Ini adalah cara guna sheet mask dengan betul agar kulit lebih lembap dan ‘toink-toink’ bila bangun pagi. Tetapi jangan salah gaya pakainya, ya! Haaa… sekarang kena semak semula, adakah cara yang anda semua gunakan sekarang ini betul?
Cara Guna Sheet Mask Dengan Betul
Sebenarnya ramai yang yang masih keliru macam mana nak pakai sheet mask dengan betul. Ada yang tertanya-tanya:
“Pakai mask ni sampai kering ke?” “Kalau pakai malam bawak tidur boleh ke?” “Lepas pakai sheet mask kena basuh muka ke tak?”
Jadi jom belajar pakai dengan cara yang tepat menerusi perkongsian Amyra Zamri Sebelum itu, sheet mask sebaiknya disimpan didalam peti sejuk untuk mendapatkan effect lebih segar semasa memakai sheet mask dan pastikan sebelum buka, picit-picit seluruh paket untuk memastikan penyerapan penuh pada seluruh permukaan mask.
Ads
Jangan Pakai Sampai Kering & Bawa Tidur
Jadi ini adalah cara memakai sheet mask yang betul:
Ads
1. Mencuci muka dengan cleanser terlebih dahulu.
2. Apply toner atau essence.
3. Pakai sheet mask selama 15-20 minit sahaja. Lepas tanggal mask, tak perlu basuh muka.
4. Memakai moisture.
5. Memakai sunscreen (Waktu siang sahaja. Kalau malam tak perlu sunscreen).
Perubahan karakter dek kerana bertambah anak, penyanyi wanita iaitu Syasya Rizal mengakui ada perubahan yang berlaku pada dirinya terutama selepas melahirkan anak keduanya.
Menurut Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, dia kini lebih tegas dan teliti berbanding dahulu.
Ini kerana dia mahu memastikan keselamatan kedua-dua anaknya terjamin.
“Saya rasa memang ada perubahan itu sebab orang yang mengenali saya pasti perasaan perubahan ini kerana sebelum kahwin atau anak pertama dulu saya agak manja sikit.
“Tapi berbeza untuk anak kedua ini saya lebih tegas dan teliti sikit daripada segi percakapan, bila tengok video, saya memang perasaan perubahan itu.
“Saya jadi macam ni sebab mahu pastikan keselamatan anak-anak terjamin kerana nak anak tu selamat,” ceritanya lagi.
Berubah karakter selepas lahir anak kedua ini berkait dengan tanggungjawab sebenarnya. rasa lebih mencabar. Bila kedua anak menangis, akan stress sedikit. Dan perubahan yang dilaluinya ini, suami yang perasan dulu. Sebab jadi bebel tak berhenti.
Untuk perkembangan terkini, dia dan suaminya masing-masing sibuk mencari rezeki. Tidak menolak rezeki masuk, Syasya terima job yang masuk walau anak masih kecil. Kerana baginya itu semua rezeki yang Allah sudah aturkan, jadi dia terima dengan hati terbuka.
Soal masa pula, tiada masalah kerana sesekali anak dijaga oleh neneknya.
Haaa.. ini sebenarnya tidak pelik, mak-mak akan berubah karakter selepas pertambahan anak. Itu baru dua ya, yang lebih daripada lima orang anak, lagi lah!
Jadi jangan pelik kalau mak-mak hilang manjanya bila anak makin ramai, suami kena faham situasi ini.
Trip percutian di Vietnam bertukar jadi duka selepas isteri diserang sawan secara tiba-tiba dan kini masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Nhan Dan Gia Dinh.
Mohd Jamri, 40, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah berkata, isterinya, Rohana Joseph, 34, dimasukkan ke hospital berkenaan akibat diserang sawan sebelum solat Subuh kira-kira jam 4 pagi, Selasa lalu iaitu pada hari mereka sepatutnya berangkat pulang ke tanah air.
Menurut Mohd Jamri, sehingga kini, Rohana belum sedarkan diri tetapi dalam keadaan stabil.
Bagaimanapun, Mohd Jamri mahu isterinya dibawa pulang ke tanah air kerana bimbang tidak mampu membayar bil hospital di Vietnam memandangkan dia sudah kehabisan wang simpanan.
“Saya dan isteri buat percutian ke Vietnam bermula 16 hingga 21 April lalu. Ikutkan ini adalah trip percutian isteri dan rakannya, tetapi dia ajak saya ikut bersama.
“Sepanjang tempoh percutian ke Ho Chi Minh, isteri sihat dan tak tunjukkan tanda akan sakit atau mengadu sakit kepala. Namun, dia diserang sawan pada hari kami nak balik ke Malaysia. Sepatutnya nak bertolak ke lapangan terbang jam 8 pagi kerana tiket penerbangan jam 1 tengah hari, tapi tak jadi pulang kerana isteri dimasukkan ke hospital.
“Mungkin Allah SWT sudah takdirkan saya ikut sama untuk ada dengan isteri waktu dia memerlukan,” katanya.
Bercerita lanjut, Mohd Jamri yang bekerja di Majlis Sukan Negeri Sabah berkata, buat masa ini, dia masih berada di hospital tetapi hanya dibenarkan melawat isteri sekali sehari.
Menurut Mohd Jamri, dua anaknya yang berusia empat dan tujuh tahun kini di bawah jagaan keluarganya dan mentua.
“Saya tak boleh menemani isteri setiap masa kerana waktu melawat jam 6 petang hingga 7 malam saja. Itu pun kena masuk wad macam biasa tapi kena pakai pelitup muka. Berat ujian ini tapi saya kena kuatkan mental dan cuba untuk reda.
“Buat masa ini, saya tiada maklumat berapa jumpa bil hospital perlu dibayar kerana hanya akan tahu selepas dibenarkan keluar nanti. Namun, semakin lama di sini, bil akan lebih tinggi memandangkan isteri bukan orang tempatan,” katanya.
Mohd Jamri berkata, pihak hospital tiada halangan untuk membenarkan isterinya dibawa pulang ke tanah air.
“Cuma saya sebagai suami dan waris terdekat kena tanggung risikonya. Saya sedia dengan segala kemungkinan asalkan isteri dibawa pulang ke tanah air bagi meneruskan rawatan di sana. Minta jasa baik orang ramai untuk mendoakan isteri saya supaya kembali sembuh,” katanya.
Menurut Muh Mukhtar, kos untuk membawa Ruhana pulang dianggarkan sekitar USD 5,000, belum termasuk kos penerbangan jumlah yang terlalu besar untuk ditanggung seorang diri dalam keadaan begini.
Jika kita tak mampu nak menyumbang kita juga boleh doakan kemudahan mereka dalam masa yang sama kita sebarkan kisah memilukan ini.
Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB bernombor 7079522163 atas nama Mohd Jamri Herry.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Betty Banafe luah kebimbangan, anak lelaki dihasut membenci ibu setiap kali balik dari rumah bekas suami. Kemelut berpanjangan antara pelakon Betty Banafe dan bekas suami sekali lagi menjadi perhatian apabila Betty tampil berkongsi situasi anak lelakinya, Bruce Dean Dargus, 10 tahun yang memberontak kerana telefon bimbitnya “disimpan” olehnya.
Betty Banafe Luah Kebimbangan
Tulisnya, inilah trauma dilalui oleh anak depression atas hasutan bekas suami untuk membenci ibunya.
Dalam video sama, Julia Claire Dargus, 13 dilihat membela ibunya termasuk menyuruh adiknya itu meminta maaf kepada ibu mereka ekoraan kata-kata dilemparkan ketika memberontak.
Kata Betty, tujuan dirinya berkongsi situasi anak-anak kerana konflik antara dirinya dan bekas suami termasuk hak jagaan sudah berlanjutan terlalu lama.
“Sekadar pengajaran bukan untuk membuka aib. Ada banyak lagi video sebegini. Moga ini dapat memberi pengajaran dan kesedaran perkara baik dan buruk yang dilakukan oleh kita sebagai orang dewasa kepada anak anak. Dari seawal umur 3 tahun umur lagi Dean dan Julia 5 tahun diasak dengan cerita-cerita negatif tentang kami sekeluarga.
“Apa yang anak-anak pinta hanya kasih sayang yang tulus dan perhatian yang baik. Bukan di eksploitasi dan dimanipulasi. Cukup-cukup la. Kesian Dean yang mengalami delay of speech dan hanya baru bertutur dengan baik ketika darjah 1. Dan tahun tersebut baru boleh bertutur dengan jelas,” katanya dalam hantaran terbarunya.
Menerusi hantaran sama, Betty menegaskan situasi yang berlaku bukan perkara baharu, sebaliknya sudah berulang kali terjadi hingga melibatkan tindakan undang-undang dan rawatan pakar.
“Perkara begini sudah berulang kali berlaku. Laporan polis atas hasutan dan mental health anak sudah berkali-kali. Aduan ke mahkamah juga sudah dibuat.
Kami turun naik hospital untuk bertemu dengan doktor psikologi dan psikiatri di Hospital Kuala Lumpur untuk Julia dan Dean. Anak-anak ini mengalami gangguan emosi dan depresi yang teruk,” luahnya.
Menurut Betty, perubahan emosi kedua-dua anaknya didakwa berlaku setiap kali mereka pulang daripada bertemu bapa atau dari rumah keluarga sebelah.
“Setiap kali pulang dari rumah atuk nenek, juga ketika bertemu bapanya ataupun bertelepon bapanya, pasti jadi rosak ketenangan mereka untuk hidup normal seperti kanak-kanak lain,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Betty turut membangkitkan isu melibatkan telefon bimbit yang didakwanya dibeli oleh bekas suami, yang menurutnya menjadi antara punca perubahan sikap anak-anaknya.
“Telefon itu bapa dia beli… bila kasi telefon, saya rasa sedih, seperti simpan musuh dalam rumah. Jadi mata-mata bapa dia, hantar information tentang saya… lepas itu nanti saya terima saman syariah dari bapanya,” katanya.
Luahan itu diakhiri dengan persoalan yang mencerminkan kegusaran seorang ibu terhadap masa depan anak-anaknya.
“Sampai bila nak rosakkan minda mereka dengan negativity? Rosakkan hati mereka dengan dendam kesumat juga keegoan?” soal Betty.
Sebelum ini, konflik antara Betty dan bekas suami turut mencetuskan perhatian umum apabila anak sulungnya, Julia, dilaporkan enggan pulang mengikut bapanya dalam satu insiden yang tular di media sosial.
Dalam rakaman yang mendapat perhatian ramai, Julia dilihat meluahkan keletihan emosi selepas berdepan konflik keluarga yang berpanjangan selain menyatakan keinginan untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang.
Perkongsian tersebut memberi gambaran awal mengenai tekanan emosi yang dialami oleh anak-anak dalam situasi konflik ibu bapa yang berlarutan.
Berdasarkan luahan terbaharu ini, kebimbangan Betty jelas tertumpu kepada keadaan mental kedua-dua anaknya yang didakwa semakin terkesan.
Walaupun konflik antara ibu bapa masih berlanjutan, isu yang lebih besar kini adalah kesan jangka panjang terhadap emosi anak-anak yang sedang membesar dalam situasi penuh tekanan.
Dalam hal ini, persoalan yang dibangkitkan Betty menggambarkan keresahan seorang ibu tentang sampai bila anak-anak perlu berdepan keadaan yang menurutnya menjejaskan kestabilan emosi mereka.
Dalam diam, konflik orang dewasa ini dilihat terus meninggalkan kesan kepada dua jiwa yang masih membesar.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Teruja melihat pengantin perempuan mengundi hari ini, tetap meluangkan masa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.