Mulanya Nur Zahira Zahir tercari-cari syarikat umrah yang boleh dipercayai untuk menunaikan umrah bersama keluarganya pada tahun hadapan. Mungkin sudah tercatat rezekinya, Nur Zahira memenangi cabutan bertuah anjuran Nuh Travel & Tours Sdn. Bhd.
Sempena majlis ini, Nur Zahira merupakan antara 30 orang pelanggan setia yang menerima hadiah cabutan bertuah sempena majlis Tea, Treats & Treasures bagi menghargai pelanggan-pelanggan yang membuat pendaftaran pakej bermula Jun hingga Oktober 2024.
Sudah Tercatat Rezeki Nur Zahira
“Memang tak sangka, baru saja daftar dengan agensi ini nama saya dipanggil untuk menghadiri majlis yang mereka anjurkan. Mungkin dah rezeki saya, menang pula cabutan bertuah. Jadi tak sia-sia saya datang pada hari ini. Saya tengok syarikat ini memang sudah lama beroperasi dan turut menawarkan servis yang terbaik seperti yang saya dengar.
“Mana tahu, mungkin lepas ambil pakej umrah, saya ambil pakej melancong ke Eropah bersama keluarga pula. Saya tengok harga yang mereka tawarkan cukup berbaloi, kata Nur Zahira.
Mahu Cipta Detik Terindah
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Nuh Travel & Tours Sdn. Bhd.,Mohammad Adam Jalalel Din yang ditemui selepas majlis tersebut berkata, majlis cabutan bertuah ini adalah kali kedua yang mereka anjurkan.
“Sebelum ini hadiah cabutan bertuah pertama dibuat secara dalam talian untuk pelanggan dan kali ini kami buat secara bersemuka pula. Nampaknya ada sambutan positif dan baik dari pelanggan, itu sebabnya kami buat kali kedua berdasarkan pendaftaran hampir 1000 orang yang mendaftar dari Jun hingga Oktober 2024.
Ads
“Dulu hadiah ditawarkan antara RM5,000 ke RM7,000 sahaja. Kali kedua ini sebanyak 30 hadiah disediakan melibatkan bajet RM15,000 dimana pemenang utama telah membawa pulang gold bar manakala hadiah kedua berupa sebuah `bag air wheel’.
“Kami beri sedikit saguhati begini bagi menghargai pelanggan dan untuk mengeratkan silaturrahim antara pihak Nuh Travel dengan pelanggan. Selalunya kami berurusan secara online dan tak pernah berjumpa. Secara tidak langsung majlis sebegini dapat mengeratkan silaturrahim antara kami.”
Adam menambah, cabutan bertuah kali ketiga pula akan diadakan pada Mei 2025 untuk peserta yang berdaftar dari November 2024 hingga April 2025.
“Kami pilih bulan Mei sebab menunggu pendaftaran baru masa MATTA Fair nanti pada bulan April tahun depan. Kali ini pendaftaran berbayar layak menyertai cabutan bertuah ke-3, sebanyak 30 hadiah ditawarkan dengan nilainya antara RM20,000 hinggga ke RM30,000.
“Hadiah utama dan kedua berpeluang mendapat pakej umrah dan pakej pelancongan ke Turki secara percuma. Manakala 28 hadiah sampingan lain turut disediakan,” ungkap Adam.
Ads
Dalam majlis tersebut, Adam juga turut mengumumkan Nuh Travel & Tours Sdn. Bhd.,tahun depan mereka menyasarkan seramai 6,000 peserta dimana 4500 untuk penerbangan lawatan (tour) dan 1500 pula untuk peserta umrah.
Melalui kerjasama strategik bersama Emirates dan Saudia serta Dubai Tourism yang dimeterai Ogos lalu, Nuh Travel & Tours Sdn. Bhd. yang beroperasi sejak 2019 bakal memulakan penerbangan umrah pertamanya pada 2 November ini. Iaitu Pakej Umrah Ziarah Dubai bersama penerbangan Emirates turut disertai 30 orang jemaah bersama Imam Muda Hassan.
Manakala penerbangan kedua bersama Saudia pula pada 6 Disember pula iaitu Pakej Umrah Ziarah Turki bersama Imam Muda Hassan juga. Tahun depan juga mereka bakal memperkenalkan Pakej Umrah Ziarah Switzerland. Jelas Adam lagi, kini kami bergerak kearah untuk dipercayai dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
“Itu sebab tagline kami `Creating Moments’, dimana kami mahu mencipta detik terindah bagi setiap pelanggan-pelanggan untuk menikmati percutian atau umrah ziarah yang berkualiti dengan harga pada mampu beli.”
“Ada 60 pakej yang kami ada dan antara pakej pelancongan yang mendapat sambutan hangat adalah Pakej 6 Negara meliputi London, Paris, Brussels, Amsterdam, Frankfurt dan Zurich. Dalam sebulan hot selling tour ini ada dua penerbangan melibatkan lebih kurang 60 peserta. Waktu peak time pula sehingga lima hingga enam grup, membabitkan 250 ke 300 orang.
Ads
“Pakej paling pendek kebanyakan melancong ke negara-negara ASEAN hanya 4 hari 3 malam iaitu Jakarta -Bandung dan Ho Chi Minh-Dalat. Selepas ini banyak lagi pakej pelancongan baharu yang akan kami lancarkan iaitu Swiss Milan Bliss, Pakej ke Scotland dan Pakej South Afrika. Trip ke West Coast USA, Pakej Spain-Morrocco –Portugal, termasuk ke Amerika Syarikat serta pakej Lapland Special Scandinavian. Tawaran Pakej Kembara Dubai- Abu Dhabi Fun n Family di negara yang mempunyai taman tema untuk kanak-kanak. Ini antara pakej-pakej baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.”
Menurut Adam lagi, pertengahan 2024 beliau melihat berlakunya peningkatan yang lebih positif dan lebih baik bagi industri pelancongan di Malaysia.
Nuh Travels & Tours Sdn Bhd yang beroperasi di Damansara Perdana bakal membuka cawangan baru di seluruh negeri dengan cawangan pertama telah dibuka di Johor Baharu pada 9 November termasuk cawangan di Simpang Renggam. Diikuti Kelantan dan Pulau Pinang termasuk cawangan-cawangan di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak dalam masa tiga hingga lima tahun.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mereka yang sudah berkahwin sangat beruntung. Banyak kelebihan bagi pasangan yang telah berkahwin. Apabila sudah terbuka hati untuk berkahwin, sudah cukup jelas akan matlamat dan bukan sekadar main-main.
Fokus utama sesebuah perkahwinan adalah untuk menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan juga wanita. Perkahwinan adalah ikatan gabungan kerjasama antara suami dan isteri. Banyak kelebihan mereka yang berkahwin berbanding mereka yang masih bujang.
Berikut ENAM kelebihan individu yang berkahwin:
MENYEMPURNAKAN AGAMA
Saat si pengantin lelaki berjabat erat tangan imam atau wali kepada si pengantin perempuan dengan bersaksikan sekalian saksi, saat dia melafazkan ijab dan kabul saat itu jugalah sebahagian daripada agamanya telah sempurna.
SUNNAH NABI-NABI TERDAHULU
Abu Ayyub berkata Rasulullah SAW bersabda: “Empat perkara daripada perlakuan sunnah Rasul ialah bersifat malu, sentiasa berwangi-wangian, bersugi dan bernikah.”
JAUHI LARANGAN AGAMA
Nabi Muhammad SAW menggalakkan kita berkahwin bukan hanya untuk membendung diri daripada melakukan maksiat, namun supaya hidup kita berteman sebagaimana hadis yang disabdakan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud Baginda SAW melarang umatnya bujang.
Cuba bayangkan, betapa sunyinya hidup ini apabila berada berseorangan, makan seorang, tidur tiada berteman. Carilah jodoh itu. Insya-ALLAH akan ALLAH SWT hadirkan. Yang utama, jangan putus berdoa.
JADI UMMAT KEBANGGAAN NABI MUHAMMAD SAW
Apabila kita berkahwin pastilah akan ada cahaya mata bukan. Bukankah itu akan menambahkan dan meramaikan lagi umat Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Dan berkahwinlah, kerana aku akan berbangga dengan kamu sebagai umat yang ramai bilangannya. Dan barangsiapa berkeupayaan hendaklah dia bernikah dan barangsiapa yang tidak berkeupayaan hendaklah dia berpuasa kerana berpuasa itu dapat mencegahnya daripada melakukan maksiat.”
TERLAKSANANYA SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW
Perkahwinan itu adalah sunnah Nabi Muhammad SAW. Aisyah berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Nikah itu adalah daripada sunnah yakni perlakuanku. Maka barangsiapa tidak beramal dengan sunnahku dia bukanlah daripadaku.”
ELAK MAKSIAT
Akad nikah itu adalah suatu ijab dan kabul yang menghalalkan ‘perhubungan’ lelaki dan wanita. Ramai yang mengatakan, apabila berdua berasa seperti mahu melakukan sesuatu yang intim, Maksudnya ada syaitan yang ketiga. Jadi bernikahlah, dengan bernikah di mana sahaja, bila-bila masa anda boleh menyentuh pasangan anda.
Itulah sedikit sebanyak hikmah sesebuah ikatan perkahwinan. Teladanilah ia dengan sebaik mungkin. Jom tambahkan umat Nabi Muhammad SAW.
“Mak, abang pukul adikkk!” jerit si bongsu sambil meraung-raung. Aduh, tak sudah-sudah si abang, kita yang kepenatan ini pun jadi geram dibuatnya. Maka tanpa berfikir panjang, rotan pun dicapai, lalu dilibas ke tubuh kurus abang.
“Tolong Mak! Sakittt!” rayu anak sambil menepis-nepis pukulan rotan yang singgah. Air matanya bercucuran tapi kerana geram, yang kita sedar hanyalah bekas merah berbirat-birat dan sedu-sedannya yang sudah tak berbunyi.
Ya, penting bagi ibu bapa membentuk sahsiah anak-anak sejak dari awal kelahiran mereka agar tidak mengundang pelbagai masalah seperti degil, tidak mendengar kata atau sering melawan cakap orang tua.
Disebabkan itu ada antara ibu bapa yang melaksanakan hukuman untuk mendisiplinkan anak-anak mereka. Salah satu hukuman yang menjadi pilihan adalah merotan.
Menurut petikan Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Noornajihan Jaafar, dalam pada melaksanakan hukuman rotan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa.
ADAB MEROTAN
(a) Hukuman rotan tersebut hendaklah merupakan alternatif terakhir, setelah cara didikan lain digunakan.
(b) Elakkan merotan ketika sedang marah. Hendaklah ibu bapa menenangkan diri seketika sebelum mengambil tindakan untuk merotan.
(c) Elakkan merotan pada anggota badan yang sensitif seperti kepala, wajah dan dada.
(d) Hendaklah rotan pada kali pertama itu perlahan, dan meningkat kekuatannya pada bilangan yang berikutnya.
(e) Sekiranya rotan pada kali pertama tidak memberikan kesan kepada tingkah laku anak, bolehlah ditambah bilangannya.
(f) Elakkan merotan lebih daripada 10 kali, bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w.
Sebenarnya terdapat banyak lagi ilmu merotan anak-anak yang mak mak di rumah mesti hadam. Topik ‘Aspirasi Rumah Tangga: Rotan – Calar Emosi & Fizikal’ inilah yang akan didebatkan dalam Mingguan Wanita, Jumaat, 21 September 2018. Sama-sama kita tambah ilmu keibubapaan jam 12.00 tengah hari esok, semestinya di saluran Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Biar beribu orang mengata, asal suami pertahan dan terus sokong setiap tindakan isteri, isteri akan kuat hadap segalanya. Paling penting bagi seorang isteri adalah suaminya.
Kata-kata orang lain seorang isteri mampu pekakkan telinga kerana dirasakan mereka tidak mengetahui dan memahami hal sebenar.
Namun jika suami mulai tidak menyokong dan menerima pandangan orang laun berbanding isteri sendiri sudah tentu amat menyakitkan hati seorang isteri.
Begitulah yang dilalui pasangan instafamous iaitu Maryam dan Ryzal. Namun tindakan Ryzal membela isteri harus dipuji, apatah lagi di saat Maryam baru sahaja melahirkan anak mereka dan tinggal jauh daripada keluarga dan negara asalnya, Korea.
Asal Suami Pertahan & Sokong
Kongsi Siti Suryani Yaakop, tadi terbaca tentang Ryzal minta netizen jangan banyak komen tentang kaedah berpantang isterinya Maryam.
Cara orang Korea berpantang dengan cara orang Melayu berpantang lain.
Betul.
Apa yang Maryam buat itu betul. Dia ikut kaedah dia. Kaedah apa nak berpantang pun tidak ada masalah apa. Asal sihat dan dapat kekalkan tenaga.
Dan apa yang Ryzal buat tu betul. Dia pertahankan isteri dia selagi benda tak salah dan tak mendatangkan mudarat.
Biar Beribu Orang Mengata
Mempertahankan keluarga terutamanya isteri dari campur tangan pihak lain adalah satu benda yang sangat bijak, baik hati dan empati tinggi.
Itu baru soal isteri berpantang. Belum orang campur tangan bab jaga anak. Bagi anak makan. Cara tegur anak. Pakai stokin tak pakai stokin. Bab bagi anak makan pun ada.
Saya ingat kisah betapa tertekannya seorang kawan yang bekerja kena kondem (diperlekehkan) selalu dengan mak mertua setiap kali datang rumah. Sebab tak masak.
Selalu beli lauk. Sedangkan kawan ini kerja travel jauh. Balik lewat. Nak jemput anak rumah pengasuh lagi. Sampai sudah maghrib.
Biasa suaminya okay saja. Tapi bila hari-hari maknya komen pasal tak masak, tiba-tiba suami turut komplen sama. Asyik ulang benda yang sama.
Maka luruhlah hati isteri tu. Rasa tidak ada sesiapa hendak sokong dia lagi. Sedangkan sepatutnya yang support dan faham dia adalah suami.
Isteri Kuat Hadap Segalanya
Bila berkahwin kita bukan saja suami dan isteri. Lebih dari itu, kita adalah sahabat terbaik pasangan kita.
Isteri bila dah berkahwin, dia tinggalkan semua. Dan harapkan suami yang sentiasa akan sokong dia pada apa jua gembira dan duka.
Biar berapa ribu orang kata dia pun asal suami sokong dia, tidak jadi apa-apa. Kuat saja dia hadap walau apa saja.
Mingguan Wanita : Ternyata hidup ini tak mudah jika bersandarkan pada kata-kata orang, hiduplah dengan cara sendiri. Usah dibandingkan cara kita dengan orang lain kerana setiap orang miliki acuan sendiri.
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.