Ujian Bertimpa, Makin Berusaha Makin Susah, Amalkan Doa GRED A Rasulullah SAW Baca

Apabila tuhan uji dengan masalah bertimpa-timpa. Berusaha untuk bebaskan diri dari kesusahan, makin juga susah, masalah datang tak surut. Hakikatnya, setiap ujian itu tuhan datangkan dengan penyelesaiannya.

Indah perkongsian Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz ini. Penyelesaian masalah dengan permohonan doa agar Allah SWT membimbing kita mengatasi masalah atau ujian hidup dengan husnul khatimah atau pengakhiran yang baik-baik.

Tuan-puan dimuliakan,
Pernahkah anda hadapi ujian & masalah, kemudian anda berusaha cari jalan keluar tapi alih-alih masalahnya tak selesai bahkan makin memburuk?

Saya pernah hadapi situasi tersebut.
Situasi bergelar ‘usaha jalan mati’. Kita dah cuba macam-macam cara tapi hidup makin susah. Hati makin stress. Tak tahu dah nak buat apa.
Buntu.

Sujud terakhir amalkan baca surah At-Taubah ayat 128-129, rezeki masuk tak putus.

Makin Berusaha, Makin Susah Hidup

Dan saya pernah minta nasihat dari tok guru, ‘Ya Syeikh, kenapa makin saya berusaha, makin susah jadinya?’

Lalu tok guru nasihat, ‘Bacalah Al-Quran. Tuhan ada beri pedoman berupa, masalah yang kita hadapi tak selesai bukan sebab kita tak berusaha tapi,
–> Sebab Allah tak tolong.

Saya terperanjat mendengar kata tok guru. Tapi lepas beliau jelaskan, saya makin faham. Tok guru kata, masalah yang kita hadapi sekarang tak kira besar atau kecil, semuanya boleh jadi besar, rumit & stress jika Allah tak bantu.

Andai Tuhan hulurkan bantuan, semua problem yang manusia rasa impossible nak settle pun boleh selesai. Contohnya banyak Tuhan share dalam Al-Quran seperti :
–> situasi getir Nabi Musa a.s. yang berhadapan ‘jalan mati’. Di belakangnya Firaun & tenteranya ready nak ‘sembelih’ group baginda sedangkan di hadapannya lautan terbentang luas. Tiada jalan keluar dah.

IKLAN

Tapi dalam keadaan getir itu, Nabi Musa kekal tenang kerana hatinya 100% taqwa & tawakkal kepada Ilahi. Dan kita semua tahu happy ending yang tidak disangka itu. Laut terbelah membentangkan ‘permaidani jalan keluarnya’ buat baginda.

Maka tok guru pesan, ketika kita berhadapan situasi mencengkam hidup, kuatkan 3 perkara :
– TAQWA. DampingiNya. Perbanyakkan istighfar.
– DOA. Berdoa dengan doa yang tepat,
– USAHA. Dalam masa sama, perbanyakkan cari penyelesaian & ikhtiar.

 

Ujian Bertimpa, Makin Berusaha Makin Susah, Amalkan Doa GRED A Rasulullah SAW Baca

Ini Doa ‘Gred A’ Rasulullah SAW Baca Keluar Dari Kesusahan

Dan tok guru kongsikan satu doa yang sangat cantik untuk kita amalkan. Doa ‘GRED A’ yang pernah Rasulullah s.a.w baca ketika baginda menghadapi tekanan hebat dari kafir Quraisy Mekah. Lalu Tuhan perintahkan untuk berhijrah ke Madinah.

IKLAN

Dan Allah s.w.t rakam doa tersebut dalam Al-Quran sebagai panduan untuk kita : jika situasinya lebih kurang sama, amalkan doa ini.

Percayalah, Tuhan akan kurniakan happy ending di hujungnya. Husnul khatimah seperti yang Rasul s.a.w kecapi. Selepas hijrah ke Madinah, dakwah islam tersebar luas. Dan 10 tahun kemudiannya, baginda berjaya memasuki semula Makkah dengan aman & damai.

Ini doanya. Terakam dalam Surah Al-Isra’, ayat 80 :
رَّبِّ أَدْخِلْنِى مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِى مُخْرَجَ صِدْقٍ وَٱجْعَل لِّى مِن لَّدُنكَ سُلْطَٰنًا نَّصِيرًا
‘Ya Rabb, masukkanlah aku dengan kemasukan yang benar dan keluarkanlah (pula) aku dengan cara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong’

Cubalah amalkan dengan TAQWA. Cubalah baca dengan TAWADHUK. Yakinlah dengan kekuasaan, Qudrah & IradatNya.

Jika dahulu Dia mampu ‘kuak’kan lautan membantu Nabi Musa,
Insyaallah, Dia mampu ‘kuak’kan masalah kita walau seluas lautan sekalipun.
Diharap dengan doa ini, ia bantu datangkan kesedaran bahawa masalah hanyalah setitik ujian sedangkan kita masih hidup di tengah belantara bahagia.
Moga hati lebih lapang dengannya, Amin.

IKLAN

Dalam masa sama saya nak mengajak kita jalankan ikhtiar menjemput bantuan Ilahi melalui usaha berkah iaitu BERSEDEKAH. Ulama banyak berpesan, dengan bersedekah, banyak urusan hidup jadi mudah. Apabila kita berkongsi kasih-sayang dengan orang lain (via sedekah), Tuhan lebih mudah kongsikan rahmatNya kepada kita.

What you give, you get back, 10 KALI GANDA dari Ilahi.

Peluang Bersedekah..

Saya ingin berkongsi peluang bersedekah ke tempat yg amat berkah. Kita sedekah/infaqkan Al-Quran kepada pelajar tahfiz. Pelajar-pelajar ni setiap hari mengaji. 24 jam tu depa buat amal soleh je. Doa mereka saya yakin lebih makbul.

Kita infaqkan Al-Quran untuk mereka guna mengaji setiap hari dan mohon anak-anak ni doakan kemudahan hidup kita dunia akhirat. InsyaAllah pahala mengaji depa ni akan kita perolehi berterusan hingga hari kiamat.

Kami ada menguruskan program waqaf Al-Quran kepada pelajar tahfiz seluruh Malaysia menerusi program infaq Ahlullah. Hampir 800 Al-Quran telah kami serahkan kepada beberapa maahad tahfiz. Anda boleh ikuti perkembangan penyerahan Quran waqaf tersebut di Fb khasnya : PROGRAM INFAQ AHLULLAH.

Jemput sertai waqaf Al-Quran kepada anak-anak bertuah ni. Moga ia menjadi ASBAB Tuhan mempermudahkan urusan kita bersama.

Klik Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz untuk dapatkan info waqaf Al-Quran.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI