Bertuah sungguh empunya resit bank yang masih berbaki RM28k ini. Walau hujung bulan, masih ada sebanyak itu. Beruntung sungguh!
Ini cerita Ed Aswandi, yang mahu membuat pengeluaran duit di mesin ATM. Entah macam mana terfikir olehnya mahu selongkar tong sampah di sebelah mesin.
Lalu dia menemui kira-kira 10 resit bank. Dan salah satunya, ada baki RM28,633.70. Yang paling sedih, ditemui juga baki resit sejumlah RM8.13 sen.
Rupanya dari baki-baki resit bank itu, nanti boleh dibuat analisa tentang tabiat menyimpan orang kita ini. Mereka jenis dapat gaji simpan 10 peratus atau lupus terus beli barang harian.
Cerita Baki Resit Bank Dari RM8.13 Ke RM28,633.70
Alkisah semalam ada singgah di mesin ATM MeowwBank untuk withdraw duit belanja & untuk joli la sikit.
Biasanya ada tong sampah bersebelahan mesin ATM, biaselah korang dah tengok baki konfem buang punya resit dalam tong sampah.
Saja gatal tangan saya pergi belek sekeping dua resit baki akaun yang dibuang dalam tong.
Ads
Masyarakattt!!! kelakar pun ada, terkejut pun ada. Kebanyakan resit yang dibuang tu semua berbaki dalam RM100 ke bawah.
Paling sadis resit yang berbaki RM8.13 ni. Macam mana nak survive jika dalam bank baki hanya tinggal RM8.13 ni cer bagitau sikit.
Oh jammm kapla, andaikan gaji pada 28 haribulan, maka ada 8 hari lagi nak bertahan. Nampaknya kena hari-hari puasa sunat berbuka roti atau meggi lah nampaknya.
Baru je withdraw RM50 tu je last kopek yang boleh cucuk bawa keluar, mungkin RM50 tulah yang perlu bertahan sehingga gaji lagi 8 hari.
Kalau bujang takpe lagi atlest boleh la tahan sangap lagi. Tapi kalau ada anak bini.. apa lagi tebalkan muka korang gi la cekau pinjam lah dengan sesapa.
Dah kata kena savings at least 10% atau paling cikai pun 5% dari gaji pun ok lah dari tinggal belen RM8.13
Ads
Kalau susah sangat nak savings sendiri, buatlah cara force savings yang lebih berdisiplin seperti contoh pembiayaan ASB.
Kalau korang la baki dalam bank tinggal RM8.13, nak gaji lagi 8 hari. Macam mana nak belanja harian, makan & transport
Baki Dalam Bank Ada Lagi RM28,633.70
Dari posting baki bank tinggal RM8.13 itu ramai kenalan fb nya terkejut malah kasihan dengan empunya resit withdrawal itu.
Ads
“Saya pun baru tahu yang baki minimum kena ada dalam MeowBank sebanyak RM1. Sebelum ni baki minimum kena ada RM10. Maknanya empunya resit tu boleh la lagi keluarkan RM7 di kaunter.”
“Sebenarnya dalam waktu saya dok belek resit-resit dalam tong sampah tu.. rasa macam pengemis dah, nasib takde orang kalau tak malu wehhh. So dalam banyak-banyak resit tu ada 1 resit yang bakinya walau hujung bulan sebanyak.. Masyarakattt!!! RM28,633.70”
Cuba korang cakap akaun bank ni baru 1 yang tak pakai sangat, dia ada banyak lagi simpan duit di akaun bank lain berkepuk-kepuk.
Cuba korang cakap ala dia ni banyak kerja side income, bawa Grab dapat cash tak masuk bank ni. Ala dia ni awal bulan je mesti transfer ke akaun bank dia yang lain ni.
Kalaulah kenyataan tersebut sama macam kes resit semalam yang berbaki RM8.13 tu, tak boleh nak kata memang power lah empunya resit RM28k ni. Korang jangan nak mengaku lak yang resit ni korang punya saja tinggal kat tong sampah.
Dalam 10 resit, 9 resit baki bawah RM200 & hanya 1 resit baki RM28k. Ingat esok-esok ni nak mintalah bawa balik semua sampah resit untuk buat analysis baki simpanan dalam bank. Benda tak pernah orang buat la kita buat.
Mungkin dari situ kita boleh buat 1 statistics mengenai tabiat berapa ramai orang boleh menyimpan & berada banyak baki di tengah atau akhir bulan sebelum gaji masuk.
Kalau korang la baki dalam bank hujung-hujung bulan ni masih ada RM28,633.70, misalan nak gaji lagi 8 hari.. camna nak belanja harian, makan, transport & apa nak buat. Cer komen sikit.
“Itu Kediaman keluarga Bukan Rumah Saya Sendiri” itulah luahan penyanyi Marsha Milan apabila video kediaman keluarganya menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi netizen.
Bukan itu saja malah Marsha juga akui dirinya tidak mahu dianggap cuba menunjuk kemewahan kediaman mentuanya.
