Bila 24 jam duduk kat rumah nie, dapurlah tempat yang kerap di singgahnya. Kejap ruang tamu, kejap-kejap masuk dapur. Ada sahaja benda yang nak dikunyah dan perut sentiasa je lapar, lebih-lebih anak-anak. Kadang-kadang, mak-mak pun dah kehabisan idea untuk masa apa pada keluarga.
Sudah tak ada idea, apa lagi maggi lah yang menjadi tumpuan. Nak tahu apa yang sesuai selain di masak maggi, mak-mak boleh buat murtabak maggi. Senang saja, anak-anak pun boleh buat. Apa kata, pagi esok mak-mak cuti, biar anak yang buat murtabak maggi untuk sarapan.
Kali ini, Anne IdZahra dari ‘AromaDapurAnneElZahra’ berkongsi murtabak maggi yang dibuat sendiri oleh anak bongsunya.
“Anak yang bongsu Faiz Izzairy berusia 12 tahun mula menyelongkar dapur di tengah malam apa yang hendak dimasaknya sendiri. Dikeluarkan mee segera dan diolahnya membuat murtabak maggie. Rupa2nya memang sedap walaupun ringkas.
“Timbul lah idea nak sediakan untuk sarapan pagi esoknya. Kesukaan seisi keluarga sudahnya.. Kadang2 idea anak nih memang boleh digunapakai mengikut kesesuaian keadaan. Saya olah cara penyediaannya”.
Kredit utk c bongsuku.. abam Faiz..
Murtabak Maggie Crapstick
Bahan2nya :-
2 bungkus mee segera
2 peket rempah segera
Sedikit garam (pilihan)
Ads
2 biji telur Gred A
3 batang jejari ketam (crapstick size panjang)
Air untuk mencelur mee & ketam
Sedikit minyak masak untuk menggoreng
Ads
Cara2nya :-
Didihkan air, masukkan mee & jejari ketam yang telah digunting/potong.
Setelah kembang, toskan dan letak ke dalam bekas.
Masukkan rempah segera, garam dan telur.
Gaulkan rata dan goreng.
Setelah agak masak, terbalikkan.
Ads
Biarkan seketika hingga masak
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan
Resipi & cara : Anne IdZahra
“AromaDapurAnneElZahra”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Blend semua bahan ni (blend kering). Gandakan sukatan kalau buat banyak.
Makaroni Sira Cabai
Bawang putih dan bawang merah. Tumbuk agak sendiri berapa ulas (saya guna 2 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih.
4 senduk kecil cili kisar yang dicampur dengan air asam jawa masa blend
2sb gula, garam, serbuk magie cukup rasa, air dalam 2 gelas.
Daun kari dan bijan putih
Tumis bawang dengan daun kari bagi naik bau wangi dan garing. Masukkan cili kisar, pastu air, garam,gula, serbuk perasa. Tumis sampai kering dan pekat. Masukkan makaroni dan bijan putih.
Siap.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Macam-macam versi buat sambal hitam ini. Tapi kalau nak tahu yang versi betul betul original, sebenarnya cuma guna 4 bahan ini saja; belimbing buluh, bawang merah, ikan bilis dan cili api.
Inilah yang dinyatakan Puan Siti Fatimah dalam masa yang sama berkongsi resepi dan cara-cara membuat sambal hitam original.
Katanya, “Kalau kau sejenis nak tunggu lampu isyarat bertukar hijau yang 80 saat tu pun tak reti menyabar dok berangin je berbalas balas hon, kau tak digalakkan lah untuk mencuba resepi ini.”
“Ini kalau aku nak buat jual, mahu lapan belas enam puluh ribu ratus ringgit sebekas ni.
“Sesaat kesabaran aku menunggu rebus belimbing tu je dah bersamaan dengan doblas ratus ringgit. Sebab tu lah sambal hitam ni orang jual mahal. Dia boleh tahan berbulan bulan tanpa perlu masuk esbok pun.”
Belimbing buluh tengah berlagak berbuah sekarang ni. Jangan biarkan mereka gugur sia sia di tanah. Pergi lah petik buatkan sambal.
Tapi untuk yang original sambal hitam lah. Original pembikinan sambal hitam, dia menggunakan empat bahan sahaja; Belimbing buluh, bawang merah, ikan bilis dan cili api.
Walaupun empat bahan sahaja, proses pembikinan dia mengambil masa yang sangat lama. Kau bercinta, gaduh, clash couple balik pun belum tentu sambal ni siap lagi. Mana kan tidak. Nak merebus belimbing buluh hingga betul betul hitam sahaja pun mengambil masa paling paling 4 jam.
Sesudah itu, perlu menumis perlahan pula kesemua bahan hingga betul betul kering. Itu pun dalam 4 jam masa diambil.
Alang alang nak buat stok simpan. Buatlah lebih. Alang alang nak pakai masa, tenaga dan gas yang banyak, buatlah sekali untuk ahli keluarga lain, saudara mara dan jiran tetangga yang ada. Bulan puasa pun dah nak dekat. Buat stok sahur pun terbaik ni.
Cara Buat Sambal Hitam Original
Rebus belimbing buluh sebelanga. Belimbing buluh ni ada lah dalam 2 ke 3 kg kot. Ni aku petik kat pokok sebesen.
Bersihkan buang tangkai, taburkan setengah cawan garam. Tak perlu letak air. Buka api, nanti perlahan lahan air belimbing tu keluar.
Kalau boleh jangan guna kuali atau periuk. Belimbing ni tajam. Dia menghakis besi. Kalau tak bocor pun, nanti kuali kau jadi hitam.
Kita nak buat sambal hitam. Bukan kuali yang kena hitam. Tak pasal suami anda cari sudut rumah termenung mengenangkan nasib kena belikan kau set kuali baru. Kuali betul.
Rebus guna belanga atau periuk kaca. Kalau tak ada, rebus dalam tin biskut. Dah siap rebus buang terus tin tu.
Ahh, kalau semua tak ada, kau tak payah buat lah! Banyak betul cerita.
Hah! Gini lah rupa dia bila belimbing dah mula mengeluarkan air. Teruskan merebus api sederhana. Jangan besar sangat apinya. Bergantung dapur gas anda lah. Agak agak sendiri untuk 4 jam punya rebus nak kering.
Sampai lah dia berubah warna dan kering.
Setelah 4 jam ini lah hasilnya. Dia jadi hitam dan mengecut macam buah prune. Dari sebelanga belimbing buluh tadi, dapatlah semangkuk besar belimbing hitam.
Ini Bahan Bahan Untuk Menumis
Bawang merah dimayang.
Ikan bilis tumbuk kasar.
Cili api blend.
Belimbing hitam dilenyek.
Agak agak je semua semangkuk semangkuk. Jumlah bawang dan ikan bilis biar lebih dari belimbing hitam dan cili. Kalau tak suka masam sangat, kurangkanlah belimbing.
Cili api biar sama banyak dengan belimbing hitam. Sambal ni kalau tak pedas, kau tak payah panggil dia sambal. Kau panggil dia milo ais.
Tumis dulu ikan bilis bagi garing sikit, lepas tu masukkan bawang dan cili api. Dah layu, masukkan pula belimbing hitam yang dah dilenyek tadi.
Minyak banyak tak apa. Aku tambah minyak dari semasa ke semasa.
Masa ni kau dah boleh mula perlahan kan api. Dan tunggu lah lagi dalam 3 ke 4 jam sampai betul betul kering.
Kacau. Jangan lupa pula mengacau sibuk leka tengok drama maghrib.
Tadaaaa! Ni lah rupa dia bila dah siap. Masa dah kering ni, senang nak turunkan minyak. Tinggal cedok je keluarkan minyak minyak kalau terlalu banyak.
Bila dah siap gini, tak perlu lagi nak tambah garam dan apa apa jenis MSG. Macam gini je dah sedap yang tidak tidak.
Ginilah cara buat dia. Senang bukan?
Nampak sangat sedap resipi mudah Matcha Brownies kedut yang lembut dan cair di mulut ni. Sesuai sangat untuk mak-mak yang nak buat jualan berniaga atau untuk makan sendiri di rumah.Lebih-lebih lagi jika suka rasa teh hijau. Mudah sangat boleh pilih nak buat ikut sukatan timbang atau sukatan cawan.
Boleh cuba resipi Matcha Browniesyang mudah dan sedap yang dikongsikan oleh Nor Atika Nazirah ini sebagai panduan.
Matcha brownies sedap bangat! Siapa peminat green tea confem suka. Resepi sis ambik kt tiktok je. Siapa nak,sis share resepi kat bawah ni. Untuk serbuk matcha tu sis beli dekat BIG supermarket ye. Bau dia sebijik macam air starbuck.
Bahan-Bahan :
120g coklat putih
60g (1/4 cawan) unsalted butter
50g (1/4 cawan) Gula Perang
50g (1/4 cawan) Gula Kastor
1 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
120g (1 cawan) flour 12g (2 sudu besar) serbuk matcha
1/2 sudu kecil baking powder
coklat putih chunks/nuts (Pilihan)
Cara Membuat:
1. Mula-mula sekali ayak tepung, serbuk matcha & baking powder ke dalam mangkuk.
2. Selepas tu double boil coklat putih dan mentega. Nak panaskan dalam microwave pun boleh saja.
3. Kemudian, pukul gula kastor, gula perang, esen vanila dan telor selama 5 minit. Pukul sampai adunan gebu sikit.
4. Kemudian masukkan tepung yang kita dah ayak tadi ke dalam adunan. Gaul guna spatula sahaja je, jangan pukul pakai handmixer. Nanti tak dapat kedut-kedut tu.
5.Akhir sekali, masukkan dalam loyang saiz 8 dan bakar dalam suhu 150 @ 160c selama 25 minit. Suhu bergantung pada oven masing-masing ye.
Mingguan Wanita: Bagi yang suka perisa dan rasa teh hijau, boleh cuba kelainan buat Matcha Brownies ni. Memang sedap! Nak berniaga atau makan sendiri pun boleh, ikut resipi mudah yang dikongsikan ini.
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor merayu siasatan terperinci dijalankan berhubung tragedi Gunung Liang yang meragut nyawa beliau. Ibunya, Rohani Saad, reda dengan ketentuan Ilahi namun mempersoalkan mengapa anaknya ditinggalkan di puncak gunung tanpa laporan polis atau bantuan segera.