Setiap wanita sangat mementingkan penjagaan kulit wajah. Pantang kulit wajah ditumbuhi jerawat, jeragat mahupun nampak kusam, pasti akan mencari jalan penyelesaian bagi mengembalikan serinya.
Begitu juga rutin penjagaan yang wajib tidak mencukupi jika tidak menggunakan pemakaian masker sekurangnya seminggu sekali ataupun 2-3 kali seminggu seperti yang disarankan.
Kulit Wajah & Kesesuaian Masker
Terdapat pelbagai formula, bahan dan jenis masker yang boleh kita cuba untuk mendapatkan kulit bersih dan berseri. Tapi kenalah pastikan ia bersesuaian dengan kulit wajah anda.
Malah, masker wajah kerap digunakan untuk memberikan nutrisi pada kulit wajah sekaligus membersihkan wajah dari kotoran dan kulit mati.
Antara jenis masker yang boleh membantu anda untuk merawat kulit wajah ialah:
1. Sheet Mask
Ia berbentuk lembaran tisu atau kapas dengan lubang di bahagian mata, hidung, dan bibir. Sheet mask sangat baik bagi anda yang memiliki kulit kering dan semua jenis kulit pun boleh menggunakannya.
Cara penggunaannya juga mudah. Anda hanya perlu tampalkan masker wajah ini di kulit setelah mencuci muka, biarkan selama 15–20 minit agar kandungannya dapat meresap ke dalam kulit.
2. Peel off mask
Masker ini berbentuk gel atau krim dan biasanya akan mengering dalam masa beberapa minit selepas dioleskan pada kulit wajah. Apabila masker itu kering, ia akan berubah teksturnya supaya menjadi elastik. Masker ini membantu untuk membuang minyak, kotoran dan sel kulit mati. Walau bagaimanapun, masker ini tidak disarankan pada anda yang mempunyai kulit sensitif.
3. Exfoliating mask
Jenis masker wajah ini diformulasikan untuk membuang sel kulit mati. Bahan aktif yang digunakan untuk perawatan kulit adalah dari bahan AHA, BHA, retinol dan asam laktat. Manakala bahan semulajadi pula dari kopi, gula, atau oat.
4. Sleeping mask
Teksturnya berbentuk krim atau gel yang digunakan dengan cara disapukan pada seluruh kulit wajah. Biarkan masker mengering dan menyerap pada kulit. Masker ini biasanya dibersihkan pada keesokan pagi. Sleeping mask mampu melembapkan kulit lebih baik dibandingkan dengan krim malam.
Rasai Kulit Baharu Dengan WonderLab Bel-aek Ageless Bubble Mask
Salah satu masker yang mesti cuba yang kini berada di pasaran adalah WonderLab Bel-aek Ageless Bubble Mask. Ini salah satu produk kecantikan yang kita boleh pakai 2-3 kali seminggu sekaligus memberi kesan yang lebih baik untuk penyerapan dalam kulit kita.
Dengan hanya sapukan bubble mask, ia membantu mengeluarkan segala kotoran dan membersihkan pori-pori pada kulit wajah anda. Ia juga adalah masker buih yang menakjubkan dan gelembung berbuih melalui proses pengoksigenan.
Antara lain kebaikan dan manfaat yang boleh memberi efek positif apabila menggunakan bubble mask.
a) Membersihkan secara mendalam untuk membantu mendapatkan kulit lebih cerah dan anjal.
b) Rasai keistimewaan dalam penggunaannya 3 dalam 1 iaitu formulasi gel-ke-buih, hanya gunakan masker selama 3 minit dan detoks kulit.
c) Paling penting, bahan utama yang terkandung dalam WonderLab Bel-aek Ageless siri ialah Trio Black Complex dan bahan tambahan dalam WonderLab Bel-aek Ageless Bubble Mask ialah Ekstrak Biji Moringa, yang bertindak sebagai koagulan untuk membersihkan dan menghilangkan kekotoran dan arang asli, yang membantu menyerap kotoran.
Cara Menggunakan Bubble Mask
1. Sapukan jumlah yang secukupnya pada kulit wajah yang bersih dan kering. Elakkan daripada terkena pada bahagian mata dan bibir.
2. Biarkan selama 3-5 minit. Kemudian, barulah urut perlahan-lahan dengan air.
3. Bilas dengan air suam.
4. Teruskan dengan rutin penjagaan kulit anda.
WonderLab Bel-aek Ageless Bubble Mask ini juga boleh membantu untuk membersihkan kulit secara mendalam, ia juga menyelitkan kulit dengan oksigen dan mencapai hasil yang mencerahkan serta menegangkan!
Selain daripada itu, masker akan berbuih atau membentuk buih akibat proses pengoksigenan yang menggalakkan penjanaan semula sel untuk kulit berseri dan menyegarkan kulit wajah yang kusam.
Dapatkan Segera!
Hanya 3-5 minit penggunaannya sudah membuatkan kulit anda seperti kulit baru. Jadi, kenapa perlu tunggu lagi? Dapatkan segera WonderLab Bel-aek Ageless Bubble Mask ini kerana terdapat tawaran istimewa menanti anda. Setiap pembelian ini anda akan mendapat:
READY, GLOW, HOLIDAY SET – RM298
Beli WonderLab Bel-aek Ageless Bubble Mask + WonderLab Bel-aek Ageless Sleeping Mask PERCUMA WonderDewi Cica Sunscreen.
Jangan lepaskan peluang dan dapatkan segera WonderLab Bel-aek Ageless Bubble Mask di WonderLab Store atau hubungi Ejen WonderLab untuk maklumat lanjut.
Untuk maklumat lanjut, ikuti:
WonderLab Facebook: https://www.facebook.com/WonderLabOfficial dan
WonderLab Instagram: https://www.instagram.com/wonderlabofficial/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI