Kira-kira 100 jemaah Masjid Sultan Yussuf Rapat Setia menunaikan solat jenazah ghaib selepas sembahyang zuhur hari ini untuk Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni, pelajar Malaysia yang terkorban dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand Sabtu lepas.
Solat Jenazah Ghaib Untuk Megat Ashman
Solat itu diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Yussuf, Muhammad Shamsuddin dan turut dihadiri datuk Allahyarham, Megat Khashusaini Megat Abd Rahman, 85, dan ahli keluarga yang lain.
Megat Khashusaini ketika ditemui berkata, pihaknya bersyukur Allahyarham cucunya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch kira-kira 9 pagi tadi waktu tempatan.
Megat Khashusaini (kanan) dan Nor Hanita Meor Mohd Nor, 62, datuk dan nenek Megat Ashman Aqif, pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand menunjukkan potret keluarga ketika ditemui di kediaman mereka di Gunung Rapat pada Ahad. Foto Bernama
“Syukur, alhamdulillah urusan pengebumian jenazah Allahyarham cucu saya telah selamat dan selesai semuanya kira-kira 9 pagi tadi waktu New Zealand.
Ads
Disempurnakan 100 Jemaah Masjid Sultan Yussuf Rapat Setia, Ipoh
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan yang mengutus ucapan takziah.
“Semoga roh cucu saya dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT,” katanya.
Megat Khashusaini berkata, beliau sekeluarga reda dengan keputusan jenazah cucunya dikebumikan di New Zealand.
“Saya reda dia dikebumikan di sana walaupun sebelum ini bapanya berhasrat untuk membawa pulang jenazah anaknya untuk dikebumikan di Perak.
Ads
“Semoga roh cucu saya dan juga seorang lagi yang turut terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.
Dalam kejadian Sabtu lepas, selain Megat Ashman Aqif, seorang lagi pelajar Malaysia, Wan Nur Adlina Alisa dari University of Canterbury turut terkorban dalam kemalangan yang berlaku pada 1.45 tengah hari waktu tempatan.
Ads
Tiga lagi pelajar cedera dalam nahas sama iaitu Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Anak Walton dari universiti sama serta Muhamad Faris Mohd Fairusham dari Victoria University of Wellington.
Kata pelakon Abby Abadi dia tak kaya mana pun. Biasa-biasa saja. ‘Dapat habis.. dapat habis.. jual rempeyek je pun’. Dan dia bukanlah menjual bayi-bayi sebagaimana tuduhan yang dilemparkan kepadanya dalam forum bincang di internet.
Panjang lebar Abby terangkan macam mana prosedur dia dan suami nak menguruskan bayi-bayi yang kemudiannya diserahkan pada mak ayah angkat. Dia tolong urus, berurusan juga dengan pihak berkuasa. Bukannya dia jual bayi tu dan kaut kekayaan.
Paling banyak membantu memudahkan urus bayi-bayi itu tentulah suaminya, Muhammad Faizal Zakaria yang lebih dikenali Jai Ezzany. Betapa baiknya suami, tenang saja uruskan bayi-bayi itu.
Kerana Suamilah Saya Dapat Uruskan Bayi-bayi Ini
“Terima kasih suami tolong azankan baby-baby ni.. Semoga ALLAH balas kebaikan suami dengan sejuta rahmatNYA.
Seorang yang sangat baik, tenang. Kurang nak bercakap dengan orang-orang yang tak kenal… Marah pun diam je.. Kalau dengan saya je buleh sembang semua benda.. Dan kerana suami juga saya mampu menguruskan baby-baby ini dengan baik.
Selalu bila saya jadi perantara je, saya kenalkan & akan suruh Mak Pak angkat jumpa sendiri dengan Mak Baby. Saya tolong dealkan awak apa yang perlu dan tak perlu. Dan kemudiannya mereka akan berjumpa sendiri bagi jadi.
Cuma sejak payah nak ke mana-mana ni beberapa kali saya dan suami tolong uruskan semua sekali termasuklah untuk 2 baby Kelantan /Terengganu ni.. Kami turun padang dari awal sampai habis. Salah satu sebab besarnya adalah kerana PKPB. Lagi sebabnya adalah kerana Mak Ayah angkat serba tak tahu. Terangkan pun tak faham-faham juga sampai nak register surat beranak pun tak tahu juga… jadi saya bincang dengan suami. Suami kata ok. Dia rajin nak bawak kereta ke situ sana sini, sambil cari makan katanya.. Tu sebab kami gigih ke Kelantan /Terengganu ini. Tak cerita awal sebab segan kalau tak lepas atau gagal.
Saya Tak Kaya Pun, Jual Rempeyek Je..
Masa ke Balai di Kuala Lumpur, siap dah surat, tinggal nak cop dapatkan kebenaran je.. Saya dah bincang dengan suami kalau tak lepas, baliklah semula ye sayang. Mak Ayah angkatlah kena uruskan sendiri. Suami ye kan je.. Dpt lepas Alhamdullillah. Tak lepas, tolong dari jauh jelah.
Dipendekkan cerita.. Luluss. Polis terus cop je. ALLAH permudahkan. Polis yang bertugas tak tanya banyak. Cuma tanya ada urusan apa, sebut anak angkat, terus dia kata ok, baca sebab musabab yang kami senaraikan & sign. Tak tanya pun kenapa, mengapa & bagaimana.. ALLAH Maha Berkuasa atas segalanya.
Takyah jeles-jelaslahhh.. Saya tak kaya pun. Biasher-biasher je. Dapat habis, dapat habis. Jual Rempeyek je punnn.. Tengah tunggu orang kaya yang takde waris datang cari & bantu saya. Tinggalkan harta lagi baik hahahaa InshaALLAH Saya akan gunakan sebaik-baiknya harta dia untuk bantu mereka yang memerlukan. buleh camtu. Bulehlahhh.. besar pahala.”
“Ini contoh bil swasta yang saya bayar untuk ambil Darda. Yahudi sungguh kan? Tapi takpelah.. sebab bil tinggi semua tak nak, dapat pada saya. Rezeki sungguh sebab bertuah sangat anak ini. Sangat membahagiakan kami.. comel, baik & bijak.
Ada lagi tuduhan pada saya. Dia tulis kat forum tu kata baby saya tak kasi pilih… aii ingat ikan ke nak pilih-pilih? Nak baby biar ikhlas. Terima seadanya. Yang saya uruskan pun untuk beri pada mak ayah angkat. Saya pastikan sihat sempurna. Nak yang begitu begini, putih, hidung mancung, kaki panjang.. kalau beranak sendiri pun takkan dapat ikut kehendak kita kan?
Tapi tulah bila kata saya tak kasi tanya apa-apa langsung.. menipu sangat. Saya cerita je semua background mak ayah baby. Sah ke tak sah ke, warganegara ke, bukan warganegara semua saya bagitau awal. Cuma orang kita ni sebahagiannya jenis yang banyak cekadak, rasist. Bila kita senang hati nak bantu, dia nak treat kita macam orang suruhan dia pulak. Yang tu saya reject awal.
Saya Usaha Uruskan Bayi-bayi, Tak Jual Ye.. – Abby Abadi
Saya ni tak sempat nak bercerita semua benda. Walaupun nampak macam saya rajin sangat bersembang dalam ni kan? Tapi sebenarnya banyak lagi yang tak sempat cerita sebab saya banyak buat kerja lain juga. Yelah.. cari rezeki nak bagi makan anak-anak, nak bayar bil lagiii.. celah mana tah dorang menilai saya kaya.. ikut sedap tekak je buat fitnah. Tak takut mati kaaaa ni?
Penat tau.. nak menjawab fitnah-fitnah macam ni.. Saya sehabis baik tolong semampu saya dan saya beruntung ada suami sejenis yang sangat rajin membantu & sangat supportif. Cukuplah menfitnah. Saya tak larat nak cerita semua benda. Lepas ni saya tolong dari jauh je ye sebab ramai yang dengki, dorang nampak saya macam jalan-jalan time PKPB ni padahal saya berurusan dengan pihak berkuasa juga.
Apapun terima kasih semua pihak yang percayakan saya & sudi memudahkan urusan saya. InshaALLAH, kalau ada permintaan, saya usaha uruskan. Saya tak jual ye. Saya uruskan saja. Sekian.”
MW :Sampai hati mereka yang buat fitnah pada Abby ini. Punyalah dia usaha tolong bayi-bayi itu. Sampai jumpa mak ayah angkat yang jaga mereka dengan baik. Beri kehidupan baik-baik pada bayi tu.
Prince Harry & Meghan hampir kemalangan dikejar paparazzi, insiden membayangi kemalangan menimpa Puteri Diana. Insiden dikejar paparazzi yang mahu mendapat gambar eksklusif dalam dunia golongan ternama bukan hal baru. Yang sering menjadi mangsa adalah golongan selebriti kerana setiap gambar yang terjual nilainya sangat tinggi.
Terkini, Duke dan Duchess of Sussex iaitu Prince Harry dan isterinya, MeghanMarkle menjadi mangsa kerakusan paparazzi hingga mengakibatkan mereka hampir mengalami kemalangan apabila dikejar paparazzi dalam insiden semalam.
Prince Harry & Meghan Hampir Kemalangan Dikejar Paparazzi
Media melaporkan adanya insiden kejar mengejar hampir dua jam selepas kedua pasangan ternama ini selesai menghadiri acara anugerah Women Of Vision Awards yang diadakan di Ziegfeld Ballroom New York, Amerika Syarikat.
Menurut jurucakap pasangan Diraja ini, sekumpulan paparazzi yang sangat agresif mengejar kenderaan pasangan ini dalam situasi yang “hampir berbahaya” berikutan kenderaan dinaiki oleh Harry dan Meghan hampir bertembung dengan kenderaan paparazzi selain keselamatan orang awam di laluan pejalan kaki. Turut sama dalam kenderaan dinaiki ialah ibu Meghan, Doria Ragland.
“Prince Harry dan Meghan dilaporkan sangat tertekan dengan insiden yang terjadi,”katanya lagi. Media antarabangsa melaporkan tiada kemalangan jiwa terjadi atau kerosakan pada kenderaan dinaiki pasangan Di Raja ini atas insiden ini.
Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian ini. Dilaporkan sejak membuat keputusan meninggalkan istana, pasangan ini sering menjadi tumpuan media.
Memilih tinggal di New York dan terlibat dengan kerja amal, sejak kejadian menimpa ibunya, Puteri Diana yang mati akibat kenderaan dinaiki terlibat kemalangan semasa dikejar sekumpulan paparazzi, Prince Harry sering meluahkan kemarahannya terhadap pencerobohan media selepas kejadian menimpa ibunya hingga membawa kepada kesunyian hidupnya yang perlu melalui kehidupan tanpa seorang ibu di sisi.
Pada 31 Ogos 1997 Diana meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandu laju di jalan terowong Pont de l’Alma di Paris bersama-sama dengan Dodi Al-Fayed dan pemandu Henri Paul.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari ini seluruh umat Islam berasa cukup sayu, sedih, geram malah marah dengan apa yang berlaku kepada jemaah solat Jumaat di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand.
Dua rakyat Malaysia turut terlibat dalam tragedi tembakan rambang yang disiarkan secara live oleh pengganas terbabit. Dan salah seorang isteri mangsa, Noor Azila Abd Wahid tak dapat menahan kebimbangan.
Suaminya, Rahimi Ahmad dan anaknya antara jemaah hilang dan tak dapat dikesan dalam insiden berdarah di masjid dekat Christchurch.
Dari laporan NZ Herald, isteri ini memaklumkan suaminya berada di dalam masjid sementara anaknya, Ahmad Razif, 11 bermain di luar. Ketika tembak menembak berlaku, jemaah lain sempat menarik anaknya dan menyelamatkannya ke rumah Kiwi, bersebelahan masjid.
Debar hatinya terjawab akhirnya. Suami yang dikatakan hilang selamat jalani pembedahan untuk membuang peluru yang terkena pada rusuk.
Dan sekali lagi pembedahan akan dilakukan pada keesokan harinya.
Ketika ini, isteri rahimi telah berada di sisi suaminya.
Kredit foto : Mikal Ong, Harian Metro
Tidak Senang Hati Kenang Keadaan Anak – Ibu Rahimi
Manakala ibu Rahimi, Rokiah Mohamad, 65 yang ketika ini berada di kediamannya di Kampung Binjai, Bayan Lepas meluahkan rasa syukur apabila mengetahui anaknya selamat dan sedang dirawat di hospital
“Selepas mendapat berita mengenai insiden itu, menerusi televisyen, saya tak mampu berbuat apa-apa selain berdoa keselamatan anak, cucu dan semua yang berada di masjid ketika itu.”
“Saya tidak senang hati mengenangkan keadaan mereka.”
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz memaklumkan beliau mendapat maklumat mengenai keadaan Rahimi daripada anak ADUN Hulu Klang, Shaari Sungib yang berada di Christchurch.
Beliau dengan kerjasama kerajaan negeri Pulau Pinang, akan membawa ibu dan abang Rahimi, Rosli, 42 ke New Zealand.
Terkini, tragedi solat Jumaat ini mengorbankan 49 orang jemaah Muslim dan 20 orang lagi parah dalam serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch.
MW: Mohon rakyat Malaysia mendoakan agar pembedahan yang bakal dijalani Rahimi esok akan berjalan dengan lancar.
Salam takziah buat jemaah Muslim yang terbunuh dalam tragedi tembakan rambang solat Jumaat di Christchurch, New Zealand. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang beriman.
Sumber/Foto : NZ Herald, Kosmo, Bernama, FB Rahimi Ahmad
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...