Wanita hamil berisiko untuk berdepan dengan penyakit, Bell’s palsy menyebabkan lumpuh sebelah muka. Yang mana, inilah kesukaran yang dialami pelakon Faye Kusairi, apabila dirinya disahkan Bell’s palsy. Ketika sarat hamil, 38 minggu yakni sedang menunggu hari.
Kongsi Faye sudah seminggu dia alami Bell’s palsy. Dalam tempoh seminggu itu, keadaan wajah Faye dah mula menampakkan perubahan positif. “Ni dah kira seminggu saya menghadapi Bell’s palsy.
Alhamdulillah, kiranya mata kanan saya ni dah boleh la tutup gini. Sebelum ni, takleh rapat langsung. Ini adalah antara progress saya sepanjang minggu pertama ni.”
Sebelumnya, Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33 mengalami kekejangan otot muka sebelah kanan ketika sedang menggosok gigi.
Faye, menyifatkan ujian sakit ini sebagai satu pengalaman yang perlu untuknya syukuri. Ujian ini menjadikannya seorang insan yang sentiasa muhasabah diri.
Ads
“Jangan risau ya semua, saya tak down, saya tak murung, saya tak sedih. Malah, bersyukur diberi rezeki untuk sentiasa tahu yang Allah SWT sayangkan saya. Sebab tu dia bagi pengalaman ini untuk sentiasa muhasabah diri.”
Maklumnya lagi, kepada mereka yang berdepan masalah sama sepertinya, hendaklah sentiasa positif. Kesembuhan itu bergantung pada seseorang, ada yang cepat ada yang lambat.
“Pokok pangkalnya, kita akan sembuh jika kita stay positif dan rajin berusaha memperbaiki diri. Stay strong and positifve always!. I will try my best to update regularly.. walaupun saya sebenarnya dah penat giler sebab dah sarat.”
Faye Kusairi Kongsi Cara Perawatan Bell’s Palsy
Selepas mendedahkan sebahagian wajah sebelah kanannya mengalami lumpuh dan sedang menerima rawatan daripada Neurologis dari sebuah hospital swasta. Ramai yang prihatin dan mahu tahu perkembangan terkini ibu hamil ini.
Atas sebab mahu menyebarkan gelombang positif kepada rakan-rakan senasib, Faye berkongsi cara rawatan yang disarankan doktor malah perawat kepadanya.
Ads
Latihan Pejam-Buka Mata
Sambil check heartbeat baby, kita pun exercise lah mata. Latihan pejam dan buka mata antara yang disarankan oleh physiotherapist aritu. Penting tau sebab kita tak nak mata kita susah tutup. Kalau tak boleh tutup rapat, nanti can cause eyes to dry and prone to infection (which is another NO NO!). An eye patch covering the effected eye is a compulsory.
So bila tidur malam tu, saya pakai la penutup mata sebelah untuk hindar dari apa-apa masuk ke mata kanan saya.
Lakukan Urutan Wajah
Faye melakukan urut ‘totok’ oleh Confinement Lady yang juga pakar urutan urat dan chiropractor. Malah, dia juga secara berkala mengurut wajahnya sendiri dan memakai mesin yang telah dibeli khas untuk trigger the facial nerves and muscles.
Jangan Berhenti Berusaha
Jangan risau sangat, jangan stress. Percaya diri kita akan sembuh dan jangan berhenti untuk berusaha. Selagi bernyawa, kita positifkan diri untuk terus sembuh. Jangan malu dengan keadaan kita.
Ads
Sama juga jangan riak bila kita diberi rezeki kesihatan yang mantop, body yang mantop, muka yang cantik dan sebagainya. Sentiasalah besederhana. InsyaAllah.
Faye Juga Pastikan Bibirnya Tak Kering
Antara kesukaran yang dihadapi pesakit Bell’s palsy ini ada sukar untuk minum. Terpaksa guna straw nak bagi mudah minum air. Bila tak kerap minum, bibir Faye akan jadi mudah kering. Jadi, Faye akan basahkan sedikit dengan lip serum aurakasih.
Faye bersama cahaya mata sulung, Alif Azmi.
Pesan Faye Lagi..
Kepada yang juga menghadapi Bell’s palsy ni, jangan down. Jangan stress. Jangan risau kalau progress anda slow. Yang penting, korang perlu lebih positif dan sentiasa lakukan senaman muka, never skip your medicine, ikut je kata doctor. Kalau ada cara lain yang anda nak guna untuk ikhtiar, silakan.
By all means. Kesungguhan kita yang membentuk kesejahteraan dan mempercepatkan lagi proses penyembuhan kita. Doa jangan lupa tau!
Seperti yang dimaklumkan, Neelofa bersama suami serta 20 ahli keluarga lain hari ini dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 kerana melangggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri.
Kompaun berkenaan dikenakan ke atas keluarga Neelofa di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Neelofa Jadikan Sebagai Pengajaran
Berhubung dengan hal tersebut Neelofa menerusi perkongsian di Twitter akui dirinya dan suami menerima dengan hati terbuka dan menjadikan ia sebagai pengajaran.
“Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris.
“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP.
Terima Kasih Kepada Semua Pihak
“Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya.
“Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian,” luahnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Kisah isteri setia disamping suami ketika sakit mungkin perkara biasa. Tapi kisah suami yang setia disisi isteri disaat suri hati mempunyai penyakit jarang sekali berlaku. Apatah lagi penyakit kronik yang tidak diketahui kesembuhannya, ia boleh dianggap pengorbanan yang luar biasa.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang terpaksa dihadapi Nurliyana Abdul Raziff, 32 apabila dia disahkan menghidap penyakit Hiper Tiroid sejak dua tahun lalu.Namun Nurliyana dianggap wanita dan isteri yang bertuah apabila dikurniakan seorang suami,Mohd Taufiq Abdullah, 42, yang cukup setia menjaga, menjadi tulang belakang dan menemani disisi.
“Di saat dia (isteri) menderita akibat penyakit ini, saya perlu setia dan menjadi tulang belakangnya. Saya mahu dia terus bersemangat dan cekal menghadapi ujian hidup.
“Mungkin ini semua daripada Allah SWT untuk menguji keimanan hamba-Nya, selepas dia berikan saya hidayah memeluk Islam,” kata Mohd Taufiq
Tulang Rahang Membesar
Perasaan sebak dan belas pasti menusuk di sanubari sesiapa saja yang melihat Nurliyana Abdul Raziff, 32, berikutan penyakit Hiper Tiroid dialami wanita ini. Penderitaan jelas terpapar pada wajahnya apabila tulang rahangnya kini membesar sehingga menyebabkan mulut terkeluar dan turut menjejaskan penglihatannya. Lebih memilukan, berat badannya juga menyusut daripada 55 kilogram hingga kini hanya 23 kilogram, malah ketinggiannya turut menurun daripada 1.5 meter kepada 1.3 meter.
“Saya tidak lagi mampu mengunyah kerana ketumbuhan tiroid dalam mulut semakin membesar hingga menutup saluran rongga. Berat badan yang menurun secara mendadak turut membuatkan fizikal saya semakin rendah,” kata Nurliyana dengan nada yang kurang jelas dan tersekat-sekat.
Dia yang lebih mesra dengan panggilan Liyana berkata, doktor pakar tidak mengesyorkan dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tiroid kerana perlu mencari kaedah sesuai berikutan wanita itu menghidap masalah buah pinggang dan jantung. Masalah kesihatan itu menyukarkan doktor pakar untuk menjalankan pembedahan kerana Nurliyana tidak boleh disuntik ubat bius atau diberikan ubat tidur berikutan keadaan jantungnya yang lemah.
Ketabahan dan kesetiaan Mohd Taufiq menjaga Liyana sejak dua tahun lalu membuatkan ramai netizen kagum terhadap pengorbanan yang dilakukan selepas penderitaan isterinya itu disiarkan Harian Metro, kelmarin.
Tahu Lebih Awal
Mohd Taufiq berkata, sebelum mengambil keputusan melamar Nurliyana, isterinya itu sudah memaklumkan kepadanya mengenai masalah kesihatan dialami.
“Usia perkahwinan kami sekarang sembilan tahun. Kami berkenalan pada 2008 ketika bekerja di sebuah kilang sama di Nilai, Negeri Sembilan dan berkahwin pada 1 Januari 2011.
“Sebelum berkahwin Nurliyana beritahu saya dia ada masalah buah pinggang dan mula menjalani rawatan dialisis di Hospital Serdang sejak 2009 lagi. Tapi saya tetap terima Nurliyana dan sedia menjaganya,” katanya.
Dia yang berketurunan suku Kadazan, Sabah berkata, keputusan untuk bergelar lelaki Muslim dibuat selepas tertarik dengan keindahan ajaran agama Islam. Katanya, apa yang dipelajari dalam Islam sepanjang bergelar lelaki Muslim menjadikan dirinya seorang yang lebih tabah dan cekal menempuh ujian.
“Apa yang kami tempuhi sekarang ini saya anggap sebagai takdir. Saya tetap bersyukur di sebalik kepayahan ini, syukur ramai yang tampil beri sokongan moral dan sumbangan bagi meringankan beban kami,” katanya.
Buat suami isteri jadikan kisah ini sebagai satu sumber inspirasi agar tetap bersama-sama pasangan dalam mengharungi susah senang. Tempuhi saat manis dan sukar bersama, bukan hanya memerlukan dikala sihat dan ditinggalkan ketika sakit.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan agar lebih ramai pasangan suami isteri yang turut mendapat iktibar daripada kisah ini.
Mak-mak yang penggemar makanan laut seperti sotong, wajib cuba resipi mudah Sotong Sumbat Telur Masin ini.Masakan yang berasal dari Thailand ini sangatlah mudah nak buat dan rasanya pun teramatlah sedap! Apakata sesekali tukar selera keluarga dengan menu dari negara jiran ni.
Berikut resipi yang dikongsikan oleh Amy Catering;
“Menu sedap yang boleh dicuba sendiri. Masakan saya banyak dipengaruhi cara makanan dari Thailand. Nak buat macamana saya memang suka sangat dengan makanan dari siam ni.”
Bahan-Bahan:
5 ekor Sotong (Saya pilih saiz yang besar sebab boleh sumbat telur masin tu banyak-banyak)
4@5 biji telur masin direbus
Cili padi bawang besar, daun bawang & sup(ikut suka la nak letak banyak mana. Kalau suka pedas, lebihkan cili padi tu)
Tepung Bestari
Cara Membuat:
1.Potong cili padi, daun sup, telur masin dan bawang besar. Telur masin tu saya rebus 5 biji, yang merah saya guna semua. Yang putih saya guna 3 biji je sebab tak nak masin sangat.
2.Gaul manja-manja je bahan tu. Masa gaul ni pun dah jenuh telan air liur.
3.Sumbat je selagi boleh kedalam sotong. Dah sumbat, cucuk dengan lidi sebab tak nak terburai masa goreng nanti.
4.Saya guna tepung bistari untuk celup sotong tu.
5.Goreng macam biasa je, sehingga masak.
6.Dah siap digoreng, potong la bulat-buat macam ni. Nampak tak telur tu.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.