“Itu Kediaman keluarga Bukan Rumah Saya”
Marsha juga turut menyatakan kediaman adalah perkara peribadi dan tidak seharusnya menjadi tontonan ramai walaupun pihak yang merakam tidak mempunyai sebarang maksud tersirat.
“Sebenarnya, saya tak berapa senang, kediaman adalah privasi.
“Saya tak mahu dianggap cuba menunjuk-nunjuk atau nak pamerkan sudut mewah.
“Takutlah nanti jadi apa-apa. Lagipun, itu adalah kediaman keluarga dan bukannya rumah saya sendiri.
“Saya sedar berita ini tular, tapi saya tak nak ambil tahu atau baca,” ungkap Marsha seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Suami Pesan Hanya Boleh Rakam Bahagian Dapur Sahaja
Dek kerana kejadian itu juga, penyanyi kelahiran Sabah itu semakin berhati-hati malah suami juga turut berpesan jika ada yang ingin merakam kediaman hanya boleh di bahagian dapur.
“Suami pun ada berpesan, kalau boleh janganlah ada yang rakam video di kawasan atas. Kalau bahagian dapur bolehlah.
“Saya akui belajar sesuatu daripada kejadian ini, tidak semua benda kita boleh rakam.
“Saya tidaklah marah sebab rakan yang rakam, tetapi saya sudah minta padamkan hantaran berkenaan,” kongsi Marsha.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mungkin anda rasa pelik tetapi percayalah kalau ikut cara ini anda dah tak perlulah berpeluh bagai semata-mata nak gosok baju setiap pagi.
Cara ini agak membantu kalau anda jenis ibu yang bekerja, tambah pula kalau dapat suami yang memang harapkan anda selesaikan bab pakaian.
Namun jangan risau, anda boleh guna cara ini untuk pastikan baju tak berkedut tanpa menggunakan seterika. Haaaa… macam mana nak buat dan apa yang anda perlukan?
BAHAN-BAHAN:
Sehelai baju berkedut
Air batu
Mesin basuh yang ada pengering
Cara Senang Buat Mak-mak Yang Tak Rajin Gosok Baju:
Cukup masukkan baju dan 3-4 ketul air batudan tutup mesin basuh.
Set selama 10 minit dan biarkan baju berpusing bersama air batu di dalam mesin pengering.
Setelah itu keluarkan baju dan anda akan dapat hasil baju yang tak kusut!
Selama berpusing di dalam pengering, air batu akan meleleh dan menyebabkan baju jadi lembab dan kesannya lebih lembut dan fleksibel. Cara ini cukup unik dan banyak orang yang sudah pernah mencubanya.
Well… cuba dulu, siapa tahu kerja anda lebih mudah ya wanita!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengumuman pelaksanaan pemakaian kasut hitam buat semua murid sekolah bermula pada tahun hadapan, oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, pastinya mampu membuatkan mak-mak tersenyum lebar. Pemakaian kasut putih lebih cepat kotor berbanding menggunakan kasut hitam.Malah ia juga mengurangkan risiko mudah koyak apabila tidak lagi perlu dibasuh setiap minggu.
“Ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih. Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi,” katanya dalam sesi Bicara Minda Sihar Harian hari ini.
Selain itu Dr Maszlee berkata, kementeriannya komited untuk mengurangkan beban pelajar yang dilihat menggalaskan beg sekolah yang berat. Beliau juga berhasrat untuk menyaksikan pelajar sekolah menguasai lebih dua bahasa menerusi sistem pendidikan negara.
“Saya bertemu dengan Duta Finland baru-baru ini dan beliau berkongsi mengenai sistem pendidikan di sana. Katanya murid-murid di sana menguasai sekurang-kurangnya empat bahasa.
“Dengan itu, saya juga berhasrat dan komited untuk pelajar Malaysia menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa dalam masa lima tahun ini,” tambahnya
Dr Maszlee juga berkata beliau akan memastikan pelajar lepasan sekolah di Malaysia dilihat bertaraf antarabangsa.
Sementara itu, dalam forum tersebut ketika ditanya mengenai harapan beliau dalam tempoh lima tahun.Ini jawapannya;
1. Pelajar sekolah akan pakai kasut hitam bermula tahun hadapan.
2. Memastikan murid tidak lagi menggalas beg yang berat.
3. Jika di luar negara pelajar bersekolah 12 tahun dan terus ke universiti tetapi di negara ini pelajar belajar 11 + 2 tahun baharu ke universiti. Ini sebab sistem peperiksaan di luar negara bernilai tinggi dan digunapakai di seluruh negara. Kita sedang merancang untuk ke arah itu.
4. Sekolah kerajaan akan menjadi pilihan utama ibu bapa untuk hantar anak mereka ke sekolah.
Semoga pelaksanaan pemakaian kasut hitam anak-anak ke sekolah ini yang bermula pada tahun hadapan diharap dapat memudahkan kerja mak-mak daripada mencuci kasut anak-anak.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...