Ads

Wanita Ini Kongsi 10 Punca Suri Rumah Gagal Menyimpan

suri rumah

Ramai beranggapan suri rumah atau Stay At Home Mother (SAHM) sukar untuk menyimpan kerana tiada pendapatan tetap. Namun hakikatnya, masalah sebenar bukan pada jumlah duit, tetapi cara mengurus.

Menerusi satu perkongsian di Lemon8, seorang wanita berkongsi realiti yang sering berlaku sehingga menyebabkan suri rumah gagal menyimpan tanpa disedari.

Baca juga: Mak Ayah Kena Ada Simpanan Sendiri, Anak-Anak Bukan Pelaburan Hari Tua Kita

10 Punca Suri Rumah Gagal Menyimpan

Berikut antara punca utama yang menyebabkan suri rumah gagal menyimpan:

1. Ada Lebihan Duit Tapi Terus Berbelanja

Sepatutnya lebihan terus disimpan, bukan dihabiskan.

2. Berbelanja Tanpa Perancangan

Tiada senarai menyebabkan pembelian jadi tidak terkawal.

3. Simpan Duit Dari Baki

Sepatutnya simpan dulu, baru belanja. Ini kesilapan biasa yang buat suri rumah gagal menyimpan.

4. Beli Barang “Murah Tapi Kerap”

Barang kecil nampak sikit, tapi bila kerap, jumlah jadi besar.

5. Beli Tidak Ikut Keperluan

Akhirnya berlaku pembaziran, terutama barang cepat rosak.

6. Mudah Terpengaruh Dengan Sales

Scroll live sikit, terus “teracun” beli.

Ads

7. Tiada Bajet Bulanan

Duit keluar tanpa arah, punca utama suri rumah gagal menyimpan.

8. Gaya Hidup Melebihi Kemampuan

Nak ikut trend, tapi kewangan tak stabil.

9. Tiada Disiplin Simpanan

Ambil sikit demi sikit sampai saving jadi kosong.

10. Baki Kecil Tidak Disimpan

Padahal nilai kecil itulah yang membesar jika konsisten.

Baca artikel ini: Lima Anak, Masing-masing Ada Simpanan Emas, Begini Ayahnya Didik Dari Kecil

Cara Bijak Buat Simpanan Walaupun Suri Rumah

Walaupun ramai SAHM gagal menyimpan, sebenarnya ada banyak cara praktikal untuk mula menabung.

Ads

1. Simpan Lebihan Duit Dapur

Contoh, belanja RM80 daripada RM100, baki RM20 terus simpan.

2. Tetapkan Bajet

Asingkan belanja dapur, anak dan kecemasan.

3. Simpan Duit “Kopi”

Minta jumlah kecil harian, lebihan jadikan simpanan.

4. Tabung Syiling

Kumpul duit kecil seperti RM1 – nampak kecil, tapi konsisten.

5. Bijak Susun Perbelanjaan

Cari alternatif lebih murah tanpa mengurangkan fungsi.

Ads

5 Lagi Cara Tambahan Yang Ramai Tak Sedar

6. Simpan Duit “Tak Nampak”

Duit raya, hadiah atau duit extra jangan campur dengan belanja harian.

7. Asingkan Side Income

Kalau ada pendapatan kecil, jadikan ia simpanan.

8. Simpan Di Akaun Susah Keluarkan

Contoh Tabung Haji, ASB atau emas.

9. Semak Semula Perbelanjaan

Kenal pasti mana boleh jimat.

10. Auto Deduct

Walaupun RM10 sebulan, konsisten akan bantu elak suri rumah gagal menyimpan.

Realitinya, Simpanan Bukan Tentang Banyak

Ramai fikir perlu duit besar untuk mula menyimpan. Hakikatnya, yang penting adalah disiplin.

Masalah utama kenapa suri rumah gagal menyimpan bukan kerana tiada duit, tetapi kerana tiada sistem dan konsistensi. SAHM juga mampu ada simpanan sendiri jika tahu cara mengurus kewangan dengan bijak.

Mulakan dengan langkah kecil hari ini kerana sedikit demi sedikit, ia mampu mengubah masa depan kewangan anda.

Jangan tunggu ada duit banyak, ubah cara dahulu supaya tidak lagi anda gagal menyimpan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

sheila rusly

Sheila Rusly Terkejut Jiran Depan Rumah Perompak, 12 Tahun Duduk Gated...

Sheila Rusly terkejut apabila jiran depan rumah rupanya perompak walaupun tinggal di kawasan gated & guarded selama 12 tahun. Ini kisah yang membuka mata.