Sekarang ini viral tentang emas yang menjadi kesukaan isteri dan mak-mak. Tak kisahlah beli atas hasil kumpul duit sendiri atau pun suami belikan hadiah. Tapi, bila ia daripada pemberian suami, rasnya seronok lain macam.
Walau bagaimanapun, pemberian suami ini bukan semata-mata emas sahaja, ada macam-macam cara yang boleh suami berikan kepada isteri. Tidak perlulah beli barang mahal hingga sanggup berhutang semata-mata untuk tarik perhatian isteri.
Sebenarnya, hati seorang isteri tidak kisah pun apa yang suami belikan hadiah, walaupun hanya sekadar pisang goreng untuk minum petang bersama pun sudah cukup. Jika itu hanya yang termampu dilakukan oleh suami.
Percayalah, dengan cara ini pun sudah cukup untuk bahagiakan hati isteri. Mungkin cara ini jugalah membuatkan rezeki keluarga tidak putus-putus, kita tak tahu kan. Sebab itu, orang cakap isteri ini magnet rezeki. Seperti apa yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Samhan Awang ini.
Orang selalu cakap isteri adalah magnet rezeki. Kita kena bahagiakan isteri. Apa dia minta, kita sebagai suami kena usahakan untuk tunaikan. Baru murah rezeki.
Ads
Mereka ini latar belakang semua doktor perubatan tapi masing-masing dah terjun ke bidang perniagaan. Mereka semua dah otai, aku saja masih bertatih.
Bila bersembang dengan meraka ada satu ilmu yang aku dapat belajar. Mengapa Allah murah rezeki meraka. Sampai mereka sendiri tak mampu nak sekat. Dahsyat!
“Dulu masa kerja kerajaan, kau kerja bagus ke, kerja tak bagus ke, tiap bulan confirm dapat gaji”
“Dah kerja sendiri ni, tawakal pada Allah kena tinggi. Kau tak kerja, jawabnya makan pasir la anak bini”
Semua mengganguk kepala tanda setuju.
Ads
Celah seorang lagi,
“Tapi aku perasan ada satu perkara lagi kalau korang buat rezeki mencurah-curah entah dari mana datang”
“Apa dia?”
“Tiap kali aku bagi hadiah pada wife aku, rezeki masuk tak berhenti. Minggu lepas aku beli kereta untuk wife, projek masuk tak menang tangan weh!”
“Ini aku setuju! Aku dapat rasa benda ni. Aku baru je beli ‘pulut dakap’ untuk wife aku”
Ads
“Kau buat isteri surprise dengan hadiah, Allah buat surprise dengan rezeki”
“Betul tu. Aku pun perhati benda yang sama jadi pada pakcik aku. Aku perhati dia betul-betul hargai isteri dia. Apa-apa isteri dia dulu. Langsung tak berkira!”
“Dia bukan asal isteri minta,dia bagi. Bukan. Isteri belum minta dia dah bagi!”
Jika rasa sempit, periksa balik hubungan kita dengan isteri. Bila kali terakhir kita bahagiakan dia. Rasa bahagia yang buat dia tersenyum sepanjang hari.
Tak perlu beli hadiah yang mahal, sekadar yang termampu. Itu sudah cukup buat mereka rasa dihargai. Jika masih tak mampu, kurangkan bebannya di rumah pun dah cukup buat dia bahagia.
MW: Setiap kali selepas solat, jangan berhenti untuk memohon kepadaNya supaya suami dimurahkan rezeki demi keluarga. Ini pun berkat doa isteri untuk suami tersayang.
Sumber: Dr. Ahmad Samhan
-Jangan tunggu isteri minta baru suami bagi-
Anak zuriat penyambung keluarga. Tetapi setelah lama mendirikan rumah tangga, ada pasangan suami-isteri yang masih tidak dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Sudah pelbagai cara dilakukan tetapi anak yang ditunggu tidak juga kunjung tiba.
Topik Penantian Cahaya Mata telah dibincangkan dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran dari pukul 12.00 hingga 1.00 tengah hari di saluran Astro Prima 105. Elizad, Norman Hakim dan Erra Fazira serta tetamu jemputan telah membincangkan topik yang sentiasa menjadi tumpuan pasangan yang mahu mendapatkan cahaya mata setelah lama mendirikan rumah tangga.
.
Salah satu persoalan yang sering ditanya adalah apakah faktor-faktor utama yang memungkinkan pasangan suami-isteri itu tidak berjaya mempunyai anak?
Jelas Dr Norazlin Yusof, Pengarah Perubatan, Pakar Fertiliti & Sakit Puan, Pusat Kesuburan Sophea, masalah ketidaksuburan atau fertiliti itu bukan berlaku selepas beberapa tahun. Dari segi klinikalnya masalah kesuburan itu timbul setelah pasangan itu mencuba untuk mengandung selepas setahun sahaja.
“Faktor-faktor kenapa tidak berjaya mengandung itu bergantung kepada kedua-dua belah pihak. Kebanyakannya kedua-duanya ada masalah selepas bertahun-tahun mencuba. Kalau tidak berjaya adalah disarankan pasangan itu untuk datang untuk membuat saringan kesuburan.”
Semasa saringan kesuburan itu dilakukan, doktor akan melihat bahagian peranakan dan memeriksa sama ada isteri boleh mengeluarkan telur setiap bulan. Bagi suami pula, doktor juga akan memeriksa sama ada sperma mereka bermasalah atau tidak. Ada beberapa ujian perlu dilakukan.
Berkaitan dengan rawatan, Dr Norazlin menjelaskan semuanya dilakukan selepas ujian dibuat.
“Ketidaksuburan ini kita tidak boleh salahkan kedua-dua belah pihak. Dari awal doktor mahu memastikan sama ada suami isteri itu ada masalah kesihatan atau tidak. Ada masalah kesihatan yang menganggu kesuburan.”
Sebagai contohnya masalah diabetes dan masalah hormon seperti tiroid. Masalah kesihatan ini perlu dikawal terlebih dahulu.
Perlu Lakukan Rawatan Kesuburan Dengan Kerap
Apakah cara terbaik untuk mendapatkan rawatan ketidaksuburan? Jelas Dr Salleha Khalid, Pakar Fertiliti & Sakit Puan, Pusat Kesuburan Sophea, apa yang terbaik boleh dilakukan oleh pasangan suami-isteri adalah membuat ujian saringan kesuburan bagi mengesan sebarang masalah.
“Suami-isteri perlu datang berdua. Tidak boleh seorang sahaja yang buat ujian saringan kesuburan. Hendak dapat anak kedua-dua kena komited. Pada masa yang sama adalah digalakkan pasangan suami-isteri ini menjalani gaya hidup sihat seperti jaga berat badan, ambil makanan yang seimbang. Bagi wanita pula, ambillah asid folik dan vitamin D untuk mempersiapkan diri untuk kehamilan.”
Jelasnya lagi dalam usaha untuk hamil, pasangan suami-isteri perlu melakukan rawatan kesuburan dengan kerap sehinggalah berjaya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Betapa suami itu bila tiba bab susun bagasi mahupun beg dalam bonet kereta, dialah yang terpaling mahir. Biasanya isteri yang akan siapkan segala keperluan keluarga dalam beg.
Nanti pada saat akhir, suami jugalah yang susun dalam bonet kereta. Tugasan ini suami buat dengan penuh sabar. Ini yang dikongsikan oleh Fairus Mohd Tabiee.
Walaupun selepas disusun rapi, tiba-tiba suami minta isteri keluarkan kerana ada barang yang perlu diguna termasuk sekali dalam beg.
Paling syahdu, beg yang mahu digeledah semula itu terletak di susunan paling bawah. Tiba-tiba mood nak balik kampung atau cuti berjalan-jalan boleh ‘swing’ hanya disebabkan hal ini. Jadi.. berhati-hatilah ya suami isteri.
Selepas Suami Susun Beg Dalam Bonet Kereta
INGATAN KEPADA PARA ISTERI
Ini ingatan kepada para isteri di luar sana. Baca dengan tenang dan fahamkan satu-satu. Aku minta tolong ambil ikhtibar dan pedoman. Perjalanan kita bukan hanya 10km.
1. Bakat menyusun beg dalam bonet kereta ini memang ada pada lelaki selain dari kuderat lelaki lebih banyak dari kalian. Maklumlah, barang yang awak packing tu macam nak pencen pindah ke kampung terus.
2. Kami para lelaki mencongak-congak beg apa nak dimasukkan dulu, yang mana nak diletak di kiri, di kanan biar beratnya seimbang.
3. Selain tu, kalian jangan sibuk nak bawa kasut baru dalam kotak. Kotak kasut tu semua akan makan ruang. Masukkan je kasut baru dalam plastik. Jangan risau, orang semua tahu tu kasut baru. Kan tag pada kasut tu memang kena buka pagi raya.
4. Kami para lelaki tak pernah pun menolak semua barang yang nak dibawa balik. Kami akan cuba sehabis baik untuk susun satu persatu waima pasu bunga pun kami selit elok-elok.
5. Kami akan pastikan kek dan makanan yang lembut tak terpenyek ditimpa barang. Muruku tak akan hancur dan kuih bangkit tak jadi serbuk. Jangan dirisaukan.
6. Dan lagi satu kami sedaya upaya tak mau letak barang dalam ruang kereta, nanti tak selesa dalam perjalanan.
Jangan Berani-berani Minta Ini Apabila Semua Dan Tersusun Cantik
Ingat pesan ini kawan perempuan ibu-ibu semua. Janganlah sesekali kalian berani-berani katakan hal ini apabila semuanya dah cantik tersusun,
“Pa, cuba bawa keluar beg merah bawah tu, ada barang nak kena ambil lah“.
Nescaya, jika kalian bukan isteri lelaki seperti kami, sudah dihempas pasu yang tersusun rapi tadi.. tapi nak buat macamana, kena keluarkan juga. Dahlah beg tu yang paling bawah sekali.
Kami akan terus ulangi proses ini sekali lagi. Namun begitu, kami tetap menyayangi kalian seadanya.
Inilah bukti betapa sabarnya hati seorang lelaki yang bergelar suami walau sekejap lagi kalian berdengkur sepanjang perjalanan.
Mingguan Wanita : Suami yang sabar dengan isterinya adalah suami yang baik budi kepada keluarganya juga. Semoga terus dilimpahi rezeki yang banyak untuk suami yang menggembirakan hati isterinya.
Mak mentua jangan ‘sibuk’ cari salah menantu, perbetulkan anak lelaki sendiri dulu. Memang kadang-kadang hubungan mak mentua dan menantu boleh menimbulkan konflik atau perselisihan faham.
Bagaimanapun, adalah penting untuk diingatkan bahawa matlamat perhubungan adalah untuk membina keakraban, persefahaman bersama, dan menyokong antara satu sama lain. Sekiranya berlaku konflik, adalah penting untuk cuba mencari penyelesaian yang baik dan memahami antara satu sama lain, bukan mencari kesalahan antara satu sama lain.
Komunikasi yang baik dan terbuka dapat membantu mengatasi masalah yang timbul dalam perhubungan antara mak mentua dan menantu. Sekiranya terdapat ketegangan atau salah faham, adalah penting untuk bercakap secara terus dan jujur, dan cuba memahami perspektif setiap pihak.
Tengah sibuk aku memasak, belek punya belek, pewarna hanya ada biru dan hijau je, jadinya aku gunakan je la apa yang ada tu.
Inilah hasilnya nasi hujan panas aku.
Jadi mentua jangan sibuk dok cari salah menantu je tak habis-habis, menantu tak masak kita kutuk, menantu tak buat kerja rumah kita kutuk, menantu tak itu ini serba serbi kita kata, yang kita kena sibukkan kalau anak lelaki kita tak solat 5 waktu sehari, yang kita kena sibukkan kalau anak lelaki kita ni pemalas tak membantu isteri di dapur langsung, itu yang kita kena sibukkan.
Menantu bukan bibik ye kalau mereka datang ke rumah kita, mereka nak buat kerja rumah, itu bonus, mereka tak mahu buat jangan di paksa-paksa.
Macam aku, menantu tahu dah perangai huru hara aku ni, jenis melawak kasar, dia dah terbiasa. Dan dia tahu bawa diri kalau di rumah aku.
Lagi satu saja la aku nak berpesan-pesan, jangan sesekali kau nak atur hidup anak menantu. Biarkan mereka membuat keputusan bersama, kita sebagai orang tua cuba dengar dan nasihat mana yang terbaik. Cukup!
Gaji anak-anak tak payahlah nak sibuk tahu dan atur, perbelanjaan mereka tak payah sibuk nak ambil tahu, ke mana mereka nak berjalan bercuti tak payahlah nak ikut melainkan dipelawa.
Bahagia mereka, bahagia kita. Kebahagiaan anak-anak biar mereka yang susun. Doa banyak-banyak supaya tak jadi mentua dari neraka.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah RM600k buka kedai emas. Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai menyalurkan wang hasil rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.