Istimewanya seorang yang bergelar isteri dan ibu. Diberi kelebihan bila ada perkara atau perbuatan suami dan anak tak betul. Sebab itu, suami jangan nak berbohong, gerak batin isteri sangat kuat.
Biasanya kalau ada yang cuba nak berbohong, tandanya boleh diperhatikan dengan cara bercakap, suara bergetar dan pandangan mata yang tidak fokus. Itu pun ada juga yang tidak perasan dengan tingkah laku yang ditonjolkan.
Sebaliknya, bagi seorang isteri gerak hatinya sangat kuat dan dia tahu suami itu cakap betul atau nak berbohong. Jenis isteri yang tak mahu memalukan suami, dia hanya bertahan, tunggu dan lihat. Mungkin suami ingat itu hanya perkara kecil dan tak perlu diberitahu pun. Tapi kalau suami tak beritahu pun, instinct cukup kuat
Menariknya perkongsian daripada Tok Abah atau Dato; Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini adalah hasil kajiannya berpuluh tahun tentang gerak batin seorang isteri.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Disangkal, INSTINCT Isteri Cukup Kuat & Pelengkap Hidup Suami, Hargailah Seadanya!
Suami Tak Perlu Terkejar Wanita Cantik, Cantikkan Dulu Isteri Yang Setia, Sayang Kita
Info Lebih Menarik DI SINI
Suami Nak Berbohong, Hati-Hati!
Antara perkongsiannya dalam tiktok adalah:
“Orang perempuan mempunyai gerak batin yang sangat hebat. Mereka boleh tahu apa yang berlaku, walaupun suami tak beritahu. Ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Tok Abah sejal berpuluh tahun.
“Suami tak boleh berbohong pada isteri sebab isterinya tahu apa yang sebenarnya berlaku. Cuma, isteri tidak sampai hati nak cerita atau malu, segan. Dia sanggup berkorban untuk rahsia yang disimpan oleh suami.
Hidu Dalam 3 Hari
“Dalam kajian Tok Abah, orang perempuan paling lama 3 hari dia akan dapat menghidu apa yang berlaku sebab Allah beri wanita ini gerak batin yang sangat kuat terutamanya prang perempuan yang solat taubat setiap malam dan sentiasa buat istikharah.
Jadi, sentiasalah bersikap jujur dengan pasangan kerana ini adalah jalan terbaik untuk capai kebahagiaan.
Mingguan Wanita : Jangan main-main, instinct seorang isteri dan ibu ni kuat ye. Anugerah istimewa yang Allah berikan, tak ada pada orang lain.
Sumber: Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah (mfadzilahkamsah @ tiktok)
@mfadzilahkamsah Instinct wanita ni kuat sangat. Cubalah untuk sembunyi atau tak bagitahu isteri, mereka akan tahu juga. Betul tak? #fadzilahkamsah #fyp #fypシ゚viral #fadzilahkamsah #datodrhjfadzillahkamsah #fadzilahkamsahacademy #inspirasifadzilahkamsah #akaunbaru ♬ original sound – mfadzilahkamsah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI