Status WhatsApp yang dimuat naik Rohani Abdullah, 47, menunjukkan keindahan Taman Negeri Royal Belum, Perak ketika melalui kawasan itu menjadi menjadi status terakhir sebelum dia terkorban bersama suaminya dalam kemalangan semalam.
Dalam kemalangan di Kilometer 76 Jalan Raya Timur Barat, Gerik-Jeli berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Titiwangsa, Gerik, jam 6.45 petang, Rohani dan suaminya, Azmi Imas, 46, maut di tempat kejadian.
Manakala dua anak mereka, Nur Aina Fatiha, 18, dan Muhammad Adam Darwish, 14, cedera.
Status WhatsApp
Anak saudara Rohani, Wan Rubiah Wan Sulaiman, 40, berkata, dia ada membalas status dimuat naik arwah ibu saudaranya pada 6.15 petang semalam.
“Arwah ibu saudara memuat naik status itu ketika melalui kawasan berkenaan dan saya sempat komen bagi tahu pemandangan di sana (Taman Negara Royal Belum) cantik.
“Pada masa sama, saya sempat berpesan kepadanya supaya berhati-hati, namun panggilan diterima daripada sepupu (Muhammad Arif Haiqal, 20,) yang juga anak kepada arwah tidak lama kemudian memang mengejutkan saya.
“Arif beritahu adiknya (Nur Aina Fatiha) telefon memaklumkan mereka kemalangan dengan ibu bapanya masih berada dalam kereta, sementara mereka pula berada di luar,” katanya.
“Saya tidak tahu bagaimana keadaan mereka, tetapi Aina minta kami berdoa sambil minta kami datang ke sana segera.
“Saya cuba tenangkan Aina dan minta dia jaga adiknya sebelum dimaklumkan mereka dibawa ke Hospital Jeli, Kelantan untuk rawatan manakala ibu dan bapanya pula dibawa ke Hospital Gerik,” katanya.
Kereta Hilang Kawalan
Katanya, arwah ibu saudaranya ada berpesan kepadanya untuk membawa neneknya, Semek Abdul Rahman, 80, yang menghidap penyakit darah tinggi ke Hospital Hulu Terengganu, semalam.
“Biasanya, arwah yang akan bawa nenek (Semek) dan dia bersungguh-sungguh minta tolong kerana dia tak sempat pulang ke Terengganu.
“Saya memintanya supaya tidak risau dan minta dia sekeluarga berhati-hati,” katanya.
Jenazah yang tiba dari Hospital Gerik disembahyangkan di Masjid Felda Tersat selepas solat Isyak sebelum dikebumikan dalam satu liang lahad.
Jenazah suami isteri ini telah selamat dikebumikan. .
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila anak pasangan terbabit, ahli keluarga dan kenalan tidak dapat menahan sebak ketika pengebumian dijalankan dan selesai jam 10.30 malam, semalam.
Nahas mengorbankan pasangan suami isteri di Kilometer 76 JRTB Gerik-Jeli, berdekatan RnR Titiwangsa, Gerik berlaku selepas kenderaan mereka hilang kawalan semasa melalui selekoh.
Terbabas Ke Laluan Bertentangan
Nahas jam 6.45 petang semalam itu mengorbankan pemandu Nissan Latio, Azmi Imas, 46, dan Rohani Abdullah, 47, manakala dua anak mereka cedera.
Ads
Siasatan awal mendapati nahas dipercayai berlaku apabila Nissan Latio dinaiki pasangan itu dari arah Gerik dipercayai hilang kawalan semasa melalui selekoh lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.
Akibat pelanggaran itu, pasangan suami isteri disahkan meninggal di tempat kejadian manakala tiga lagi mangsa dibawa ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan.
Mingguan Wanita : Semoga keluarga arwah tabah berdepan ujian berat ini apatah lagi anak-anaknya yang kehilangan kedua ibu bapa serentak. Al-Fatihah.
Sebelum tu saya ingin memohon maaf kepada semua rakan media, kawan-kawan, dan juga peminat yg prihatin dan bertanya khabar tentang cabaran yang dihadapi dalam rumah tangga saya dan Mawar.
Buat masa ini, saya tidak dapat nak menjawab segala persoalan rakan-rakan mahupun media yang bertalu-talu. Tidak dinafikan yang rumah tangga saya menghadapi sedikit cabaran seperti mana yang diketahui semua. Saya amat berharap terutama pihak media dan netizen dapat bersabar dan memahami situasi kami.
Sesiapa sahaja yang mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian utntuk hidup bahagia dan mempertahankan rumah tangga hingga ke jannah.
Tapi bila sampai waktunya kita dipilih oleh Allah untuk diuji bermaksud kita mampu untuk menghadapinya dan percaya lah Allah tidak pernah zalim kepada hambaNYA.
Mungkin setiap kejadian yang berlaku nampak buruk di mata manusia, tetapi tidak di sisi Allah, setiap apa yang berlaku mesti datangnya bersama hikmah. Dan hikmah bergantung kepada kita yang menerimanya. Sekiranya kita memandang ke arah positive maka hasilnya adalah positive, dan sebaliknya.
Mawar Tetap Ibu Kepada Anak Kami
Walau apa yang berlaku sekalipun, insyallah hubungan saya dan mawar akan terus baik demi membesarkan dan mendidik Wan Maryam zuriat dari Allah yang kami nantikan selama 4 tahun.
Apa jua yang terjadi, Mawar tetap ibu kepada anak kami, Wan Maryam. Semoga Allah memberkati Mawar dan saya sentiasa doakan yang terbaik untuk semua.
Apa-apa pun keputusan mahkamah nanti saya terima dan saya memohon maaf dan juga memaafkan semua pihak. Doa yang baik-baik daripada semua pihak diharap dapat menemui jalan yang terbaik antara saya dan Mawar. .
Tak kan berlaku sesuatu perkara tanpa izin Allah, dan sekira ianya berlaku dan itu adalah takdir Allah, saya percaya perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita sebagai hambaNYA.
Saya amat berharap, semua pihak dapat memberi ruang kepada kami untuk menyelesaikan isu ini sebaik mungkin.
Terima kasih sekali lagi, kepada semua yang memberikan kata-kata semangat, doa yang baik-baik, dan saya juga memaafkan segala komen-komen mahupun fitnah yang dilemparkan netizen, kerana mereka tidak tahu kisah sebenarnya.
Bakal jadi pengantin. Bayangkan berdekad dia menunggu untuk bergelar seorang isteri dan menyarungkan pakaian pengantin. Mungkin zaman sekarang, kenal seminggu terus ajak kahwin.
Walau bagaimanapun, tidak bagi pasangan ini. Bukan setahun dua untuk jadi pengantin tapi 35 tahun setia menanti pasangan mengajaknya untuk mendirikan rumahtangga.
Akhirnya pada usia 60 tahun barulah bergelar bakal pengantin dan menyarungkan pakaian pengantin yang diimpikan selama ini.
Seorang wanita berusia 60 tahun akhirnya bakal jadi pengantin perempuan selepas pasangannya selama 35 tahun memutuskan untuk berkahwin dengannya tanpa mengikat tali pertunangan.
Graham Martin, 56 tahun telah melamar Andrea Murray, 60 tahun dan berulangkali mengatakan hasrat untuk berkahwin dengannya. Hubungan mereka telah berlangsung pada tahun 1988 dan pada waktu itu langsung tidak berminat untuk berkahwin.
Malah, pasangan ini telah setuju untuk bersama sehidup semati kira-kira 28 tahun lalu. Pada masa itu, mereka berjanji untuk tidak berkahwin kerana merasakan perkahwinan itu satu komitmen buat mereka.
Walau bagaimanapun, pada tahun ini, Graham telah berubah fikiran dan memutuskan untuk membuat kejutan istimewa dengan melamar Andrea di pantai Lossiemouth di Moray, Scotland.
Andrea, seorang pesara chef mengatakan lamaran itu cukup indan dan tidak dijangka. Betap romantis dan istimewanya ketika Graham melamarnya.
Pasangan ini sedang menunggu hari istimewa ini yang berlansung pada September di sebuah hotel tempat Andrea bekerja. Perancangan pada majli perkahwinan nanti, bpa Andrea, Andrew, yang berusia 88 tahun akan mengiringi pengantin perempuan.
“Saya sangat terkejut apabila dia melamar. Saya telah membayangkan perkahwinan selama bertahun-tahun lamanya, Sangat teruja dan tidak sabar menanti hari istimewa itu. Inilah perkahwinan yang terbaik untuk saya,” kata Andrea.
Mingguan Wanita: Hebatnya cinta mereka. Moga terus bahagia dan selamat pengantin baru.
“Nad Baik Ramai Sayang, Bertali Arus Kawan-Kawan Ziarah. Akak Tahu Nad Kuat” itulah antara luahan pelakon yang juga pemilik nama sebenar Noorkhiriah Ahmad Shapie.
Sayu sungguh ucapan yang diberikan buat rakan seperjuangan dalam lakonan Nad Zainal yang kini sedang bertarung nyawa dengan penyakit paru-paru berdarah dan kini ditempat di ICU.
“Nad Baik Ramai Sayang, Bertali Arus Kawan-Kawan Ziarah.”
Malah menerusi perkongsian di Instagram Noorkhiriah juga memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan buat Nad.
“Assalamualaikum dengan rendah hati akak mohon pada semua terus mendoakan @nad.zainal yee..Tkasih ye semua..Semoga Allah angkat sakitmu dik..Aamiin Allahumma Aamiin” kongsi Noorkhiriah.
“Nad Nanti Dah Sihat..Banyak Mende Akak Nak Share Dgn Nad..
“Akak x sempat nak share apapun sebenarnya..pada akak semua secara tiba2..Nad pakai tudung pun tiba2..bila Allah nak bagi Hidayah..dan Nad Sakit cmni pun tiba2..bukan akak je tkejut rasanya ramai yg tkejut…
“Nad Rajin Update IG Tiba2 Akak Tgk Nad Senyap..Rupanya Nad Bertarung Nyawa..Nad Dalam Ramai2 Nape Nad Jadikan Akak Contoh..Akak Lom Betul Jalannya..
“Kita Bkeja Hanya 2 Hari Dalam #mataharitakbercahaya Tapi Akak Selesa gile Dgn Nad..Baju2 Sutin Cite Tu Banyak Nad Bagi Akak Dgn Tudung2 Sekali..
“Nad Baik Ramai Sayang..Btali Arus Kawan2 Dtg Ziarah Nad Tadi..Akak Tau Nad Kuat…Impian Tuk Kejassama, nad Ckp akak jadi bini no 1 atau 2 cite feeling2 ustaz ada bini 4.. lom jadi tau…angan2 kitaorg b2 bila borak.
“Nad Bangun Tau..Allah Sayang Sangat Kat @nad.zainal ..Lepas Aje Berhijrah..Allah Uji Nad Sekuat Ini..Sebab Allah Tau Nad Mampu..1 Malaysia Doakan Nad..Bangun ye dik…Kuat Demi Yem & Som…Kita Kan Dah Ckp nak kopi2 sama2 nanti dengan kekza @azzaelite ..Nad nak sejadah..Doakan @nad.zainal Terus ye Korang..Moga Allah angkat doa korang..mkasih korang..mkasih,” kongsi Noorkhiriah.
“Ya Allah Engkau Sedarkanlah & Sembuhkanlah Farah Nadia Zainal Abidin”
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Nad Zainal kembali pulih.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...