Jika mak-mak sedang mencari menu ringkas, sedap dan mudah disedikan untuk potluck sekolah anak, boleh cuba buat Strawberry Peanut Butter Sandwich ini. Bukan apa, adakalanya buntu mak-mak nak sediakan menu yang anak-anak suka makan di sekolah. Lagi pula sekarang ni tengah musim anak-anak ada jamuan di sekolah.
Boleh cuba idea menarik yang dikongsikan oleh Puan Syahirah Adnan ini sebagai rujukan;
Strawberry peanut butter sandwich ni memang menarik & paling laris masa potluck di sekolah anak tadi.Thank you pada sis yang share idea sandwich ni haritu.
2 bungkus roti ni boleh dapat satu box sandwich tu. Ada lebih pulak lagi roti butterscotch tu.
Siapa sangka bermula dengan saja-saja dibuat makan, Roti Jala Sos Coklat yang dibuat mampu jadi duit poket dan pendapatan sampingan buat lelaki ini apabila ia kian mendapat sambutan. Mungkin kerana keunikan resipinya kerana roti jala selalunya berwarna kuning dan dihidangkan bersama kari ayam atau daging. Tapi sebaliknya roti jala ini rasa manis berwarna coklat dan dihidangkan bersama sos coklat.
Berikut perkongsian resepi oleh Muhamad Fadzul Ilahi Azhar sebagai rujukan mak-mak yang nak cuba sendiri dirumah atau boleh juga dibuat pendapatan sampingan.
“Dari saja-saja buat makan..sampai la menjadi duit poket..hari ini saja saya dapat tempahan 70 set.Saya ingat orang tak suka.. saya cuba.. Alhamdulillah dapat sambutan.. saya nak sis2 yang tak buat apa-apa kat rumah.. boleh laa amik resepi ROTI JALA SOS COKLAT.. sama-sama kita kongsi ilmu.yang mana dah share sebelum ni bagus la. Yang belum share silakan.saya halalkan.Tapi doakan saya berjaya dalam bisnes.. aaminn
Ada orang tanya saya jual sebekas berapa.Saya jual 1 bekas RM5 ada 7 Keping
Bahan-Bahan (Roti Jala):
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar serbuk koko (tengok nak gelap atau cerah)
3 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak
1/2 cawan susu cair
Air ikut kepekatan jangan pekat sangat jangan cair sangat.
Sedikit garam
Cara Membuat:
1.Kacau semua bahan dalam satu mangkuk lepas tu blend hingga halus.
2.Semasa blend tu boleh tengok kalau ada pusar dekat tengah tu boleh masuk satu ibu jari tu adunan cantik.kalau blend adunan tu tiada pusar atau pusar kecik.. masukkan air bagi ada pusar kat tengah.
3. Bolehlah ‘menjala’ menggunakan botol 3 kaki atas kuali nonstik.
Mesti mak-mak tengah berkira-kira nak buat biskut raya kan! Walaupun belum tentu dapat balik kampung tapi sekurangnya persediaan tetap ada. Biskut kayangan, sehebat nama dan sesedap rasa. Sesuai sangat dengan namanya.
Biskut kayangan, semolek nama sebab bahan yang digunakan itu memang agak mahal tapi rasanya pun memang sedap dan sangat puasa hati. Paling penting, cara nak buatnya pun sangat senang. Tak perlu nak bakar dan mixer.
Nak tahu lebih lanjut resipi biskut kayangan ini, ikuti perkongsian daripada Azlina Ina Fans ini.
“Resipi paling mudah dalam dunia ni. No oven dan mixer. Tak perlu susah-susah. Paling penting sedap sangat. Cuma, bahan yang digunakan itu agak mahal. Kalau nak jual, kena kira kosnya sebab kat kedai dijual RM29.90 untuk satu balang.
Resipi Cluster Walnut Almond
1. Bahan utama, beryls milk coin 1kg
2. Gunakan 2 sudu besar pure butter (wajib). Elak guna buttercup atau marjerin, sebab rasanya akan tak sama.
3. Bakar walnut 1kg sehingga agak-agak garing, bergantung kepada oven masing-masing. Saya guna suhu 160’ selsius selama 30 minit. Boleh juga sangai biasa.
4. Gunakan almond flakes sebanyak 500gm untuk rasa ranggup. Bakar atau sangai tanpa minyak.
5. Begitu juga dengan almond nips pun bakar untuk hiasan dan isi dalam adunan. Ingat, kena sangai sehingga garing.
6. Cara-caranya, masukkan dalam pengukus yang diletak air panas di bahagian bawah mangkuk. Cairkan 1kg beryls dan butter. Biarkan selama 10 minit dan kacau sehingga cair.
7. Bila dah cair, angkat dari pengukus tadi.
8. Masukkan semua jenis kacang-kacang dan gaul sebati.
9. Masukkan sekali badam nips ½ cawan dan gaul sebati.
10. Gunakan sudu dan susun dalam tray. Masukkan ke dalam peti ais selama 2-3 minit saja.
11. Sudah siap. Senang sangat.
12. Gunakan resipi ini untuk rasa lemak-lemak coklat dan bersusu. Tak perlu cadbury pun dah sedap.
13. Boleh isi dalam balang.
MW: Nanti jadikan salah satu juadah hari istimewa nanti.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
1. JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021. https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/
Kuih penjaram atau ada juga yang memanggil namanya penyaram, cucur jawa, cucur topi merupakan kuih tradisonal kegemaran ramai. Nak membuat kuih ini memang nampak mudah, namun ada caranya untuk menjadikan ia cantik bersarang dan lembut di dalam, dan menjadi renda/ropol topi yang cantik,ringan,rangup di bahagian tepi.
Nak tahu resipi dan caranya supaya Kuih Penjaram ini menjadi boleh ikut seperti yang dikongsikan oleh Puan Leeina Qaliena ini sebagai panduan;
Penjaram Ummi Rizqi, kegemaran keluarga. Ramai yang bertanya cara penyediaan. Jadi saya edit resepi yang lengkap sebab dalam video hanya bahan sahaja yang saya kongsikan.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung beras cap 3 gajah
2 cawan tepung gandum cap ros
1 cawan gula merah hancur
1 cawan gula putih(boleh kurangkan kpd 3/4 cwn shj)
2 1/4- 2 1/2 cawan air(ikut kesesuaian)
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya:
1.Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga gula larut. Boleh letak daun pandan untuk lebih wangi. Tapis dan biarkan seketika(suam).
2.Satukan Tepung Gandum dan tepung beras,garam, tuang air gula merah tadi sedikit-sedikit dan adun sebati.Jika adunan nampak masih kental boleh ditambah air sedikit-sedikit sahaja sehingga dapat adunan yang Cantik.(Tidak terlalu cair tidak terlalu kental).
Tapis adunan ke dalam bekas supaya adunan halus sekata. **Tips: Wisk adunan sehingga timbul bubble atau kacau menggunakan senduk pun boleh. Baru diperap.
3.Tutup bekas adunan dan perap pada suhu bilik minimum 4 jam. Boleh digoreng. Nak lebih cantik perap semalaman esok pagi digoreng.(Boleh juga diperap didalam peti ais)
4.Guna kuali yang sedikit dalam, tuang 1/2 cawan minyak dan gunakan api yang perlahan sahaja. (api kecil). Tuang adunan perlahan dan biarkan ia masak dan membentuk seperti bersarang sehingga habis baru dibalikkan.
Nota: Semasa menggoreng jika ia menjadi serat-serat, bermakna adunan yang cantik.Hasilnya kuih menjadi renda/ropol topi yang cantik,ringan,rangup di bahagian tepi dan lembut di dalam.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat kuih penjaram yang lembut, cantik bersarang di dalam, ringan,rangup ropol topi di bahagian tepi. Boleh cuba nanti ikut resipi dan tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Leeina Qaliena
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jemaah wanita meninggal lepas baca Yassin, kematian husnul khatimah malam Jumaat di masjid. Kematian jemaah wanita yang meninggal di masjid ini pastinya menjadi idaman...