Rakyat di negeri Kelantan hari ini berduka, susulan ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, pada jam 8.11 pagi tadi.
Menurut laman Facebook Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan Al-Muhammadi, jenazah Al-Marhum Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk Istiadat Penghormatan terakhir dan dijangka Istiadat Pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu.
Etika Berpakaian
Dalam entri Facebook tersebut turut disertakan etika berpakaian untuk penghormatan terakhir tersebut.
Ads
“Etika berpakaian untuk kerabat Diraja adalah berbaju Melayu putih, bersamping putih, songkok hitam beralas kain putih di atas dan baju kurung putih bagi perempuan.
“Manakala etika berpakaian untuk orang awam ialah berbaju Melayu putih, bersamping putih, bersongkok hitam beralas kain putih dan baju kurung putih bagi perempuan,” tulisnya.
Ads
Cuti 2 Hari
Sementara itu, Kerajaan Kelantan mengisytiharkan tempoh berkabung bermula hari ini dan cuti selama dua hari bermula esok bagi menghormati kemangkatan ayahanda Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra pagi tadi.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, cuti diberikan pada hari Ahad dan Isnin ini iaitu selama dua dan perkabungan juga akan bermula pada hari ini.
Ads
“Almarhum Sultan dijangka dikebumikan hari ini selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Diraja Langgar,” katanya kepada pemberita di sini.
Ahmad Yakob (tengah) selepas sidang akhbar di Kompleks Kota Darul Naim di sini.
MW: Merafak sembah dan ucapan takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Kelantan atas kemangkatan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh almarhum.
Isteri Dr Say, Dr Azura Abas sudah pun selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.3kg di Subang Jaya Medical Centre (SJMC). Dr Shazril Shaharuddin yang lebih dikenali sebagai Dr Say berkongsi bayi dan isteri yang bersalin secara caeser sudah dibenarkan pulang.
Bagaimana pun, dia perlu berdepan kemungkinan membayar bil bersalin dalam anggaran RM10,000 ke RM15,000. Sebaik bil diperoleh, jumlah sebenar rupanya mencecah RM20,000.
Resah betul nak sampaikan berita itu pada isteri. Sebolehnya tak mahu isteri tahu. Akhirnya bila dapat tahu, isteri pula rasa bersalah sampai berjurai air mata. Dan ini cara Dr Say pujuk dan tenangkan hati isteri.
Duit Boleh Dicari, Kebahagiaan Tak Boleh Diganti
Setelah 4 hari warded, harini bini dan baby saya dibenarkan pulang. Bersalin di hospital swasta lagi-lagi operation caesar, saya boleh agak-agak kosnya yakni dalam RM10k-15k. Tapi bila jumlah bil sebenar dibisik ke telinga saya, terduduk saya dibuatnya bang. RM20k total.
Saya jadi resah memikirkan bagaimana saya nak sampaikan nombor kepala 2 ni kepada bini. Bini start pushy-pushy tanya berapa bil, saya tewas dengan desakannya dan dengan berat hati saya sampikan berita nombor kepala 2 tu kepadanya.
Berjurai air mata bini, dirasakan nombor kepala 2 tu semua salahnye. Dirasakan dirinya tidak layak sehinggakan dia tak dapat melahirkan baby kami dengan cara normal.
Saya tenangkan bini “unny cube fikir balik, dengan 20k ni lah u berjaya gave birth to something yang teramat mustahil tuk kite dapatkan. Moreover cube u bayangkan couples yang trying to get baby, buat IVF easily dah cost around 15k so bil kite all in 20k, is ok.” Biniku berjaya ditenangkan.
Mungkin ada yang berfikir, “tula sape suruh bersalin SJMC, tu hospital orang-orang berado je tu.”
Tapi given baby’s circumstance (tali pusat ketat di leher) dan komplikasi bini previously (pernah operation explorative laparotomy for burst appendicitis), SJMC was d right place.
Kepada yang mengenali kami mungkin tau kenape baby kami ni merupakan satu keajaiban buat kami. Kepada yang baru mengenali kami, meh saya simpulkan dalam satu part.
Saya dan bini berkahwin sejak 2014. Kami mengamalkan lifestyle yang agak sihat namun begitu kami tidak dikurniakan rezeki dari-Nya sehinggalah tanggal 10 Ogos 2018 pabila bini saya disahkan mengandung. Masa tu memang kami happy ke langit sebab yelah dekat 4 tahun kami menunggu.
Tup tap masa 27 minggu mengandung, bini saya mengalami pendarahan yang agak teruk sehingga dimasukkan ke wad. Happy ke langit kami kini bertukar suram menjulam kerana punca utama pendarahan tidak dapat diketahui walaupun baby aktif bergerak dan bini tak mengadu kesakitan.
Pregnancy diteruskan dan Alhamdulillah tiada lagi pendarahan. Namun begitu jatuh ditimpa tangga kami tidak berakhir di situ.
Tiba-tiba Denyutan Jantung Baby Merudum..
Due date baby lahir sepatutnya 17 Mei 2019. Tiba-tiba air ketuban bini pecah sedikit awal on 5 Mei 2019 which is normal, cumanya tiba-tiba denyutan jantung baby merudum dan tuk mengelakkan baby lemas, pembedahan emergency cesarean harus dilakukan secepat mungkin. Semasa operation didapati tali pusat mengikat leher baby kami teramat ketat tapi baby kami berjaya diselamatkan.
Sepatutnya end of story la kan? No peeps, mase tengah operation tu jugak, pakar menemui banyak lekatan di organ-organ dalaman bini disebabkan bini saya pernah undergo operation tuk burst appendicitis mase dia berumur 17 tahun.
Pakar sendiri terkejut akan bagaimana bini saya boleh hamil kerana lekatan terlalu teruk yang menganggu anatomi saluran peranakkan bini.
Kalau korang rase ni tak ckup miracle, tak tau nak cerita camane lagi dah. Syukur Alhamdulillah yang teramat sesangat kepada Allah atas pemberian terbesar dalam hidup kami ni. Sebenarnya kalau baby kami girl, memang kami nak namakan dia Mireille (miracle in French), tapi sebab boy nama tak abis pikiaq lagi huhu.
Syukur alhamdulillah begitulah diucapkan oleh usahawan selebriti dan juga bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim apabila dia dan anak perempuannya Wan Maryam telah bebas daripada virus Covid-19 dan dibenarkan keluar daripada hospital.
Ibu tunggal ini dan anak kesayangannya telah disahkan positif pada tanggal 3 Januari lalu, ketika itu mereka menjalani rawatan dan kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Berkongsi kisah terbaru mereka menerusi sesi soal jawab di Insta Stories, Mawar memanjatkan rasa bersyukur apabila dia dan anaknya sudah sihat sepenuhnya. Tambah Mawar lagi ayahnya juga semakin pulih.
“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kalian semua yang sentiasa mendoakan Double M (Mawar dan Maryam) dan keluarga saya.
“Saya rasa terharu atas doa-doa kalian yang banyak memberi semangat kepada saya dan keluarga. Walaupun mungkin kita tidak pernah kenal atau pernah jumpa.
“Semoga kita semua dalam keadaan yang baik untuk permulaan 2021,” luahnya.
Alami Demam Panas Sebelum Positif
Sebelum disahkan positif virus merbahaya ini, Mawar pada awalnya mengalami demam panas. Manakala puteri kesayangannya pula tidak mempunyai sebarang simptom.
“Bermula sebelum tahun baru, saya dah rasa demam segelah empat tahun tidak demam. Alhamdulillah.
“Di situ bermulanya. Mula ingat biasa-biasa dan Maryam pun tak ada tunjuk apa-apa simptom. Mula hari ketiga, dah mula rasa pelik juga dan pergi buat swab test.
“Maryam hanya demam setelah dimasukkan ke hospital. Saya pula, tak tahu nak cerita macam mana, tetapi lain orang lain rasa.
“Ketika rasa sesak nafas dan sakit kepala sekali gus datang sampai otak terasa biul (tak betul). Tapi tetap control cun depan keluarga sebab tak mahu keluarga saya risau,” tulisnya.
Sewaktu sesi soal jawab Mawar ditanya sewaktu kuarantin, makanan apa yang diambil?
“Saya makan macam-macam walaupun deria rasa sudah hilang. Tapi pada saya lebih bagus makan makanan yang sihat. Saya amalkan pengambilan suplemen seperti Vitamin C, Omega 3, Habatus Sauda, minyak zaitun, multivitamin, air kelapa tanpa gula, lemon dan orange”.
Berapa lama ya hilang deria rasa dan bau?
“Allah… yang pertama saya doakan semuanya baik-baik saja. Makan ubat macam biasa ya. Saya deria rasa dan bau almost 10 hari tapi depends orang lain. Cuma bila deria bau hilang sampai ke otak sakit. Sampaikan Maryam buang air besar pun tak bau apa pun dan tak sedar sampai Maryam beritahu,” kongsinya lagi.
Bawa anak-anak bersendirian ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah adakalanya merupakan satu cabaran. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi yang tidak terjangka.
Bayangkan ketika berada di kaunter pembayaran pasaraya baru perasan tak bawa beg duit.Apatah lagi bila bawa anak-anak yang mula nak meragam dengan barang yang banyak, memang kalut dibuatnya! Hanya berjiwa mak-mak sahaja yang memahami keadaan ini.
‘Kerana Saya Seorang Ibu’
Baru-baru ini, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengesahkan laporan bahawa beliau telah membayar barang keperluan harian yang dibeli seorang wanita, di sebuah pasar raya.
Pada awalnya beliau enggan mengulas mengenai insiden yang didedahkan di media sosial itu.Namun, ketika ditanya mengenai perkara itu, pada satu majlis di sini, hari ini, Ardern dengan pantas menjawab: “Kerana saya seorang ibu”.
Bayar Barang Dibeli
Insiden itu didedahkan oleh seorang pengguna Twitter, Helen Burness yang juga rakan kepada wanita terbabit.
Kejadian berlaku selepas ibu kepada dua anak yang sedang beratur di kaunter bayaran di hadapan Ardern, menyedari bahawa beliau tidak membawa dompetnya.
“Ardern membayar barang yang dibeli rakan saya di sebuah pasar raya ketika beliau terlupa membawa dompetnya dan ketika itu, dua anaknya sedang menjerit.
“Insiden ini menyebabkan kita lebih menyayanginya (Ardern),” kata Burness di Twitter.
Perdana menteri berusia 38 tahun itu, melahirkan seorang perempuan Neve pada Jun lalu. Ardern menerima banyak pujian selepas kejayaannya mengendalikan serangan dua masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu.
MW: Murninya dan baiknya hati Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern ini. Sangat memahami situasi ‘kecemasan’ dan tak terjangka sebegini dan meletakkan dirinya sebagai sebagai seorang ibu juga.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.