Penceraian, bukanlah perkara yang boleh dibuat main. Tersalah sebut boleh jatuh talak. Sebab itulah, suami jangan sesekali isebut tentang perkataan ini terutamanya dalam keadaan marah.
Bila marah, segala apa yang terbuku dan terpendam akan keluar. Kadang-kadang bila sebut cerai hanya sekadar ugutan dan ingatan untuk isteri. Sedangkan kita tak tahu ia boleh menyebabkan jatuh talak.
Ada yang kata, hanya sekadar ugutan dan tak ada niat pun. Ada juga yang hanya mengatakan sekadar gurauan suami isteri. Ada beberapa pandangan ulama tentang apa yang dikatakan jatuh talak, speeti yang dikongsikan ini.
Dalam hal talaK ketika marah ini ia akan melihat kepada tahap kewarasan akal seseorang ketika melafazkan talak, suasana sekitar dan fakta yang wujud dalam setiap kes. Ia boleh jadi sah talak ketika marah dan juga boleh jadi tidak sah talakq ketika marah.
PANDANGAN ULAMA’
1. Imam al-Syirazi dalam kitabnya al-Majmu’ telah mengulas kata-kata Imam Nawawi dengan menyatakan:
“dan jatuh talaq yang dilafazkan dalam keadaan rela (tiada paksaan), ketika marah dan ketika bersungguh-sungguh dan juga jatuh ketika bermain-main dengan talaq berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah bahawasanya Nabi bersabda: tiga perkara yang dibuat sungguh jadi dan dibuat main-main jadi sungguh iaitu nikah, talaq dan rujuk”.
Syeikh Zainuddin al-Malibari dalam kitab Fathul Ma’in menyatakan:
“Fuqaha’ bersepakat jatuhnya talaq orang yang marah, sekalipun dia mendakwa hilang kesedarannya dengan marah itu”.
Ads
Dr Wahbah Zuhaili dalam kitab Fiqh Islami Wa Adillatuhu menyatakan:
“talaq di dalam keadaan marah hukumnya tidak gugur apabila keadaan marah itu sampai kepada tahap seseorang itu tidak tahu atau tidak mengerti apa yang dikatakan ataupun tidak tahu apa yang dilakukan dan tidak pula dia mengqasadkannya.”
3 KEADAAN PERINGKAT MARAH MENURUT IBN QAYYIM DALAM KITAB ZADUL MA’AD
1. Permulaan & Pendahuluan marah
Akal pemikiran masih normal iaitu masih tahu, sedar dan faham apa yang dikatakan. Pada peringkat ini TALAQ JATUH.
2. Kemuncak marah
Tidak tahu apa yang diucapkan dan dimaksudkan kerana marahnya menguasai akal sehingga dia tidak sedar apa yang diucapkan. Pada peringkat kedua ini fuqaha bersepakat TALAQ TIDAK JATUH.
3. Peringkat marah yang pertengahan
Ads
Marahnya telah melepasi peringkat permulaan tetapi tidak sampai ke peringkat kemuncak yang boleh dikatakan gila. Terdapat perselisihan pandangan para ulama. Namun dalil menunjukkan TIDAK SAH TALAQ pada peringkat ini.
CONTOH KES
Mohd Zuhdi Mohd Nawawi lwn Norsharifah Sharif [2005] 1 CLJ (Sya)
– Kedua-dua pihak merayu dengan alasan lafaz talaq yang dibuat oleh Plaintif dalam keadaan sangat marah.
– Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan menolak rayuan dengan mengekalkan keputusan Mahkamah Rendah Syariah iaitu sabit cerai talaq 3 walaupun dalam keadaan marah kerana marah si suami ketika itu bukanlah sehingga tahap hilang kewarasan akal.
Mohd Sirajul Arifin bin Mohd Yasmin lwn Nur Effa Liana Binti Mustaffa [2018] 3 LNS 4
– Dalam kes ini, plaintif mengaku dia menghantar mesej tulisan & suara “Aku ceraikan kau dengan talaq 3” kepada defendan dalam keadaan marah.
– Mahkamah menyimpulkan marah ini dalam kategori ketiga berdasarkan pandangan ibn Qayyim.
– Hakim Mahkamah Syariah Rembau memutuskan lafaz talaq tersebut tidak sah kerana rukun dan syarat talaq tidak sempurna. Oleh itu plaintif dan defendan masih lagi suami isteri yang sah.
KESIMPULAN
Ads
Apabila wujud lafaz cerai tidak kiralah bagaimana pun situasi si suami ketika itu, segera buat Pengesahan Lafaz Cerai Luar Mahkamah di Mahkamah Rendah Syariah.
Jangan pernah ditangguh-tangguhkan pengesahan dan sebagai orang awam jangan pandai-pandai mengesahkan status perceraian seseorang kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepada suami dan isteri tersebut.
Harus diingat, hanya hakim syarie sahaja yang boleh memutuskan talaq tersebut sah atau tidak kerana hakim syarie akan meneliti setiap fakta yang wujud dalam kes yang dibentangkan di hadapannya.
Mingguan Wanita : Marah atau nak bergurau sekalipun, jangan sesekali disebut. Carilah penyelesaian yang lebih baik dan bukannya sebut perkataan cerai.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Memang ada benarnya ‘warna sebenar’ seorang lelaki boleh dilihat, bagaimana dia melayan isterinya sewaktu hamil dan berpantang. Kehidupan rumahtangga penuh dengan warna warni. Untuk mendapat keserasian di antara suami isteri itu tak mudah.
Beruntung isteri yang dapat suami cukup memahami dah faham erti tanggungjawab dan amanah sebagai ketua keluarga. Lebih-lebih lagi ketika isteri sedang hamil, berjuang melahirkan zuriat dan sepanjang melalui tempoh berpantang. Kerana dari situlah, sikap sebenar seorang lelaki jelas kelihatan.
Baca perkongsian daripada Puan Intan Dzulkefliini sebagai panduan;
Antara waktu paling mudah untuk melihat ‘warna sebenar’ seorang lelaki ialah, lihatlah bagaimana dia melayan isterinya sewaktu hamil dan berpantang.
Adakah dia santun dan sabar melayan? Atau sebaliknya? Adakah dia merasa kasihan atau dia rasa isterinya cuma mengada-ngada?
Hal ini kerana waktu itulah isteri dalam keadaan paling perlukan bantuan, ‘morning sickness’, ‘postpartum blues’, dilema ‘postpartum body’, sakit sana sini dan lemah tubuh badan – setelah melahirkan.
Ibu mentua juga, waktu inilah dia akan rasa lapang dada sekiranya melihat menantu bertanggungjawab menjaga keperluan anak isteri, atau rasa amat tersakiti apabila anak perempuannya dilayan dan ’dibuang’ seperti kain buruk.
Waktu isteri sakit dan tak berdaya si suami hantar ke kampung, atau dibiarkan berdikari sendiri tanpa ambil tahu keperluan belanja kewangan, mahupun kesihatan emosi dan mental isteri. Namun, apabila isteri sudah sihat, langsing, bersih, cantik selepas habis pantang – dialah ibarat kucing miang yang tak diundang datang. Tak tahu malu!
Isteri Takkan Lupa Layanan Suami
Apapun, ingatlah wahai suami. Para isteri takkan melupakan bagaimana akhlak dan layananmu waktu mereka dalam keadaan ini; iaitu sewaktu mengandungkan zuriatmu dengan susah payah, waktu dalam kesakitan untuk bersalin serta sewaktu proses penyembuhan selepas melahirkan zuriatmu. Ia merupakan sebuah perjuangan antara hidup dan mati – yang ramai kaum lelaki ambil mudah.
Menyantuni isteri yang hamil dan berpantang ini merupakan detik ujian untuk para suami juga sebenarnya, agar bersifat empati, meskipun mereka tidak mengerti segala kesakitan dan kepayahan itu kerana tidak merasakan sendiri bagaimana lelahnya membawa kandungan yang membesar, atau bagaimana dahsyatnya sakit waktu melahirkan dan peritnya luka-luka akibat proses itu.
Tahniah buat para lelaki yang berempati dan menghormati dengan wanita (umumnya) serta isterinya sendiri, secara khususnya. Semoga Allah ganjarkan sebaik-baik ganjaran buat suami yang santun meraikan kepelbagaian emosi isteri, sabar dan sentiasa setia dengan isteri walau dalam keadaannya yang paling teruk waktu hamil dan selepas bersalin.
Didik Anak Lelaki Dengan Kefahaman Agama
Harapanku, buat para ibu dan bapa yang Allah anugerahkannya zuriat lelaki, ayuhlah sama-sama berazam untuk mendidik anak-anak lelaki kita dengan kefahaman agama agar generasi lelaki qawwam yang akan melindungi, menghormati dan mendidik para wanita tidaklah pupus.
Para bapa, usahakanlah untuk menjadi figura contoh – diteladani oleh anak kandung, disegani oleh anak menantu.
Ya Allah perkenankanlah.
Ya Allah permudahkanlah.
Sabda Rasulullah SAW; “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Dan apabila salah seorang daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia, maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang keburukannya)” (HR al-Tirmizi) – hadis sahih
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat! Memang ada benarnya, ‘warna sebenar’ dan sikap lelaki sebagai seorang suami itu dapat dilihat dengan jelas, sewaktu bagaimana dia melayan isterinya ketika hamil, bersalin dan dalam pantang.
Kedudukan suami sebagai pemimpin keluarga perlu membimbing dan mendidik isteri dan anak-anak. Boleh jadi pembentukan peribadi isteri yang solehah terhasil daripada usaha didikan keluarga yang harmoni mahupun faktor persekitaran dan juga didikan daripada seorang suami.
Dalam institusi kekeluargaan, persekitaran keluarga harmoni yang dipenuhi dengan nilai kasih sayang dan ketenangan pastinya akan memberi kesan pada kehidupan ahli keluarga.
Ungkapan yang selalu diwar-warkan ini ‘isteri cerminan suami’ hanya bersifat simbolik untuk menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab suami dalam mendidik dan memimpin isteri ke jalan yang diredai oleh Allah SWT.
Begitu juga anak-anak yang soleh adalah hasil didikan dan dan bimbingan daripada ibu bapa yang soleh.
Masa awal-awal kahwin dulu, si isteri sangat susah nak dinasihat apatah lagi kalau kena tegur dengan si suami.
Namun berkat kesabaran, akhlak yang baik dari seoarang suami menjadikan dia seorang isteri yang lebih baik. Yang sentiasa patuh dan taat kepada suaminya.
Biasalah bila berkahwin mestilah seorang buat salah atau silap pasti pasangan kena mainkan peranan untuk betulkan. Tapi mesti kena dengan caranya.
Ada yang suka ditegur secara ‘direct’, ayat mudah nak faham biasanya terus ‘straight to the point’. Pedas ke sentap ke lagi dia boleh terima.
Suami Jalankan Peranan Memimpin Isteri Dalam Rumah Tangga
Tetapi ada juga yang jenis lembut hati, yang kena guna bahasa yang lembut. Kena cakap baik-baik, perlu sentuhan belaian dari pasangan dulu.
Dalam perkahwinan suami kena mainkan peranannya sebagai seorang pemimpin dan isteri jadilah orang yang mudah dipimpin, mudah terima nasihat dan teguran. Barulah rumah tangga akan sentiasa bahagia bila mana saling bertoleransi.
Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya membimbing menjadi perempuan solehah. Jadikan perkahwinan kita untuk lebih dekat dengan Allah SWT.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...