Seronok Sungguh Wanita Ini Snorkelling & Hiking Di Pulau Coron. Kat Mana Tu?

Ibarat impian menjadi kenyataan apabila Siti Hadijah Zain dapat menjejakkan kaki ke Pulau Coron. Pulau Coron adalah pulau ketiga terbesar di Kepulauan Calamian yang terletak di utara Palawan, Filipina. Ikuti kisah percutian selama lima hari empat malam ini.

Saya sudah lama memasang impian ingin bercuti ke Pulau Coron, Filipina. Hanya baru-baru ini sahaja saya dapat merealisasikannya bersama rakan-rakan kaki travel. Percutian kami ala backpackers. Tujuan saya berkongsi pengalaman ini adalah sebagai rujukan kepada mereka yang ada rancangan untuk bercuti di pulau ini pada masa hadapan.

Seronok Sungguh Wanita Ini Snorkelling & Hiking Di Pulau Coron. Kat Mana Tu?
Pemandangan Dari Atas Bukit

Daripada pengalaman bercuti di Pulau Coron ini dapat saya katakan pulau ini sangat cantik. Namun tidak ramai rakyat Malaysia ke sini. Kebanyakannya lebih suka ke pulau-pulau lain yang terdapat di Filipina. Berkemungkinan besar kerana tidak ada pesawat terus dari Malaysia ke Pulau Coron.

Pilih Antara Kapal Terbang Atau Feri

Kami memilih syarikat penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Manila. Terdapat dua pilihan untuk ke Pulau Coron. Anda boleh memilih untuk menaiki kapal terbang atau feri.

Jika anda suka menaiki feri, bolehlah pergi ke Manila Port. Perjalanan ke Coron Pier selama 12 jam. Tetapi perjalanan pergi dari Manila ke Coron Pier hanya ada pada hari Jumaat.  Manakala perjalanan balik dari Coron Pier ke Manila pula pada hari Ahad.

Seronok Sungguh Wanita Ini Snorkelling & Hiking Di Pulau Coron. Kat Mana Tu?
Cantik Sungguh Pemandangan. Banyak Tempat Boleh Bergambar,

Kami memilih untuk menaiki kapal terbang memandangkan ketika itu harga lebih murah, jika menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Clark ke Lapangan Terbang Busuanga, Coron. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Manila ke Lapangan Terbang Antarabangsa Clark kami menaiki bas.

IKLAN

Jika anda mahu menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Manila bolehlah juga semak harga tiket yang murah menggunakan Cebu Pasific atau Philipine Airline. Tidak buang masa. Tempoh perjalanan menggunakan kapal terbang hanya satu jam.

Jelajah Pulau

Kami mengeluarkan kos sebanyak 13000 peso bagi pakej ground di Coron. Kos ini termasuklah Hotel di Clark, Hotel di Coron, aktiviti di Coron serta tip untuk pemandu pelancong. Pakej yang kami ini disertakan dengan makanan halal. Pakej ini semuanya telah saya uruskan dari Malaysia lagi.

Sepanjang bercuti di Pulau Coron banyak tempat dan aktiviti yang telah kami lakukan. Hari pertama kami melawat Mount Typas dan Maquinit Hot Spring. Pada hari kedua kami pergi ke Calauit Safari iaitu sebuah safari yang terletak di Pulau Calauit).

IKLAN

Seronok Sungguh Wanita Ini Snorkelling & Hiking Di Pulau Coron. Kat Mana Tu?

Hari ketiga pula kami mengikuti Ultimate Island Tour. Di dalam pakej ini kami pergi ke Kayangan Lake, Beach 91, Twin Lagoon, Skeleton Wreck. Manakala pada hari keempat kami mengikuti Island Escapade yang merangkumi kunjungan ke Banana Island, Malcapuya Island, dan Coral Garden.

Wajib Lawat Safari

Banyak aktiviti boleh dilakukan di Pulau Coron. Kita boleh snorkelling, skuba dan berkayak. Bagi yang minat mendaki bolehlah mendaki Mount Typas. Pasti anda terpegun melihat panorama Pulau Coron dari atas puncak.

IKLAN

Seronok Sungguh Wanita Ini Snorkelling & Hiking Di Pulau Coron. Kat Mana Tu?

Apa yang seronok di Pulau Coron ini selain ia terkenal dengan pulau-pulau yang cantik dengan hidupan laut dan batu karang yang masih terpelihara, terdapat juga safari yang wajib dilawati. Walaupun hanya terdapat tiga jenis binatang iaitu zirafah, kuda belang dan rusa, namun satu pengalaman baru dapat melihat binatang tersebut di habitat semula jadi.

Selain itu juga Pulau Coron mempunyai kolam air panas semula jadi di kawasan bakau. Ini membuatkan saya terfikir dan tertanya bagaimana wujudnya kolam air panas tersebut sedangkan di sebelahnya laut yang terbentang luas.

Foto: Siti Hadijah Zain

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI