Sumber /  Sumber Foto : Instagram Nelydia Senrose

So sweet, luahan Nelydia “Syurgaku, usaha, pengorbanan dan besar pelaburan mu untuk kita jadi tetamu Allah”. Begitulah kata-kata romantis yang diungkapkan oleh pelakon Nelydia ketika memuat naik dua buah foto bersama suami tercinta yang ketika itu sedang berada di bumi Arafah.

Seperti yang diketahui umum Nelydia Senrose kini sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.

So Sweet, Luahan Nelydia

Pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 28 menunaikan ibadah tersebut dengan ditemani suaminya Mohd. Hafez Halimi. Bertuah sungguh pasangan ini, dalam usia yang muda berpeluang menjadi tetamu Allah.

Terbaru seperti mana dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, Nelydia sangat berterima kasih kepada suaminya kerana berusaha keras dan ikhlas membawa isterinya ke jalan Allah.

“Kenangan kami pada Hari Wuquf dibumi Arafah 🤍

“Syurgaku..terlalu banyak usaha, pengorbanan dan besar pelaburan mu utk kita menjadi tetamu Allah. Niat dan keikhlasan mu utk kejalan Allah sangat ku kagumi.

“Dia tidak berkira-kira utk memberi yang terbaik demi jalan Allah. Dia juga menjagaku dgn penuh hormat dan kasih sayang.

“Dia lah sebaik-baik rezeki buat ku dari yang Maha Agung. Moga Allah satukan hati kami hingga ke syurgaNya.

IKLAN

Beruntung Jadi Tetamu Allah

“Terima kasih ya Allah atas peluang ini, jadikan kami tetamu Mu lagi, dan jemputlah mereka juga yang sudah lama menantikan undangan Mu. Aamin YRA,” tulisnya.

So Sweet, Luahan Nelydia “Syurgaku, Usaha, Pengorbanan& Besar Pelaburan Mu Untuk Kita Jadi Tetamu Allah” So Sweet, Luahan Nelydia “Syurgaku, Usaha, Pengorbanan& Besar Pelaburan Mu Untuk Kita Jadi Tetamu Allah”

Baca Disini : Anugerah Terindah Nelydia & Suami Jadi Tetamu Allah Tunaikan Ibadah Haji “Moga Haji Mabrur Buat Kalian”

IKLAN

Berangkat Ke Mekah, Suami Doakan Heliza “Semoga Allah Pelihara Kalian & Diberikan Haji Mabrur”

“So Sweet Indahnya Kata-Kata” Warganet 

Menerusi ruangan komen ramai yang begitu teruja dan kagum dengan perkongsian dari Nelydia dan mendoakan semoga Nelydia terus istiqomah.

So Sweet, Luahan Nelydia “Syurgaku, Usaha, Pengorbanan& Besar Pelaburan Mu Untuk Kita Jadi Tetamu Allah” So Sweet, Luahan Nelydia “Syurgaku, Usaha, Pengorbanan& Besar Pelaburan Mu Untuk Kita Jadi Tetamu Allah”

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose

Baca Sini : Penghijrahan Selangkah Demi Selangkah “Mengharapkan Pengakhiran Yang Baik Dalam Hidup Ini” Nelydia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose

Mingguan Wanita: Alhamdulillah, beruntung Nelydia dan suami dapat menunaikan ibadah haji pada usia yang muda.

Sumber /  Sumber Foto : Instagram Nelydia Senrose

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI