Tidak kiralah sama ada suami atau isteri, masing-masing mempunyai sikap ego yang sukar dilupuskan begitu sahaja. Setiap pasangan berbeza, ada kala isteri yang memiliki ego yang tinggi dan ada pula pasangan, suaminya pula yang tinggi egonya.

Sebenarnya untuk seimbang dalam hubungan suami, isteri perlu salah seorang perlu rendahkan ego demi menjamin kebahagiaan rumah tangga. Setiap kali berdepan dengan masalah, cubalah untuk mengalah wahai isteri.

Mengalah tidak bermakna loser, sebaliknya inilah strategi isteri untuk kalah sekali tetapi menang berkali-kali tanpa suami sedar pun.

Ikuti perkongsian Kamalia Kamal ini :

Menuruti ego suami bukan bermakna kita loser, tapi ianya adalah strategi kalah sekali dan menang berkali-kali. Ini contoh konsep ‘Loose to win’ yang paling mujarab untuk semua relationship perkahwinan.

Bagaimana isteri memberikan impak pada suami dalam kehidupannya sehari-hari? Ini tiga point yang kita boleh lihat hebatnya Ibu kita Saidatina Khadijah memainkan peranannya sebagai isteri yang paling disayangi Rasullah s.a.w.

IKLAN

#1 – Penasihat positif suaminya.

JIka kalian ingat kisah Nabi pertama kali menerima wahyu dari malaikat, Dia pulang ke rumah dalam keadaan mengigil di fasa terkejut. Isterinya yang hebat ini tidak membebel, tidak tanya itu ini walaupun bermacam-macam curiosity di dalam hatinya di waktu ini.

“kenapa suami aku menggigil ni?
“dia pergi jumpa siapa tadi?”
“dah makan ke belum dia nih?”

Pastinya banyak yang ingin ditanyakan pada suaminya tapi ditahan dulu. Terus dinasihatkan suaminya lembut untuk bertenang di pangkuannya hingga Nabi tertidur di dalam pelukan isterinya.

#2 – Pembantu yang bijaksana

Waktu kejadian wahyu pertama diturunkan, Khadijah juga pening-pening tidak tahu apa yang terjadi. Tak fikir banyak, beliau terus mencari orang yang arif dan ilmuan iaitu Waraqah bin Naufal.

IKLAN

Waraqah sangat mahir dengan ilmu agama yang dipelajarinya dari kitab Taurat dan Injil, lalu diceritakan kepada suaminya apa yang telah Waraqah sampaikan padanya.

Hebat, dia sedaya-upaya memberikan informasi yang baik dan tepat kepada suaminya dengan mencari mereka yang arif dalam hal ini. Dia tak duduk saja, tak juga buat tak endah, sangat ambil port dan memikirkan cara untuk membahagiakan hati suaminya dengan mencari info-info berguna dan sahih untuk si suami..

#3 – Sentiasa menjadi orang pertama yang mempercayai suaminya.

Di kala hatinya risau waktu wahyu diturunkan menyuruh berdakwah, Khadijah meletakkan kepercayaan yang tinggi pada suaminya dan seterusnya menjadi orang yang pertama beriman kepadanya.

IKLAN

Tak terfikir kita nak menyokong suami dengan menawarkan diri sendiri sebagai pendokong utama menegakkan Islam kan. Tapi Khadijah sentiasa cari jalan untuk memuliakan suami dan menggembirakan hati Suaminya.

Dan di mana hebatnya si isteri ni menang?

Hingga ke akhir hayat Suaminya, nama Khadijah tidak lekang dari bibirnya. Kawan-kawan , saudara-mara Khadijah semua diraikan sebaiknya hingga Aisyah pernah terluncur kata-kata yang berbau cemburu terhadap Khadijah walaupun beliau sudah tidak ada lagi.

Hebatnya kisah isteri bernama Khadijah ini, Kak Kay kalau baca kisahnya banyak kali pun masih merinding satu badan ni, aura beliau sungguh terasa ke hati.

Jemput share sebab ramai yang suka baca kisah ini sebagai ingatan kita para-para isteri. Meletakkan garisan benchmark bagaimana kita harus act wisely sebagai isteri.

Sumber: Kamalia Kamal

MW: Semoga kita semua menjadi isteri seperti Siti Khadijah, merendahkan ego untuk suami yakni rasullullah s.a.w tercinta. Tak kiralah walaupun kita terpaksa mengalah tetapi pasti semua kebaikan kita dikenang suami. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI