makan laksa

Sejak tular pasal ada kes kematian makan laksa di Baling Kedah, ada penggemar laksa yang ragu-ragu nak order laksa.

Namun begitu, siasatan punca kes keracunan makan laksa di kedai Pak Cik itu akhirnya terjawab. Ini menurut kenyataan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang ditulis di laman Public Health Malaysia semalam.

Punca Kematian Makan Laksa

Sebelum ini terdapat laporan yang mempersoalkan tindakan siasatan yang di lakukan yang didakwa menjatuhkan perniagaan pengusaha.

Kini telah terbukti, kejadian keracunan makanan yang menyebabkan 2 kematian mangsa adalah berpunca dari mi laksa yang tercemar dengan kuman Salmonella.

Fast Fact
✅ Agen penyebab keracunan makanan ini adalah Salmonella enterica serovar Weltevreden
✅ Bakteria ini telah dikesan dalam sampel klinikal pesakit dan sampel mi laksa yang terlibat
✅ Proses penyediaan dan penyimpanan mi laksa yang tidak bersih antara PUNCA pencemaran bakteria
✅ Gerai menjual laksa yang terlibat telah ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit 1988 sejak 8 Oktober 2018

IKLAN

Berdasarkan hasil siasatan dan keputusan makmal, agen penyebab keracunan makanan ini adalah Salmonella enterica serovar Weltevreden.

Bakteria ini telah dikesan dalam sampel klinikal pesakit dan sampel mi laksa yang terlibat.

Siapakah Yang Mengahasilkan Mi Laksa tersebut?

IKLAN

Mi laksa yang di gunakan dihasilkan di premis pemprosesan mi laksa, milik pengusaha yang juga tuan punya gerai tersebut.

Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada kejadian keracunan makanan ini?

✅ Proses penyediaan dan penyimpanan mi laksa yang tidak bersih
✅ Suhu penyediaan mi laksa semasa pemprosesan
✅ Suhu pemanasan semula mi laksa sebelum dimakan tidak mencukupi untuk menyahkuman.

Apakah Tindakan Kepada Peniaga tersebut?

IKLAN

Kalau ikutkan gerai menjual laksa yang terlibat telah ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit 1988 sejak 8 Oktober 2018.

Malahan tuan punya gerai harus mengambil langkah-langkah pembaikan segera dengan memastikan semua keperluan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan keperluan Pihak Berkuasa Tempatan dipatuhi sepenuhnya.

Namun apa pun, tuan punya gerai terbabit juga telah dimaklumkan sekiranya semua keperluan ini dipatuhi maka premis ini boleh dibuka semula.

Haaa… moga penjelasan ini boleh tenangkan hati kepada penggemar laksa, selepas ini anda boleh makan laksa tanpa ragu-ragu lagi!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI