Sumber Foto : Instagram Datuk Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza pernah terfikir hentikan perniagaan kosmetik, bangkit bertahan berkat sokongan Datuk K. Begitulah yang dikongsi oleh penyanyi popular tanahair, Datuk Seri Siti Nurhaliza tatkala bercerita tentang perniagaannya dalam bidang kosmetik.

Walaupun dirinya dikenali ramai sebagai usahawan wanita berjaya namun Siti akui bukannya satu perkara mudah untuk berjaya tanpa usaha dan jiwa kental menjadi sandaran.

Sewaktu menemubual ibu kepada dua cahaya mata dan juga isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) semasa pelancaran produk SimplySiti For All – Reflection Of Perfection’ dan sesi memperkenalkan duta SimplySiti baru-baru ini, figura hebat ini bercerita tentang kejayaan dikecapi dalam perniagaan.

Siti Nurhaliza Pernah Terfikir Hentikan Perniagaan Kosmetik, Bangkit Bertahan Berkat Sokongan Datuk K

Siti Nurhaliza Pernah Terfikir Hentikan Perniagaan Kosmetik

Siti juga meluahkan sebagai seorang usahawan dia perlu mempunyai semangat yang kuat dalam melunaskan setiap misi, meskipun kadangkala berdepan dengan pelbagai ranjau.

Malah pernah suatu ketika dirinya terfikir mahu menghentikan sahaja perniagaan kosmetiknya, SimplySiti disebabkan cabaran berat yang didepani.

Namun berkat sokongan suami, Datuk K dan keazaman yang disemai dalam diri, dia bangkit bertahan dan meneruskan misi membawa perniagaan diusahakan ke puncak kejayaan.

“Apa sahaja bidang yang kita lakukan, baik dalam bidang perniagaan mahupun seni memang akan ada cabaran dan fasa turun naik.

“Kalau ikutkan sepanjang menceburi bidang perniagaan dan mengusahakan produk kosmetik SimplySiti lebih 11 tahun lalu, macam-macam dugaan saya lalui termasuk ditipu dan berdepan pekerja tidak jujur.

“Paling mencabar juga ketika suami saya kemalangan beberapa tahun lalu sehinggakan saya perlu melepaskan seketika urusan perniagaan kepada pekerja. Dari situ barulah saya tahu mana (pekerja) yang jujur, setia dan sebaliknya,” ujar Siti sambil tersenyum manis.

Siti Nurhaliza Pernah Terfikir Hentikan Perniagaan Kosmetik, Bangkit Bertahan Berkat Sokongan Datuk K

IKLAN

Siti Nurhaliza Pernah Terfikir Hentikan Perniagaan Kosmetik, Bangkit Bertahan Berkat Sokongan Datuk K Siti Nurhaliza Pernah Terfikir Hentikan Perniagaan Kosmetik, Bangkit Bertahan Berkat Sokongan Datuk K

Tidak Pernah Kesal Dengan Apa Yang Dilalui

Malah anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini juga akui tidak pernah kesal dengan apa yang dilalui.

“Saya sentiasa melihat setiap cabaran yang datang itu dengan fikiran yang positif. Malah saya tidak pernah menyalahkan, apatah lagi berasa kesal dengan apa yang dilalui.

“Alhamdulillah ALLAH SWT permudahkan perjalanan perniagaan yang saya usahakan meskipun ada cabarannya yang tersendiri.

Restu Suami, Doa Ibu

“Terima kasih kepada suami dan keluarga termasuk ibu dan ibu mertua saya yang banyak mendoakan kejayaan ini. Selain restu suami, saya yakin doa kedua-dua ibu membawa saya berjaya hingga ke tahap sekarang,” akhirinya.

Baca Disini Juga:

IKLAN

Siti Nurhaliza Berjaya Turun 20kg “Ketika Hamilkan Muhammad Afwa, Berat Badan Mencecah 92kg”

Siti Nurhaliza Ringankan Beban Keluarga Punya Anak Kecil “Hari Ini Kita Terus Kuat Bersatu”

“Bukan Satu Isu Untuk Diperbesarkan, Paling Penting, Kita Saling Menghargai” Siti Nurhaliza

Sumber Foto : Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Siti Nurhaliza Pernah Terfikir Hentikan Perniagaan Kosmetik, Bangkit Bertahan Berkat Sokongan Datuk K

IKLAN

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanitaMW

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI