoga dipermudahkan segala urusan ketika bersalin nanti. Buat pasangan yang masih menanti kehadiran cahaya mata, teruskan berusaha dan jangan sesekali putus asa. Perancangan daripadaNya adalah sebaik-baiknya, dan ia akan berikan pada waktu yang dirasakan paling sesuai dan tepat buat kita.

Sumber: Erma Fatima

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI