Sini Abi Tunjuk Macam Mana Cara Bagi Adik Tak Mengamuk Campak Barang

Emosi anak-anak memang akan jadi bom jangka, bila mak ayah salah pendekatan memujuknya. Pantang anak-anak bila barang mereka dirampas tanpa rela. Kadang kita tak perasan, yang tindakan mendesak sebegitu rupanya membentuk karakter pemberontak dalam diri anak.

Nak ambil barang dari tangan anak ada caranya. Bukan main rampas. Inilah yang dikongsikan Muhammad Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Encik Matt (LelakiBurQa) yang berhadapan situasi anaknya yang digelar ‘adik’ yang dah pandai campak barang.

 

Sini Abi Tunjuk Macam Mana Cara Bagi Adik Tak Mengamuk Campak Barang..

Anak Tengah Seronok Main, Kita Rampas

Patutlah anak saya dah pandai campak barang apabila diminta. Rupanya mak saudara di rumah selalu rampas barang dari tangan dia.

Perasan tak anak sedang seronok bermain kita rampas, terus dia mengamuk dan menangis.

Rupanya cara kita sangat salah. Merampas barang dari tangan mereka akan develop sifat memberontak.

IKLAN

Dua minggu lepas anak saya main penyapu, kakak datang terus rampas penyapu, marah adik. Apa lagi meragamlah dia. Menjerit sekuat hati marah kakak balik. Kebetulan berlaku depan saya.”

Saya cakap kakak bagi balik kat adik. Sini Abi tunjuk macam mana cara supaya adik tidak mengamuk.”

Saya pergi kat anak. Saya duduk sama tinggi dengan dia (melutut). Perlahan-lahan saya pegang penyapu. Saya cakap rajinnya Muhammad nak menyapu sampah ya? Sambil saya senyum. Meh sini penyapu Abi ajarkan. Terus anak bagi dengan muka tersenyum.

Setelah itu saya alihkan perhatian dia pergi luar rumah tengok burung, tengok langit, tengok kereta.

Cara pujukan yang ditunjukkan ayah itu menjadi dan berjaya melembutkan hati anak kecilnya. Sebenarnya nak memujuk anak pun ada tekniknya.

IKLAN

 

Sini Abi Tunjuk Macam Mana Cara Bagi Adik Tak Mengamuk Campak Barang..

4 Cara Paling Berkesan Pujuk Anak Yang Mula Nak Tantrum

1. Eye Contact

Pandang ke dalam matanya dengan ekpresi muka yang tenang apabila bercakap atau untuk arahkan sesuatu.

2. Body Contact

Samakan kedudukkan kita setaraf dengan mereka. Guna sentuhan yang lembut apabila anak sedang meragam. Rapatkan badan kita dengan anak. Pegang bahu dia sambil gosok-gosok di belakang dan terus peluk, sambil bisik di telinga dia, “Abi dan Umi sayang Muhammad, الله sayang Muhammad

IKLAN

3. Perkenalkan Kepada Anak Kegunaan Sesuatu Barang Tersebut

Bezakan kepada mereka yang mana boleh main dan yang mana tidak boleh main atau sentuh, terutama alatan tajam atau barangan elektronik.

Sebenarnya bagi kanak-kanak semua barang adalah permainan. Jadi,tugas kitalah untuk fahamkan perbezaan barang-barang tersebut. Contohnya penyapu tadi. Setiap hari ketika menyapu cakap kepada anak penyapu ini fungsinya untuk sapu sampah. Bukan untuk main. (sambil ajak anak)

4. Apabila Anak 2 Tahun Main Barang Yang Salah

Jangan kita berteriak dari jauh. Anak pegang gelas dari jauh kita dah jerit. Akhirnya mereka terkejut terus campak gelas ke lantai. Sepatutnya pergi kepada anak dan ambil gelas dengan berhemah.

Sekarang anak saya mula dengar cakap tidak lagi campak barang. Dia nak main HP sekali pun datang minta izin dengan saya. Rupanya sangat mudah untuk wujudkan emosi yang positif dalam jiwa anak-anak kecil ini.

Moga Bermanfaat kepada tuan puan.

Sumber/Foto : Facebook Muhammad Ahmad , wholeparent.com , everythingfordads.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI