Nasi lemak ini sudah menjadi sarapan rakyat Malaysia. Kalau boleh, setiap pagi makan nasi lemak pun tak mengapa. Asalkan sambal nasi lemak itu kenalah sedap dan betul-betul power.
Nak dapatkan sambal nasi lemak yang sedap ini, ada yang sanggup berguru dalam kelas. Sebab, semua sedia maklum nasi lemak tanpa sambal yang sedap tak memberi makna.
Isteri ini Farhah Azman, berkongsi resepi sambal yang suami gemari. Uniknya, sambal yang dihasilkan ini tak mengggunakan bawang putih apatah lagi belacan.
Bagi anda yang alah dengan belacan, eloklah mencuba sambal nasi lemak special ini.
“Suami suka sangat sambal nasi lemak macam ni. Tak cair, boleh cubit-cubit sambal bila makan. Buat sambal ni tak pakai bawang putih, tak pakai belacan, tapi rasa dia tu sampai suami mintak buat sambal ni untuk makan dengan lauk lain jugak, terutama kuah masak lemak.”
Bila mana, Farhah berkongsi sambal nasi lemak kegemaran suami, ramai pula yang bertanyakan resepi. Dan inilah resepi yang dikongsikan. “Resepi saya ni biasa saja. Harap semua suka.”
Resepi ni saya buat banyak, untuk saya simpan sekali.
Bahan blend: Lada kering 1 genggam Lada besar merah 2 genggam Bawang merah besar 3 biji, bawang kene banyak, manis rasa bawang penting
Segenggam ikan bilis.
Bahan ni semua blend ok.
Perasa
Gula merah
Garam
Asam jawa
Ini semua bubuh secukupnya ya.
Ok.
Dah blend, panaskan api, minyak banyak ye, pastu masuk bahan blend, kemudian terus masuk gula merah.
Ads
Ni rahsia nak warna sambal gelap. Kene masuk gula awal.
Kemudian biar pecah minyak, masukkan air, pastu biar pecah minyak lagi, masukkan air lagi, sekali asam jawa dan garam. 3 Kali pecah minyak ya.
Anggaran Masa masak 2-3 jam untuk jadikan sambal pekat. Saya biasa suka 3 jam ke atas. Memang pekat elok macam ni.
Ads
Jangan lupa, masak api sederhana. Jangan buka api besar.
Lupa nak bagitau. Tengah-tengah masak sambal tu, kalau nak tabur bilis lagi pun Bolehhh. Sedap sangat Tau!
Kacang goreng ini sejenis kudap-kudap yang laku keras kalau makan depan TV. Kalau beli dapat tak banyak sangat, jadi kalau buat guna resepi yang dikongsikan Puan Hajar Mael ini, in shaa Allah puas hati.
Lagi berbaloi buat sendiri sebab dapat minyak kacang tu sekali! Nah, jemput godek bahan-bahan yang diperlukan…
Kacang Goreng
Kawan-kawan sibuk dengan berbagai biskut, saya pula duk sibuk mengoreng kacang. Ramai tak peminat kacang putih goreng ni. Salah satu menu wajib bila nak raya di rumah saya, nak buat pun senang.
Ini saya kongsikan macam mana nak buat. Apa yang best, kacang goreng dapat dan dapat minyak bawang putih pun dapat.
Bawang putih, garam, kacang putih kopek (beli yang dah siap dikopek) dan air panas didih.
Cara Nak Buat:
1. Basuh kacang dan masukkan dalam besen.
2. Bawang putih ditumbuk bagi pecah-pecah.
3. Letak garam secukup rasa (tak masin pun tak apa sebab nak goreng nanti kita letak lagi).
4. Letakkan air panas yang mendidih sampai tenggelam kacangnya.
5. Rendam sampai kacang kembang lebih kurang sejam lebih.
6. Toskan kacang dan asingkan bawang putih tadi (jangan buang sayang, kita simpan buat minyak bawang putih)
7. Masukkan kacang + air garam yang dah di campurkan dengan kiub ayam ke dalam minyak panas.
8. Pakai api kecik ya masa menggoreng.
9. Jangan api besar risau kacang tak masak kat dalam.
10. Toskan minyak.
11. Bawang putih yang diasingkan tadi jangan dibuang.
12. Guna kuali lain letak minyak masak dan goreng bawang putih tadi sampai kekuningan.
13. Kita buat minyak bawang putih sedap kalau dimasukan dalam sup atau buat nasi goreng. Wangi je baunya.
14. Saya ketuk bawang putih selabu lagi dan campur dengan yang tadi.
15. Tunggu masa untuk ngapppp!
Ok mak-mak, yang mana gemar sangat makan segala jenis kacang boleh lah cuba buat kacang ini ya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kreatifnya roti jala lobak dan tembikai dari hasil air tangan Puan Nor Fatihah ini. Bentuk tradisional tu macam rupa popiakan. Hebat tak hebat wanita ini, dia mengubah bentuk roti jala jadi lobak dan tembikai. Beliau kongsikan sekali 4 langkah cara membuatnya.
“Hari ni kite makan buah tembikai dengan lobak merah je…hihihi.. Akhirnye terjebak juga buat roti jala bentuk lobak merah ni. Yang bentuk tembikai tu kite reka sendiri. Tak tiru kat mana-mana tau. Tengok orang buat roti jala bentuk lobak hari tu tercetusnye idea nak buat bentuk tembikai ni.”
Kata Puan Nor Fatihah lagi, beliau lebih suka makan dengan kuah serawa. Akuinya anak-anaknya pun ‘excited’ dan bertambah selera nak menikmati hidangan kreatif roti jala lobak dan tembikai tu.
Bahan-bahan Roti Jala Lobak & Tembikai
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pewarna merah, oren dan hijau
Cara Membuat
1. Satukan semua bahan-bahan. Kacau dan tapiskan.
2. Bagaikan kepada 3 bahagian dan campur pewarna merah, oren dan hijau. Masukkan ke dalam botol/ acuan roti jala.
3. Corakkan bentuk lobak merah dan tembikai @bentuk yang disukai di atas non stick pan dan biar masak. Lipat/gulungkan.
4. Hidangkan dengan kuah serawa @ kari.
Bahan-bahan Kuah Serawa
1 cawan santan pekat
1 caran air
1/2 cawan nissng/ gula Melaka
Gula pasir secukupnya
1 helai daun pandan – disimpul
1 biji telur dipukul
Garam secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum dan sedikit air (untuk pekatkan kuah)
Cara Membuat
1. Satukan santan, air, nissang/ gula Melaka, gula pasir dan daun pandan. Kacau dan didihkan di atas api.
2. Masukkan telur, garam dan kacau.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum dengan air. Kacau hingga kuah pekat.
4 Langkah Membentuk Roti Jala Lobak Dan Tembikai Secara Bergambar
Mudahnya Membentuk Roti Jala Tembikai, Original Idea Dari Puan Nor Fatihah
Ini Pula Membentuk Roti Jala Lobak Yang Pernah Dikongsi Oleh Netizen
Sumber/Foto: FB Nor Fatihah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi peminat telur dadar, boleh cuba kelainan dengan buat Telur Dadar Crispy pula. Sangat sedap, rangup dan garing, boleh dimakan begitu sahaja cicah dengan sos. Tapi nak buat telur dadar begini ada caranya yang tersendiri.Tak sama macam buat telur dadar biasa. Paling penting kena campur ais atau air sejuk dan pastikan bancuhan telur betul-betul sejuk.
Nak cuba buat telur dadar crispy sendiri boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Hafizul Hakim ini;
“Ini haa resepi telur dadar crispy!”
Telur dadar idaman ramai orang. Rasa yang rangup dan garing, sedap,lazat, krup.. bunyi masa kunyah. Rupanya ada rahsia terselit untuk buat telur dadar seperti itu. Bukan macam goreng telur dadar biasa.
Bahan-Bahan :
4 biji telur,
1 sudu besar tepung, boleh guna tepung gandum, beras atau jagung,
4 sudu air sejuk atau 2 ketul ais,
Garam/cukup rasa.
Cara Membuat:
1. Kacau telur dan semua bahan sampai sebati. Yang penting, pastikan telur ini sejuk, jangan lupa tuang 4 sudu air sejuk.
2. Panaskan minyak sampai betul-betul panas.
3. Tuang telur daripada jarak yang tinggi.
4. Satu bancuhan telur untuk 3-4 kali goreng sebab tidak boleh goreng sekaligus, nanti tidak jadi gebu macam dalam gambar.
Kalau saya, Thai Sos jadi pilihan untuk cicah. Perghhh!
#Nota : Kalau tak ada air sejuk dan ais, masukkan saja bancuhan telur dalam peti ais beku dalam 5 minit bagi dia betul-betul sejuk sebelum digoreng.
Sebahagian orang mesti ada yang rasa tak percaya dengan resepi ini. Tapi sebagai pencinta hidangan telur dadar maka anda patut cuba resepi ini. Itu aja, selamat mencuba!
MW: Ohh begini rupanya nak buat telur dadar crispy.Kena campur dengan air sejuk atau ais dulu. Jadi jika nak buat kelainan telur dadar, boleh ikut cara yang dikongsikan ni.
Dapat SPM 8A tapi tak dapat tawaran masuk u, cikgu kongsi kesilapan pelajar drop subjek pakej.
Belajar bertahun-tahun untuk dapat keputusan cemerlang dalam SPM. Tapi...