Jelas Pakar Neurologi Hospital Glenegles Penang, Dr. Sathindren Santhirathelagan, insomnia adalah satu keadaan di mana penderita tidak mendapat tidur yang cukup untuk dirinya samada dari segi kualiti atau kuantiti.

Justeru penderita mendapati aktiviti seharian  mula terganggu dan tidak dapat berfungsi pada tahap sewajarnya.

Penderita mendapati samada dia tidak boleh melelapkan mata atau bangun terlalu awal atau kerap bangun di waktu tidur dan tidak dapat lelap semula.

Kenali Proses Tidur

Proses tidur adalah agak kompleks dan terdiri dari beberapa tahap tetapi secara umumnya dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu;

Tahap I – mengantuk

Tahap 2 mula lelap mata – mula bermimpi

Tahap 3 – REM sleep – bermimpi berterusan dan pada waktu ini berlaku pergerakan mata (Rapid Eye Movement)

IKLAN

Tahap 4 non REM – umpama tidur mati – badan lumpuh, jantung dan penafasan perlahan  – ini adalah tidur sempurna dimana badan rehat sepenuhnya dan otak dicergaskan dengan pembentukan neurotransmitter baru – seumpama stock taking and penggantian.

Proses ini berulang antara 4 hingga enam kali semalam

Apa-apa gangguan dalam proses ini akan membawa kepada proses rehat yang terbantut dan memberikan keadaan insomnia.

Bolehkah Penyakit ini Diubati?

Jelas Dr. Sathindren, pertama sekali puncanya harus disiasat. Penderita harus diperiksa dengan teliti untuk kehadiran penyakit lain atau keadaan kesihatan yang terjejas.

IKLAN

Tahap stres atau tekanan harus diambil kira dan stres yang boleh dielakkan harus dielakkan.

Sleep hygiene iaitu menyediakan suasana tidur yang selesa dan nyaman harus diamalkan iaitu tiada gangguan dalam bilik tidur seperti TV atau komputer atau telefon.

Pasangan tidur harus juga bekerjasama setakat yang boleh tanpa membuat bising dan kalau kuat berdengkur dan ini menjadi gangguan. Pasangan mungkin terpaksa tidur berasingan buat sementara sehingga keaddan ini boleh diatasi.

IKLAN

Minumlah susu suam atau chamomile tea sebelum tidur, elakkan merokok atau minuman keras. Makanan harus ringan dan mudah pencernaannya.

Banyakkan senaman dan aktiviti sihat.

Jangan menonton gambar yang menggerunkan atau menghairahkan sebelum tidur. Bacalah buku yang aman atau kitab, termasuk kitab agama sebelum tidur.

Ubat penenang ringan boleh diberi sebagai langkah terakhir dengan pengawasan doktor bertauliah untuk sementara waktu. Ubat tidur tidak digalakkan sama sekali kerana ubat ini kalau disalah guna akan memburukkan masalah insomnia.

Kunjungilah doktor untuk mendapat nasihat menyeluruh.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI