Siapa sangka, dalam keseronokan bermain atas tanah lapang sekumpulan kanak-kanak berdepan situasi panik apabila salah seorang daripada mereka “terbang”.
Dikatakan anak-anak ini sedang bermain, kerana layang-layang gergasi, kanak-kanak diterbangkan berbelas meter dari tanah.
Bermain Layang-layang Gergasi
Akibat bermain dengan layang-layang gergasi, seorang kanak-kanak di Sumatera, Indonesia patah tulang tangan selepas diterbangkan alat permainan itu.
Dalam kejadian tengah hari 1 Disember lalu, kanak-kanak berusia 12 tahun itu diterbangkan layang-layang ketika bermain di padang sekolah berdekatan wilayah Pringsewu, Lampung.
Menurut Ketua daerah Ambarawa, kanak-kanak itu tersangkut pada tali layang-layang itu sebelum diterbangkan berbelas meter dari tanah.
Kanak-Kanak Diterbangkan Berbelas Meter Dari Tanah
Abang sulungnya, Acil, 28, berkata, sebelum kejadian, layang-layang itu diterbangkan seorang adiknya yang lain manakala mangsa memegang talinya. “Dia memegang terus tali layang-layang itu menyebabkan insiden itu berlaku,” katanya dalam portal Coconuts.co.
Katanya, dia menemani adik-beradiknya itu ke padang berkenaan namun hanya menunggu dalam kenderaan.
Ads
Jatuh Atas Tanah Lepas Terbang
Agensi Perlindungan Kanak-kanak (LPA) Pringsewu mengesahkan mangsa mengalami enam keretakan di kedua-dua tangannya.
Ia selepas kanak-kanak itu terjatuh ke atas tanah dan kini dilaporkan semakin sembuh selepas menjalani dua prosedur pembedahan.
Susulan kejadian itu, LPA memberi amaran kanak-kanak harus bermain layang-layang yang sesuai dengan saiz badan mereka
Ads
Menurut agensi berkenaan, kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku.
Sebelum ini, remaja berusia 14 tahun di wilayah Bantul, Yogyakarta turut diterbangkan layang-layang setinggi 3.35 meter dari tanah, mengakibatkan pahanya patah.
MW: Mak, ayah sebaiknya memantau anak-anak yang bermain, bimbang sekiranya kejadian sebigini berlaku tanpa kita sedar. Maklumlah anak-anak hanya tahu mengejar keseronokan tanpa memikirkan kesan ke atas diri mereka.
Tragedi murid tahun tiga jatuh lubang kumbahan: kawan baik ziarah kubur Abdul Fatah setiap hari. Pemergian seorang murid Tahun Tiga yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu meninggalkan kesan mendalam buat rakan baiknya.
Tragedi Murid Tahun Tiga Jatuh Lubang Kumbahan: Kawan Baik Ziarah Kubur Abdul Fatah Setiap Hari
Sejak jenazah Abdul Fatah Khairol Rizal selamat disemadikan, sahabat karibnya, Qarnain, tidak pernah gagal menziarahi pusara arwah.
Beberapa keping gambar yang memaparkan Qarnain duduk di atas kerusi sambil meratapi kehilangan rakan sekelasnya itu tular dan menyentuh hati ramai.
Bapa Allahyarham, Khairol Rizal Mustafar, 42, berkata beliau sendiri terkesan dengan ketulusan persahabatan kedua-dua kanak-kanak itu sehingga memilih untuk memuat naik gambar berkenaan di media sosial.
“Gambar itu dikongsi oleh ayah Qarnain kepada saya dan melihatnya membuatkan saya sendiri sedih kerana anak sekecil itu sudah mengerti nilai persahabatan.
“Saya simpannya di TikTok supaya bila rindu, saya boleh tengoknya bila-bila masa,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Khairol Rizal, anaknya dan Qarnain bersahabat rapat sejak berada di Tahun Tiga kerana mereka duduk bersebelahan di dalam kelas. Hubungan itu semakin erat selepas berkongsi kelas yang sama.
“Saya juga ada jumpa guru kelas anak dan diberitahu tentang perubahan Qarnain yang dulunya agak aktif, tetapi sekarang lebih banyak diam.
“Saya faham dia berasa kehilangan arwah dan saya juga sudah beritahu ayahnya supaya beri motivasi dan semangat kerana bimbang kesedihannya berpanjangan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai tindakan lanjut terhadap pihak berkaitan berhubung isu penutup lubang kumbahan yang tidak selamat, Khairol Rizal memaklumkan beliau masih belum membuat keputusan.
Katanya, beliau dan isteri kini masih dalam fasa menenangkan diri dan menunggu laporan penuh hasil siasatan.
“Saya dan isteri tak fikir pun lagi. Saya tak tahulah akan datang, tapi buat masa ini kami dalam tempoh bertenang,” ujarnya.
Dalam insiden Sabtu lalu, Abdul Fatah dipercayai terjatuh selepas memijak penutup lubang kumbahan jenis fiber di kawasan sekolah kira-kira jam 9 pagi ketika acara sukan berlangsung.
Tragedi tersebut turut disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mohd Asna Amin.
Susulan kejadian, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan pihaknya akan mengambil tanggungjawab penuh bagi menjalankan siasatan terperinci.
Beliau turut memberi jaminan laporan lengkap siasatan akan disiapkan segera bagi memastikan tragedi seumpama itu tidak berulang lagi.
Selepas pelakon Puteri Aishah disahkan positif Covid-19, turut sama mengikuti team produksi drama Demi ke Inverness, Scotland adalah pelakon cilik Puteri Rayyana Rayqa Herda Banu Prasetiawan.
Dia yang disapa sebagai Rayqa ke Scotland ditemani ibunya, Norinsyira Muhamad yang juga merupakan pengurusnya.
MW menghubungi ibu Puteri Rayyana, Norinsyira atau Syira bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkhabaran ini.
“Semalam kami melakukan ujian saringan Covid-19, dan pagi tadi kami dimaklumkan keputusan kami berdua positif.
“Sekembalinya dari Scotland, saya dan Rayqa menjalani tempoh kuarantin di rumah berdua sahaja. Dalam tempoh itu saya minta suami ke rumah ibu saya.
“Setakat ini kami berdua tidak mengalami simptom batuk, demam dan juga selsema. Cuma semasa di sana, Rayqa demam dua hari dan kembali pulih selepas itu,” jelasnya. Ketika dihubungi MW Syira sedang mengemas pakaian untuk bersiap-siap ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Rayqa ketika melakukan ujian saringan Covid-19 semalam
Tolong doakan kami
Syira juga memohon orang ramai mendoakan dia dan anak tunggalnya itu diberi kesembuhan. Tambahnya lagi, mungkin ada sebab mengapa Allah memberinya ujian sebegini.
“Mungkin Allah ada sebab memberi ujian sebegini buat kami. Saya mohon orang ramai doakan kami berdua kembali pulih seperti sedia kala. Suami juga meminta kami jangan panik dan bertenang. Patuhi arahan seperti yang ditetapkan oleh pihak KKM. Sebagai ibu saya mahu ditempatkan bersama anak kami, maklumlah dia satu-satunya anak kami,”luahnya.
MW doakan Syira dan puteri tunggalnya itu segera sembuh dan kembali sihat seperti selalu hendaknya. Kami yakin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti segala kaedah dan rawatan terbaik bagi memulihkan semua pesakit Covid-19 negara ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Satu dos pun mak,ayah berkira-kira nak ambil ke tak, inikan pula enam dos sekaligus. Mahu pitam kalau mak,ayah yang terkena. Dikatakan insiden ini tak sengaja, seorang wanita telah disuntik enam dos vaksin sekaligus.
Mujur setelah dipantau pihak hospital, keadaan wanita yang juga petugas kesihatan stabil setakat ini.
Insiden Tak Sengaja
Seorang wanita berusia 23 tahun di Rom, Itali dilaporkan tidak sengaja menerima enam dos vaksin Pfizer BioNTech Covid-19, bukan satu seperti sepatutnya.
CNN melaporkan wanita itu bagaimanapun sudah dibenarkan keluar dari hospital cuma masih dipantau bagi melihat kesan sampingan terhadapnya.
Wanita itu diberikan vaksin melebihi dos sepatutnya di Hospital Noa,Tuscany, Itali, pada Ahad.
Seorang Wanita DiSuntik Enam Dos Vaksin Sekaligus
Perkara itu disahkan jurucakap hospital, Daniella Gianelli kepada CNN pada Isnin.
Menurut Gianelli, selepas insiden itu, wanita terbabit dirawat di hospital di bawah pemerhatian ketat selama 24 jam dan berada dalam keadaan stabil.
Difahamkan, petugas kesihatan secara tidak sengaja mengisi jarum suntik dengan sebotol vaksin yang mengandungi enam dos.
Petugas itu hanya menyedari kesilapannya sejurus selesai memberi suntikan.
“Dia melihat lima jarum suntik kosong dan menyedari kesalahannya,” kata Gianelli.
Tambah Gianelli, pesakit terbabit berhak mendapatkan vaksin sebelum orang lain dalam kumpulan umurnya kerana dia adalah pelatih di jabatan psikologi hospital.
Ia berikutan arahan Kerajaan Itali yang mewajibkan pekerja kesihatan mengambil suntikan vaksin tetapi ada yang tidak yakin doktor akan terus memantau tindak balas imun pesakit terhadap dos vaksin besar-besaran.
“Siasatan dalaman sudah dibuka dan menyatakan ada kemungkinan apa yang berlaku disebabkan kesilapan yang bukan disengajakan,” katanya.
Vaksin Wajib Di Itali
Pada awal April, pemimpin Itali mengeluarkan keputusan yang menjadikan vaksinasi wajib bagi semua pekerja penjagaan kesihatan dan farmasi, dengan tujuan melindungi kakitangan perubatan, pesakit serta golongan berisiko.
Pekerja penjagaan kesihatan yang menolak vaksin akan ditugaskan semula tetapi tidak membabitkan tugasan yang memerlukan mereka tidak bersentuhan dengan pesakit.
Ia bukan pilihan kerana mereka kini menghadapi penangguhan tanpa gaji.
Belum jelas apakah keputusan itu bersifat perlembagaan dan rata-ratanya percaya kemungkinan adanya kes undang-undang berkaitan vaksin pada masa depan.
Dalam pada itu, Itali menunjukkan perkembangan positif dengan penurunan angka Covid-19 selepas berbulan-bulan mencatatkan kadar jangkitan tertinggi di Eropah.
MW: Buat masa sekarang, tindakan terbaik adalah mengambil vaksin sebagai langkah berjaga-jaga. Lindung diri, lindungi semua.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Suasana sebak di Konvokesyen UniSZA apabila ibu terima skrol diploma arwah anak yang meninggal dunia dua minggu sebelum tamat pengajian – hadiah terakhir Airel buat ibunya.